Pages

July 20, 2010

Kunci Kebahagian..


Assalamualaikum...

Dalam kehidupan sehari²an, kita dok leka mencari kunci kesenangan & kemewahan tapi sedar xsedar, kesenangan & kemewahan xmenjaminkan kebahagian. Kalau dulu aku dok gheja teruk² nak cari kemewahan utk family tapi apa yang aku dapat? xdaq apa pun. Aku telah di"mindset"kan bahawa kekayaan & kesenangan material dapat membahagiakan family aku. Tapi? Itu smua dusta belaka.... Org nampak senang kat luar, kat dalam? Xda siapa yang tahu...

Kebahagian dalam perkahwinan bukan hanya bergantung pada wang ringgit sahaja walaupun kita tak ber"wang" tapi kita juga mampu mngecapi kebahagian yang kita idam²kan...Tak dinafikan kini,wang menjadi faktor utama dalam organisasi sebuah kekluargaan. Ramai yang telah bercerai berai disebabkan tak mampu lagi mengharungi kehidupan yang susah akibat tidak mempunyai wang yang lebih. Namun aku percaya, jika kita sudah mempunyai family sendiri, sudah mempunyai anak, maka rezeki itu akan datang dengan sendirinya. Mungkin bukan rezeki kita tapi rezeki anak². Antara cepat dan lambat saja. Maka bersabar lah.. Perbanyakkan berdoa kepada Allah swt supaya dipermudahkan dalam mengatasi rintangan² yang dihadapi dalam kehidupan ini..

Sememangnya dlm sesebuah perkahwinan tuh pasti ada sedikit pertelingkahan. Bak kata P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Oleh yang demikian bagi aku, salah satu cara untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk, pasangan suami isteri hendaklah bersepakat dari awal lagi supaya tidak menceritakan keburukan & pertelingkahan yang berlaku antara mereka kepada family, sahabat handai & kenalan² yang lain. Benda nih lah yang lebih memburukkan lagi keadaan.. Sebagai contoh jika si Limah dok ngadu kat mak pak dia pasai kekurangan yang ada pada si suami, ofecoz la family si Limah nih akan dok backup si Limah serta memburukkan lagi pandangan mereka kepada si suami. Begitu jua bagi pihak si suami. Tak payah la hang dok becerita kat family @ kawan² hang andai kata bini hang tuh kuat tidoq ka, baloq nak mampuih ka, suka bangun lewat smpai matahari terpacak ka, kuat melawan ka dan lain². Benda tuh hgpa handle la sdiri. Dari pemerhatian aku, 95% family @ sahabat handai akan berkata mcm nih bila pasangan mereka mengadu nasib..

"Huishhh...xsangka si Leman mcm tuh noooh? Mcmana la hg boleh kawen ngan dia...?"

"Aku dah kato dah, si Leman tuh mmg x guna. Dia tuh xbaguih... Aku xpernah suka dia sejak mula² kenai dulu. Muka dah la mcm gangster..."

Tuh diaaa...masing² dah jadik ahli nujum. Walhal yang lebih mengenali hati budi pasangan masing² ialah anda sendiri.. Secara xdisedari, ramai yang suka melihat kita kepada kehancuran dari melihat kita bahagia.. Tak smua orang senang tgok kita senang...

Majoriti ramai kenalan aku akan kata;
"kalau tak mengadu nasib kat family & rakan taulan, nak ngadu ngan sapa lagi? Xkan nak pendam ja perasaan ketidakpuasan hati nih? Xkan nak biaq jadik membusung? Boleh gila kalau xlepaskan...!?"

Maka aku pun menjawap
"Deeeeyyyy macha, negara kita nih maju la macha. Hang p la refer kes ketidakpuasan hati hang tuh kat pegawai kaunseling kat pejabat agama ka, kat agensi² swasta ka. Mcm ceghita Mr. & Mrs Smith tuh..Depa tuh lebih pakar berbanding family² & sahabat handai hang yg menjadik pegawai kaunseling yang xbertauliah tu. Lagipun depa xkan back-up mana² pihak. Siapa yang slah depa perbetulkan. Sia² depa dok belajaq tinggi². Pasai bab² nih, depa lebih arif..."

Kita semua tak perfect. Masih ada kekurangan diri. Aku sdiri pun bnk kekurangan. Bagi aku yang dah lepaih tuh lepaih la. Cuma kesilapan yang lepas tuh, kita boleh jadikan sbagai pengajaran agar kita xlagi melakukan kesilapan yang sama buat kali kedua. Masa depan yang perlu lebih dititikberatkan bukan masa lampau. Kalau asyik dok pandang kebelakang ja, sampai bila mau maju kehadapan? Mcm kita beli kereta la. Kita beli wira, tukaq engine ferrari pun still bin proton jugak. Mana nak boleh ber"bin''kan ferrari ye x? Kalau dah nama anak Syamsoul Farreal Dubeus bin Syamsoulnezam, yang hang nak p tukaq jadik nama lain tuh dah buat apa?Apa keheynya? Bukankah ia lebih mendatangkan kekeliruan kelak? Itu hanya contoh. Kena pandai² la kalau bab² nak perbaiki kesilapan yang lepaih. Usah jadik bodoh xbertempat..

Seperti yang slalu diingatkan oleh cik tunangan saya, apa² jua yang berlaku, kita perlu back to basic. Masing² tau tanggungjawap masing². Ikut landasan yang betul, Insyallah bahagia dunia & akhirat.

Selagi aku hidup selagi itu juga aku dalam proses pembelajaran. Aku xkata aku nih baguih.
Aku jugak punya kelemahan. Maka kalau aku salah tuh tegur²lah..jgn dok nak kondem ja...

p/s: Aku sayang family aku ♥ Syamsoul Farreal Dubeus...

0 komen anda: