Pages

June 20, 2010

Happy Father's Day Syam

Assalamualaikum..

Hari ni father's day terus teringat kat anak aku. Rindu kat dia sgt². Dah call dia bnk kali dh nak cakap ngan dia tapi call aku x berangkat. Hurmmm... tah la. Aku pun xtau nak cakap apa. Susah betul nak cakap ngan anak sdiri.

Mungkin ni adalah dugaan & cubaan yang Dia turunkan kat aku.

Aku jadik x paham kenapa dia betul² nak pisahkan aku dengan anak kandung aku sendiri.
Apa lah dosa aku & anak aku smpai dihukum sebegitu rupa.

Last week aku inform dia kata nak amek anak this week.

"Syam, amik anak bulan depan, bulan nih tak boleh sbb awk dah tipu saya. kata amik anak 2 hari, tapi amik seminggu. Patut hantar hari ahad, hantar hari isnin kat mahkamah plak tuh. Hak awk sebulan dua kali sabtu dan ahad 4 hari. Awk amik hari tuh sembilan hari, Jadi nak datang melawat boleh, setakat melawat. Amik tak boleh, T.q"

Berpinar kepala otak aku dapat msg mcm tuh. Aku tertanya² kat diri aku, kenapa jadik mcm nih skali? Sebab duit ke? Sebab dendam ke? Salah ke aku nk berjumpa ngan anak aku? Last month pun aku dah bgtau nk amik sminggu sbb adik aku kawen. Adik aku tuh jgak lah yang jaga anak aku time aku pergi keja masa dia x keja KPJ lagi. Hurmm. tup² dapat call dari beliau kata dah buat report polis sbb aku amik anak aku sminggu.. pergh...

Ya Allah Ya Tuhanku, knapa la susah betul aku nak berkompromi dgn manusia sebegini? Sampai bila benda² mcm ni nak berlarutan? Dalam kepala otak aku xde ingat benda lain, dah tentu² anak aku pasti menderita kalau perkara ni berlarutan sampai dia membesar kelak..

Sayang ayah,

Ayah harap awk x memberontak bila dah besar kelak. Maafkan ayah sayang. Ayah lakukan sehabis baik untuk jernihkan keadaan bak kata perpatah, kalau bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi. InsyAllah, ayah akan kuatkan semangat, I will try to be as cool as possible utk berdepan ngan masalah nih. Awk x bersalah sayang ayah. Maafkan ayah jika ayah selalu menagis sbb awk. Ayah janji ayah x nanges lagi...

Ayah tau awk rindukan ayah. I Miss U Too My Lurve. Miss u badly. Ayah hanya mampu tatap & bercakap ngn gambar awk saja..

p/s: Take care sayang, hari nih ayah call awk bnyk kali sempena fathers day. Last year awk ada disisi ayah. Ayah nk sgt dgar suara anak ayah ni. Nak tgok muka awk. Tapi apakan daya. Nak dgar suara awk pun seems so difficult. hp mamanye ringtone rosak kot. hurmm...
wallahualam..

0 komen anda: