Pages

September 21, 2010

Kenduri Doa Selamat & Open House Desa Aman


Assalamua'laikum...

Alhamdullilah, akhirnya dapat jugak aku menjamu kawan² & sanak saudara dengan mengadakan Majlis Doa Selamat untuk house warming & open house sempena Hari Raya Aidilfitri. Ingatkan nak buat Aqiqah skali... Haish.. Sesungguhnya kita merancang, tuhan penentu segala. Skali budget xlepaih la pulok... Insyallah, ada rezeki lebey laju² aku buatkan Aqiqah utk Farreal.. Susah la sket sbb Farreal dok kat asrama. Bkn slalu boleh balik ke rumah dia nih... hurm...

Doa selamat start lebey kurang pukui 9pm. Lepaih solat Isya', para jemaah masjid laju² datang ke rumah utk mengadakan bacaan doa.. Imam dia muda lagi.. Masih dlm 30an rasanya...

Selesai bacaan doa, para hadirin dijamukan dengan bihun sup bersama ayam BBQ yang mempunyai dua perasa. Almaklumlah, 1st time buat kenduri & menjamu orang di rumah baru ni maka tak dinafikan banyak la kekurangnya. Terlambat membakar ayam BBQ contohnya maka agak kelam kabut la sket. Ayam yang ditunggu² lambat masak.. Haishh... Ampunkan saya para tetamu sekalian... Saya budak baru belajar..

Terima kasih jugak kepada Ibu, Ayah, Abah, Abby,Khairel,Yana & Ekin kerana banyak menolong kami (aku & azrul) menyediakan juadah untuk para tetamu..

Memang ramai tetamu yang hadir antaranya wakil dari UMES (hanya Abg Man Graphic sorang), kenalan² ex² student SMK Keladi (Ijam, Iwan, Syamsul Qamar, Ameq, Syed, Ijat.. Haishh.. Banyak sgt aku nak taip nih.. Lenguh..) Tapi xpa,aku serakan gambaq, senang sket... huhuh..

Tak dilupa En. Meor Azman bersama Isteri dan photograper yang disegani di utara tanah air, org kuat Kaki Lensa En. Alang Arjuna bersama Isteri pun ada sama... Tq brooo...

Aku, Azrul & Farreal ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada tetamu² yang hadir bagi memeriahkan majlis kami yang xseberapa ni. Di kesempatan ini juga kami ingin himpun sepuluh jari termasuk jari kaki sekali, memohon maaf diatas kesalahan & kekurangan yang ada pada majlis itu..

Wassalam...

p/s: we ♥ farreal

0 komen anda: