Pages

July 20, 2010

Kepercayaan


Kepercayaan kalau dilihat dalam kamus dewan membawa maksud kepada:

1.Keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad:
2. Sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll);
3. Keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang;
4. Boleh dipercayai, amanah (jujur dll)
5. Orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu)

Contoh yang paling hampir dalam erti kepercayaan ialah kepercayaan terhadap pasangan masing². Alhamdullilah cik tunangan saya meletakkan kepercayaan kat saya untuk mengepalai hubungan ini sehinggakan every single thing saya cerita kat dia. Susah btul kalau aku nak berbohong. Lidah nih jadik kelu, tergagap². Kalau dah mcm tuh, confirm² la kantoi aku berbohong. Heheheh... Bukan xpenah berbohong, ada gak tapi failed.. ngeh...ngeh..ngeh..
Sampaikan teman² yang lain pun nampak jeles sebab semua tempat yang aku pergi, aku bagitau. Xde nak selindung², xde nak berbohong. Mcm nak p karaoke, nk p tgok wayang ngan kawan² pompuan, nak kuar makan ngan client pompuan, smua aku bagitau dia. Ada jugak kawan aku tanya.

"Wei Syam,tunang hang xmarah ka hang keluaq p tengok wayang ngn kawan² pompuan hang?"

"Wei Syam, mesti hang tipu tunang hang kan kata hg tengah dok tdoq la nih?"

"Wei Syam, hang guna ilmu apa smpai tunang hang xkata apa pun hg dok kluaq makan ngn pompuan lain?"

Hahahaha... Jawapan dia senang ja. Aku jujur ngan dia dan dia percayakan aku. Aku habaq kat dia ngan sapa aku keluaq, ngan sapa aku tgok wayang, aku p mana, aku p snooker ka, aku p lepak² ka, semua aku inform dia. Dia xpenah nak larang aku. Hang nak tau sebab apa?

KEPERCAYAAN...

Sebab bagi dia, lagi dia larang, lagi dia sekat, lagi tuh la gelodak nafsu remaja aku nih nak buat. Dan bagi aku pulak, dah dapat tunang sikit punya sporting, memahami, letakkan sepenuh kepercayaan & chumey sumore, apa kejadahnya aku nak buat taek.. Ingat senang ka nak gain kepercayaan org?

Alhamdullilah, cik tunangan saya pun sgt² jujur dengan saya. Every single thing musti dia hantaq report Even stokin koyak pun mau report kat saya.. Dia xpernah tipu saya(till now). Even benda yang pahit nak ditelan pun dia akan cakap kat saya. Kerana itulah saya meletakkan kepercayaan saya kepada beliau dan atas sebab² tu lah saya jadik sgt sayang pada hubungan nih.

Kepada beliau, dia lebih mengenali saya dari yang lain. Dia benar² buat saya bahagia... InsyaAllah, takkan saya punahkan kepercayaan yang beliau berikan...

Sebetul² nature seorang lelaki nih amat² pantang dicabar, dipandang rendah, dikongkong... Lagi orang lain underestimate kat aku, slagi tuh la aku nak buktikan keupayaan diri aku ni.. Dulu, ada orang mempertikaikan decision aku bila aku nak buat marketing kat magazine. Bnyk kata² kasi aku goyang seperti;

"Hang pasti ka nak jadik marketing magazine? gila hang?! Lubuk maut tuh"

Dan setelah berusaha keras dan percaya dgn apa yang aku lakukan maka terbukti
"Top Sales Marketing -Magazine Unit 2008" menjadi milik aku..

Aku bukan nak membangga diri. Point aku, kalau kita percaya pada diri kita & pasangan kita, nescaya hidup ini lebih membahagiakan dan jangan sesekali kita memperkotak-kasutkan kepercayaan yang diberi.. Kelak memakan diri sendiri...

p/s: We ♥ Syamsoul Farreal Dubeus

2 komen anda:

amarnie_zizan said...

agree bro! kepercayaan itu kunci segalanya~~

Zero2Hero said...

Percaya,pada diri...dengan harapan dan keyakinannnnn..

*AF mode..ahaks..