Pages

June 17, 2010

Terima Kasih

Saudara syam yg dikasihi Allah S.W.T.
Hak awk adalah melawat iaitu pada sabtu dan ahad. itu adalah yg diperintahkan oleh mahkamah. Hak menjaga , mengasuh, membela diberikan kepada saya sesuai yg disyaratkan dlm undang2, dan diputuskan dlm mahkamah juga. Jika kurang berpuas hati sila rujuk pada lawyer yg telah awk lantik. saya bukan tidak pernah bertolak-ansur memberikan hari yg lebih utk awk bersama dengan anak bukan? Perkara ni terjadi, awk sndiri dah sedia maklum, mengapa tindakan tersebut diambil.
Jika ade sebarang kemusykilan, awk boleh ajukan permasalahan awk pada lawyer peribadi awk daripada meluahkan statement yg tiada kepastiannya.Thanks dan Assalammualaikum

Terima kasih Puan Fizzy yang dikasihi Allah swt diatas respon anda terhadap post saya yang lepas. Ini adalah bagi menjawab statement2 saudari.

Hak awk adalah melawat iaitu pada sabtu dan ahad. itu adalah yg diperintahkan oleh mahkamah. Hak menjaga , mengasuh, membela diberikan kepada saya sesuai yg disyaratkan dlm undang2, dan diputuskan dlm mahkamah juga.

Tidak saya nafikan memang hakim telah menyatakan hak saya untuk melawat anak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Sesungguhnya saya menghadirkan diri pada hari hakim memberikan kenyataan tersebut. Akan tetapi Hakim juga ada menyatakan bahawa atas budi bicara dan keperimanusiaan bekas isteri sekiranya dia mahu memberikan lebih waktu dan masa untuk anak itu bersama dengan saya. Hakim juga ada menasihatkan bahawa saya boleh 'slow talk' dengan awak untuk dapatkan lebih waktu bersama dengan anak. Malangnya awak tidak hadir pada hari itu. Itu lah yang saya cuba lakukan selama ini tetapi saya tak faham kenapa setiap kali saya cuba nak 'slow talk' dengan awak, tiap kali itu juga kata-kata maki seperti "pergi mampus la dgn lawyer kau, bodoh & kau takda otak ke?" terpacul dari mulut awak.

Saya sedia maklum tentang hak menjaga, mengasuh & membela yang diserahkan pada awak. Alhamdulillah, saya pun tak nak anak membesar tidak kenal mamanya sendiri.

Jika kurang berpuas hati sila rujuk pada lawyer yg telah awk lantik. saya bukan tidak pernah bertolak-ansur memberikan hari yg lebih utk awk bersama dengan anak bukan? Perkara ni terjadi, awk sndiri dah sedia maklum, mengapa tindakan tersebut diambil.

Wahai Pn Fizzy yang dikasihi Allah swt, ketidakpuasan hati saya cuma terletak pada masa yang saya mahukan dengan anak saya. Saya hanya meminta seminggu diberikan bagi saya melepaskan rindu pada anak. Kita memang ada lawyer tetapi hidup kita akan selama-lamanya ditadbir oleh lawyer kita kah? Sampaikan kebahagiaan anak sendiri perlu diserahkan pada lawyer kah? Lawyer itu pun dibayar oleh kita bagi menguruskan kebajikan anak yang mempunyai dua family supaya masa yang diluangkan adil, itu sahaja.

Lawyer hanya membantu bila dua individu mengalami masalah komunikasi untuk bekerjasama. Saya bukan tak pernah mencuba berkomunikasi dengan awak bagi mendapat yang terbaik untuk anak. Akan tetapi saya sendiri tidak begitu faham mengapa ia begitu sukar.

Jika ade sebarang kemusykilan, awk boleh ajukan permasalahan awk pada lawyer peribadi awk daripada meluahkan statement yg tiada kepastiannya.

Kemusykilan saya bukan pada lawyer saya tapi lebih kepada awak. Saya musykil kenapa awak begitu melarang saya untuk berjumpa dengan anak saya. Saya tak faham niat awak. Sedangkan awak sendiri sedar anak juga merindukan saya dan mahu berjumpa dengan saya. Bukan tak pernah saya berada di KL dan cuba pelbagai cara untuk berjumpa dengan anak tapi apa jawapan yang saya dapat?

"Tak boleh"

Kemudian disusuli dengan pelbagai alasan apabila saya memberii pelbagai idea bagi memudahkan awak supaya dapat saya berjumpa dengan anak.Tiada masalah disebelah pihak saya dimana sahaja saya perlu mengambil anak asalkan saya dapat berjumpa dengan beliau. Itu lah sebabnya kenapa setiap kali apabila ingin mengambil anak, awak tak perlu lagi menge'pack' barang2 beliau kerana saya mengerti awak pasti penat.

Saya luahkan dalam blog kerana saya cuba untuk bercakap dengan awak tetapi gagal. Mungkin kerana hormon orang mengandung juga menjadi punca awak kerap marah-marah sampai keputusan yang diambil pun jadi tak rasional. Saya tak kisah semua tu. Bukan saya tak pernah ada pengalaman menjaga orang yang mengandung sebelum ni, jadi jangan risau saya faham keadaan awak. Awak cuma perlu selami hati awak dan berhenti dengar kata-kata orang disekeliling yang bukan sahaja mem'batu api'kan keadaan malah memburukkannya lagi dan yang kene tempias tidak lain tidak bukan, ANAK...

Saya sayang anak saya. Awak sendiri pun tahu macam mana saya sayang beliau. Awak ada masa 21 hari bersama dengan anak dan saya cuma minta 7 hari sahaja kerana tidak lepas rindu saya sekiranya masa yang diluangkan bersama anak hanya pada sabtu dan ahad. Itu pun bukan setiap minggu tetapi dua minggu sebulan. Segala tindakan awak, membuatkan saya lagi percaya bahawa awak cuba nak buat anak lupakan saya ni ayah dia. Saya mohon maaf sekiranya saya tersalah anggap tapi bantu saya untuk memahami awak supaya tiada lagi kesan2 negatif yang akan dilempiaskan pada anak.

Untuk renungan bersama


Ibu dan bapa telah bercerai masih bertanggungjawab dalam hal ini. Untuk itu, jengoklah mereka misalnya seminggu sekali dan telefonlah mereka dengan lebih kerap untuk bertanya khabar. Dengan cara ini, anak-anak tahu bahawa mereka masih disayangi dan ibu atau bapa itu bukannya pergi terus yang mana ini akan memberi kesan negatif kepada self-esteem anak-anak itu.

Bagi ibu atau bapa yang mendapat hak jagaan pula, jangan hasut anak-anak untuk membenci ibu atau bapa mereka. Itu masih ibu dan bapa mereka dan mereka perlu diajar untuk menyayangi dan menghormati ibu atau bapa mereka itu, bukan untuk membencinya. Jadi, ingatlah, jangan tanamkan rasa benci kerana ia juga boleh merosakkan pemikiran anak-anak. Adalah lebih baik untuk membantu anak-anak itu berhadapan dengan realiti baru.

3 komen anda:

Fizzy Farreal said...

Syam :)
Terima kasih banyak2..walaubagaimanapun saya bersyukur kerana MALAYSIA mempunyai undang-undang Syariah yg kiter sedia maklum berkesan dan telah lama dipraktikkan khas utk kes mcm kiter.


***KITA SAMA-SAMA SAYANG UES***

Zero2Hero said...

Allahmdullilah,klu benar seperti apa yang puan maksudkan,bolehla saya datang mengambil anak saya hujung minggu ini..(19-06-2010)


terima kasih diatas kerjasama yang puan berikan..
saya amat² hargai...

Fizzy Farreal said...

Syam
tak perlulah panjang2 dan berurusan disini syam, chanel ini kurang sesuwei,jadi tontonan, glemer plak nanti, jadi kiter sama-sama ada lawyer..gunalah khidmat mereka sebaik mungkin..

terima kasih diatas kerjasama yg tuan berikan..
saya amat2 hargai..