Pages

October 03, 2010

Sakit = Tak Lalu Makan



Assalammua'laikum..

Hilang rindu aku pada Farreal lepas dua minggu tak jumpe. Sedih sungguh hati ni bila dia dah kurus semula. Mcm biasa la batuk, selsema, demam yang kejap ada kejap ilang mcm puya. sampai kwn2 pun tegur muke Farreal dah cengkung sket. dah nama pun sakit dia tak berapa lalu nak makan. Kali ni dia cirit sekali.

Budak2 ni bukan mcm orang dewasa. org dewasa kalau kene penyakit tiga serangkai ni (batuk, demam, flu) dalam setahun adala 2 - 4 kali. Budak2 kurang sikit bernasib baik sebab dalam setahun kebarangkalian utk kene penyakit tiga serangkai ialah 3 - 12 kali setahun.. Tambah2 kalau budak2 ni pergi sekolah, daycare atau tadika. Kadang2 sakit mereka berlanjutan sampai 10 hari. Mak bapak mana yang tak sedih tengok anak sendiri sakit kan.. salah sorgnya mcm aku. Kalau ada la super power, aku nak serap sume penyakit kat Farreal tu transfer bagi kat aku..

Bila Farreal dalam keadaan sakit mcm ni, apa lagi.. semuanya tak berkenan la kat dia. Semuanya salah.. Perut dia kan tak selesa.. Badan dia pun tak sedap.. idung plak sumbat... mana la dia tak meragam.. Kita yang dah bsr pjg ni pun baru batuk sikit, dah mengomel mcm2.. mengidam pun hat bkn2.. Nak manje, mkn bersuap bagai.. Inikan la budak yang berumur 3 tahun mcm Farreal.. So kene banyak sabar... Laayaannn bak kata Fafau.

Macam Farreal, bila dia jadi mcm ni for sure dia tak lalu mkn. klau di layan tak lalu mkn dia tu, mmg kebulor mcm budak somalia yg tak cukup mkn tu la.. Kene la pandai create semula selera makan dia tu. Bubur nasi bersama kuah sup ayam. Mmg jln dan boleh habis sampai 2 - 4 mangkuk sehari. Sup ayam ni tinggi protein. Membantu meningkatkan daya tahan dalam badan bagi melawan penyakit.

Tapi takkan la nak makan sup ayam je sampai tak tukar menu lain kan?
Aku bagi la biskut gula tu. Selain daripada tu aku bagi dia minum ribena. Banyak vitamin c dalam ribena.. Bagus betul.

Farreal bila cirit, yang paling aku takut kalau dia dehydrated. Mula la bdn lembik, jln pun tak larat, mau berdukung setiap masa. Ish.. sesapa pun kalau cirit birit pasti dehydrated. klau org2 tua boleh la bg nasihat suh minum 100plus nak ganti balik garam dalam badan tu. Tapi klau bdk kecik? Takkan maunye dia kecuali kalau kene pakse rela. Sanggup ke nak pakse2 anak?


Bdk2 ni bila dia cirit, ada toksin dlm badan. So, utk mmbuang toksin tu maka cirit la dia. Atas arahan doktor sahaja kene ambik ubat untuk stop kan cirit tu. Selain daripada tu, jgn memandai nak jd doktor bagi mkn ape2 ubat sesuke hati. Setiap jam pastikan kita offer dia minum air. Pengambilan air tak boleh stop. jgn pulak mengade2 pi bg dia minum ayaq kopi ka, ayaq bergas ka.. mmg xstaiii.. minuman bersusu & jus buah pun elakkan.. BUAT SEMENTARA SHJ. Bukan untuk selama2nya. Sampai la taek dia tak cair lagi. Pehtu leh la continue bg susu. (Susu mana boleh stop. Nanti tumbesaran bdk2 ni terbantut).

Makanan yang berminyak, bergula, pedas, keras dan payah nak hadam pun aku elakkan bagi pada farreal. Sebab ini la akan menambahkan lagi kecenderungan utk dia jadi lebih teruk sebab semua yang disebut diatas adalah faktor2 yg akan buat dia muntah.. xstaii sungguh.. Lagi banyak air yang akan hilang dari bdn.

Lepas mkn aku tak bagi dia lari2 kesana kesini ataupun bergurau sakan sebelum dia sendawa sebab posibility untuk makanan tu terkeluar balik amat.. amat... amat... tinggi.. Lepas makan tu kene make sure dia relek2 dulu. Elakkan dia menangis. Cara?? Bg tengok otomen dia. Setengah jam pun jadik ar..

Kdg2 tu, segala mcm dah dibuat tapi dia still muntah jugak. Kene banyak sabar. Jgn la stop pengambilan makanan hanya kerana dia muntah. Muntah tu bagus jugak sebab kahak yang dia tak boleh nak keluarkan tu, akan keluar bersama muntah. Itu yang bagusnya. Jgn putus asa untuk ulang semula rutin pengambilan makann dia. Boleh la suapkan dia cereal ke, roti bakar ke, biskut ke, buah pun ok.

Pengambilan ubat demam, selsema atau batuk semestinya diambil SELEPAS makan (seperti yg tertera kat pelekat ubat tu). Kebanyakan ubat mmg kene ambik lepas makan pun. Bila perut kosong, kadar glucose dalam badan rendah. Mkn ubat masa perut kosong, lagi la merendahkan kadar glucose dan membuatkan badan bertambah2 lemah dan lembik. So, kene la makan jugak sikit sebelum mkn ubt tu. Minum air suam tak membantu meningkatkan semula glucose jadi campurkan aje air suam dengan glucose brand Glucotin yg femes kat M'sia nih.

Farreal, Ayah doakan awak cepat sembuh. Ayah risau awk selalu sakit mcm ni. Mcmmana la ayah nk senang duduk bila berjauhan dgn awk. Awk kat asrama, ayh kat umah...

p/s: I heart you Syamsoul Farreal Dubeus.

2 komen anda:

ZERO VENDETTA said...

Isssh pro la bro kita ni bab-bab ini.salute!boleh ceduk sikit ni apa yg patut : ) tumpang lalu yea

Lg1 ada persamaan la dgn cipuding's blog : ))

Zero2Hero said...

haishhh...mesti la kena pro...bab² kesihatan orang tersayang nih...

ngeee...