Pages

July 22, 2010

Shamisha Holiday Sangat Berholiday


Taraaaa... musim demam menjelma kembali. Lepaih ja hantaq Farreal masuk asrama, aku ngn Azrul berdemam secara berjemaah. Simptom² demam yang xbest ditambah pula dgan dok bujang & alone meng'tak-best'kan lagi sesi demam aku kali nih. Nak mintak MC, supa x MC. Nak wat camano, dh gheja teman lagu tuh. Orang dok call².. cari²... Nak x nak, kena gheja jugaklah..

Pikiaq punya pikiaq, punca camana aku bley demam nih akhirnya temu jalan penyelesaiaan... Perjalanan KL-Kulim yang sepatutnya memakan masa 3-5 jam berlarutan hingga 9 jam menyebabkan aku tertekan dengan keadaan bus yang mcm chaplang. Luaq punya nice.. Kaler bus kilat² tapi di dalam dengan seat yang sempit membuatkan aku yang american size nih dok mcm dlm tin sardin. Gap antara seat aku ngn seat depan sgt dekat, smpaikan kaki aku terpaksa berpasak dgn seat depan.. Punya staiiii... Andai kata driver dok buat nice, drift sambil buat break mengejut, tobat kaki aku patah...

Settle bab tuh kita masuk plak bab KELEMBAPAN para pam pam pam pam pammmm... Lepaih hantaq anak aku kat Subang, dengan keadaan kelam kabut,aku terus shoot p bus station. Ticket beli pukui 11pm, bus SHAMISHA HOLIDAY yg sempoi tiba di lokasi kejadiaan pukui 12am, bus gerak pukui 1215am.. Punya punctual.. Takpa, aku paham. Mungkin jalan jem teruk² (tengah² malam pun jem... xpa... xpa...) Almaklumlah Kay Hell Lumpur, maka boley dimaafkan...

Settle bab KELEMBAPAN tuh, kita masuk plak bab CUTI² MALAYSIA... hat nih yang paling sempoi. Mula² depa dok amik orang kat Jalan Duta. Ok la lagi, pastu berenti lagi kat Simpang Pulai kalau x salah aku, makan², minum² & kencing².. Lepaih pada tuh depa dok kerap berenti² dok amik orang² + berenti makan² sampai 6 kali banyaknya (info dari penumpang lain, aku dh membuta. Xsempat nak kira)

Punya la bebai x hengat dunia aku time tuh.. Nasib la baik perjalanan ke Kulim nih x lalu jalan pantai timur, kalau x, nescaya, kat Kuantan berenti, kat Muadzam berenti, kat Kemaman berenti.. pendek kata, pantang nampak station bus, pasti mau berenti...

Aku dok budget, klu nek bus pukui 11pm, paling bangsat pun pukui 4am dah sampai. Maka nak dijadikkan cerita, pukui 7am aku terjaga dari mimpi yg indah, masih dalam bus. Dalam keadaan mamai² buah tuh, aku dok risau kot² bus dah terlajak sampai ke Aloq Setaq. Mampuih la aku. Dh la gheja pagi tuh. Salah aku lah kalau depa dah kejutkan & buat announcement aku xsedaq.. tdoq mampuih..

Dengan buat muka gelabah bewak, aku meluru ke depan driver tanya kot² bley wat u-turn hantaqkan aku kat Kulim balik *sambil dok wat muka kiut..
Malangnya Incik driver menjawap "Kulim xsampai lagi bro. Hat tuh last station. Nih kita dah nak sampai Butterworth dah. Pastuh kita p hantaq orang kat Penang sat Then baru p Kulim..."
Dari muka aku yang buat² kiut ala² anak kucen , terus berubah jadik muka menyinga mcm The Rock *ensem still maintain..

Aku mula meninggi suara "Awat hang x lalu Kelantan ja? Aku suka dapat jalan² lagu nih!"

Incik Driver menjawap " Sorry bro, saya pun terima arahan mcm nih. Kena banyak menyinggah amik orang.."

Aku cool balik *almaklumlah, daddy cool.. nak marah kat dia pun xguna. Dia pun penat drive 9 Jam atas arahan pihak atasan beliau. Punya la nak untung, service jadik cam HAMSAP..

Tanpa buang masa, aku call ayah yang kebetulan gheja shiff malam. Suh amik aku kat Butterworth. Kalau aku nak tunggu depa hantaq orang p Penang Island plak, tobat aku smpai umah pukui 10 pagi, demmm punya nice...

BTW, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada SHAMISHA HOLIDAY Express sebab bawak aku jenjalan sepanjang malam & siang. Akhir kata, kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, tobat aku xmau naik bus hang lagi...
Tata...

p/s: ♥ Syamsoul Farreal Dubeus...

0 komen anda: