Pages

June 16, 2010

Akukah Yang Bersalah?

Assalamulaikum..

Kenapa kau lakukan semua ni? Apa yang kau nak sebenarnya? Kau kata kau tak cuba pisahkan aku dengan anak aku tapi kenapa setiap kali aku nak amik anak, ada saja alasan yang kau berikan? Kau katakan kat semua orang, kau berpendidikan agama tinggi. Kau buruk²kan aku kata aku mcm²... Hello dear, cerminlah diri kau dulu sebelum kata kat orang lain...

Salahkah aku nak jaga/tengok/bermain dengan anak aku sendiri? Aku tak mintak lama. Cuma seminggu je dlm tempoh sebulan. Itu pun kau buat report police? Dia tu anak siapa? Bukan anak aku ke? Yang kau tak bagi sangat aku tengok & jaga dia kenapa? Aku betul² xpaham apa yang kau nak sebenarnya...

Kau katakan kita dah totally finish (thank God.. aku amat² bersyukur). Aku amat² berharap apa yang kau katakan itu datang dari hati kau bukan hanya kata² sahaja...

Kau kata aku tak matang? Apa kau matang ke? Adakah tindakan tak bagi aku melawat anak aku dan hanya bagi aku tengok & amik anak pada hari isnin itu satu tindakan yang matang? Tahukah kau bahawa aku bekerja dari hari isnin hingga jumaat? Tapi kenapa tiap kali aku nak amik anak, kau hanya bagi aku amik anak aku hanya pada hari tersebut? Itukah yang dikatakan tolenrasi, mature dan sgt² berpengetahuan agama yang mak bapak kau terapkan pada diri kau? Bila aku bagitau hari isnin aku berkerja kau kata "Kata sayangggg anak, berkorban la sikit.."
Memang aku sayang anak dan aku dah buktikan aku boleh amik dia hari isnin tapi kenapa kau kene buat mcm tu? Aku sanggup je travel dari Penang ke KL every week... Bila aku terangkan supaya tolong bertolenrasi sikit kau katakan "Its not my problem..."

Aku betul² tak paham apa yang kau nak sebenarnya... Kau dah punya family baru, dah bahagia seperti yang kau selalu canang²kan kat aku. Ketahuilah dear, aku sikit pun x amik pedulik tentang life kau tu. Tak perlula kau nak bagitau aku anything bout your new family. Aku xberminat.. Cuma mmg aku xpaham kalau kau dah bahagia seperti yang dikata, kenapa masih perlu lagi kau nak bermusuhan dengan aku?
Kenapa nak pisahkan aku dengan anak aku?
Apa salah anak aku tuh sampaikan kau nak pisahkan dia dengan ayah kandung dia sendiri?
Aku bersyukur kau dah happy... Sumpah demi Allah aku bersyukur...

Tapi ketahuilah der. Action speaks louder than words. Kau boleh katakan kat semua org, kau tu baik. Kau mmg pandai bercakap. Aku memang kagum dengan kepandaian kau bercakap tapi perbuatan kau menunjukkan tak apa yang kau cakap tu?

Dengan nama Allah, aku sikit pun xde masalah kalau kita boleh duduk semeja. Aku, kau & suami kau, sembang² dan bincang pasal kebaikan & kebajikan anak. Aku mengharapkan benda tu berlaku. Apa saja untuk kebaikan anak aku, aku sanggup lakukan. If one day, anak aku bersuara "Ayah, jom kita bercuti ramai² dgn mama?" and I will say "OK sayang.." kalau itu yang anak aku mahukan bagi memastikan dia happy dan tak rasa terasing...

Kau tahu tak, anak tu menderita apabila dia besar kelak? Dia lain dari yang lain. Jika kau terus menerus dengan pendirian kau mcm nih, sampai bila pun masalah ni xkan habis. Kau tak bolehlah nak memunya anak tu sorg. Dia jugak anak aku. Dia jugak berhak bermanja² dgn aku..

Deyy tambi, jgn lah sebab sifat kepala batu kau tu, anak akan terseksa. Kita dah tak ada apa² jadi jangan libatkan anak dgn pemasalahan kita ni.
Anak akan rasa bahagia jika dari sekarang kita terapkan pada dia bahawa dia punya kluarga yang besar. Ada dua mak, ada dua ayah. Tak guna kau nak memunya anak tuh sorg sebab sudah pasti aku AYAHnya....

3 komen anda:

Fizzy Farreal said...

Saudara syam yg dikasihi Allah S.W.T.
Hak awk adalah melawat iaitu pada sabtu dan ahad. itu adalah yg diperintahkan oleh mahkamah. Hak menjaga , mengasuh, membela diberikan kepada saya sesuai yg disyaratkan dlm undang2, dan diputuskan dlm mahkamah juga.
Jika kurang berpuas hati sila rujuk pada lawyer yg telah awk lantik. saya bukan tidak pernah bertolak-ansur memberikan hari yg lebih utk awk bersama dengan anak bukan? Perkara ni terjadi, awk sndiri dah sedia maklum, mengapa tindakan tersebut diambil.
Jika ade sebarang kemusykilan, awk boleh ajukan permasalahan awk pada lawyer peribadi awk daripada meluahkan statement yg tiada kepastiannya.Thanks dan Assalammualaikum

pEppErMiNt LiL priNCeSs said...

beb..why dont you let her read this entry?

Fizzy Farreal said...

"Anak akan rasa bahagia jika dari sekarang kita terapkan pada dia bahawa dia punya keluarga yg besar. Ada dua mak, ada dua ayah."

*** TAHNIAH SYAM..DAH KAWIN RUPANYER..TAHNIAH SEKALI LAGI..KEM SALAM NGAN ISTERI EK.. ;)***