Pages

October 11, 2010

Orang Yang Bertanggungjawap Yang Menikahkan Anak ~Ceramah Agama~



Kawenn... benda senang tapi jadik payah sebab kita sendiri..

Apa yang terbaik ialah berkahwin selepas berfikir, juga menangguhkan perkahwinan selepas berfikir. Apa yang buruk pula ialah berkahwin sebelum habis berfikir, atau selepas berkahwin mula berfikir yang bukan-bukan
Sama ada berkahwin awal atau berkahwin lewat, jemu itu boleh timbul dan selalu timbul.
Tetapi orang yang sudah berfikir panjang dan mendalam sebelum berkahwin, tidak akan bertindak bodoh semasa menguruskan kejemuan yang dialaminya. Apa yang beliau fikirkan semasa membuat keputusan untuk bernikah dahulu, menjadikannya bersedia dan menempuh tempoh jemu itu dengan sabar, teliti dan bukan keanak-anakan.
Ada pasangan yang suaminya masih berjiwa PSP, tiada keghairahan terhadap anak yang lahir. Ada isteri yang memberikan anak kecil minum susu sejuk kerana tidak tahu susu badan yang dibekukan di peti ais perlu dihangatkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada anak. Semuanya gara-gara kurang persediaan dan kurang bersungguh mencari pengetahuan yang diperlukan.
Jadi, penyelesaiannya bukan jangan kahwin, atau nak kahwin juga. Sebaliknya, berfikirlah dengan cermat sebelum apa-apa keputusan dibuat. Kemudian buat persiapan dengan bersungguh-sungguh. Bermula dengan mematangkan fikir daripada rentak seorang anak muda atau pelajar, kepada suami dan isteri, ibu dan bapa, yang sinonim dengan tanggungjawab dan peranan.
.

Haishhh.. tanggungjawap lepaih kawen, persedian sebelum kawen... dari segi zahir & batin...




Sudah bersediakah anda?

2 komen anda:

Nadia Harnisa said...

Huhuhuhu...
BERSEDIAKAH ANDA!!!

Zero2Hero said...

Hahahha...

tepuk dada,tanya iman...
ngeee..