Pages

October 20, 2010

Harapan Saya



Dengan sekali nafas, Azrini *kawan kepada Cik Tunangan saya dah jadik milik orang.. Pengantin lelaki pun nampak cool je. Xde ciri² nebes.. Aku yang dok kat situ plak yang nebes.. hehehe..

Syiok tengok kawan² kawen... Bila dipikiaq balik, most of my friend dah kawen.. Maka, susah la nak lepaking togather sebab masing² dah ada tanggungjawab yang lebih berat.. Jumpa pun time kenduri kendara je.. Nak lepaking mcm dulu², mmg jauh juboq dari lobang taik la kan...

Sesungguhnya saya sangat² nebes nak akad nikah.. hahaha.. *mcm xbiasa plak...
Tapi itulah saya,nebes x hengat nih...

HARAPAN saya:

1) Biaqlah perkahwinan saya kali nih kekal hingga ke akhir hayat saya.

2) Semoga bakal isteri saya dapat bersabaq dengan pe'el saya yang cacat lagi terhegeh² nih.

3) Semoga saya dapat memberikan kemewahan dari segi agama, kasih sayang & harta benda.. Semua tu penting oo.. Sok kalau saya dah xdaq, anak² & bini boleh doakan kesejahteraan saya. Bila mewah harta benda, baru anak² & bini saya xdihina mcm saya dihina dolu².. Cukup saya sorg ja dihina sudah...

4) Semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan laju². Saya xmau gado lama². Rugi mampuih ooo... Rugi la saya kalau gado lelama, nanti bini saya xmo masak.. Nanti saya kuruih, dah x ensem.. hahahah..

5) Saya berikrar untuk menjadi ketua keluarga yang disanjungi dan disegani oleh isteri & anak² sampaikan isteri jiran sbelah pun dok jeles sbb xdapat bersuamikan saya... ahaaaiiii...

6) Saya nak buang sifat² yang tak patut ada pada seorang suami & ayah.

7) Saya harap bakal bini saya akan kuat pegangan agama, taat setia pada saya & terus percayakan saya sepenuh hati kerana saya tidak akan sesekali memperjudikan kepercayaan dan kebebasan yang diberikan.. Kerana anda lebih mengenali siapa saya..

8) Semoga bakal isteri saya akan teruskan dengan bersifat jujur & berterus terang walaupun benda tuh pahit utk saya telan. Jgn lepaih ja kawen sok, dah pandai auta. Nanti sat cheq haria...mau? hahahah

9) Saya juga mengharap, bakal isteri saya tuh nanti pandai masak masakan kampong dengan lebih beraneka lagi sebab tekak saya tekak org kampong. Dibesaqkan dgn mandi tali ayaq, mandi bendang, makan petai cicah kuah kacang.. Bila slalu sangat you masak western, I rasa juboq i dah bertukaq kaler jadik kaler putih.. I lebey prefer hitam.. Hitam itu menawan kennnnn...?

10) Saya harap bakal isteri saya akan maintain jaga penampilan dia wlupun dah melahirkan anak untuk saya seramai soploh orang. Saya seriously xsuka bila saya balik gheja, muka anda bertepung sama pakai kain batik sambil dok nganyam ketupat bersama jiran tetangga. Possibility nak kena tengking depan khalayak ramai amat tinggi kalau anda buat gheja² lagha lagu tuh..

11) Saya berharap, bakal isteri jgn dok bercerita kat orang ramai kot² kalau kita ada perselisihan paham @ masalah² kita. Depa bukan ada sijil ka, diploma ka, phd ka dlm masalah rumah tangga. Kalau ada xpa jugak.. Sila jgn bukak pekung di dada..*saya tau awk x buat, saya ingatkan ja.. Dah nama post kali nih pun "HARAPAN SAYA".

12) Saya harap bakai isteri saya jangan dok buat bebai x tentu pasai dan dengaq² cakap orang. Anda lebih mengenali siapa saya.. Sebab awak dh kenai saya la yang membuatkan awak dh bersedia nak kawen ngan saya kan?kan?kan? ahaks...

13) Saya harap, agar tiada jurang perbezaan kasih sayang antara Syamsoul Farreal Dubeus dan Syamsoul Jr. yang lain.. Terus menyayangi anak² saya walaupun andai kata saya telah tiada nanti.

14) Saya berharap kasih sayang antara kita sekeluarga akan kekal dan berkembang dari hari ke sehari walaupun ada rintangan yang menimpa..*pinjam lirik lagu sat..

8 komen anda:

Cik Cip Puding said...

Assalammua'laikum.. Insyallah dengan harapan itu la bermula satu doa.

Allah Ta’ala berfirman:

“Tuhanmu semua berfirman: Berdoalah engkau semua padaKu, pasti Aku mengabulkan doamu semua itu.” (Ghafir: 60)

ZERO VENDETTA said...

so sweet!
semoga anda berdua + keluarga berbahagia dunia akhirat. Amin...

Zero2Hero said...

Amin...
tq puan...saya pun mondoakan kenahagian puan sekeluarga di dunia & akhirat...

bersama² kita menuju kebahagian..

family didahulukan,pencapaian diutamakan..

10 said...

syam... bab anak 10 tu hang kena cari bibik tolong jagakan anak hang... baru la bini hang boleh cun melecun macam anak dara...

Zero2Hero said...

hahaha,saya xkisah badan dia naik macam doremon skalipun,yang penting kebersihan diri & rohani tetap maintain...

bukan kebersihan luaran mencerminkan kebersihan dalaman jugak?ahhhaaiii...

Nadia Harnisa said...

Amin.. Semoga harapan anda menjadi kenyataan.. bykkan berdoa.. doa utk aku sama na

alynchoongjr said...

smoga harapan itu tertunai dan terlaksanan. mohon padaNya agar dijauhkan segala kekejian, kebencian, anasir2 luar yg jahat. aminnnnn.

alynchoongjr said...

smoga harapan itu tertunai dan terlaksanan. mohon padaNya agar dijauhkan segala kekejian, kebencian, anasir2 luar yg jahat. aminnnnn.