Pages

November 24, 2010

Ulu Legong Baling Kedah


Malam kedua Raya Haji ari tuh,punya la petak,xtau nak p mana,
pikiaq punya pikiaq,idea mai nak mandi kolam ayaq hangat kat baling..so far setakat nih kolam ayaq hangat yang terbaik yang aku enah p,kat Baling nih la paling best..

Kolam ayaq hangat dia ada 4 peringkat, peringkat pertama, yang aku panggil peringkat Dewa Dewi ialah peringkat yang paling pailang sekali,jika anda mempunyai kulit setebai kulit boya pun (jika anda boya darat) kulit anda pasti akan melecoq jugak jika anda dok buat best nak berenang² kuak bebas apatah lagi kuak kupu² dalam kolam yang pertama nih...tobat panaih x hengat...kalau boh teloq pun boleh rebus eloq dlm kolam no satu nih,apatah lagi kalau anda buboh teloq anda tanpa sebarang slaput *ouchhh,sumpah saya x sanggup nak membayangkan...

Kolam yg kedua atau saya gelarkan Kolam Teloq Separuh Masak,haaa...kolam nih buley tahan jgak tahap kedajalan kepanasan dia...jika anda berkulit gelap, rendamkan muka anda kedalam ayaq nih lebey kurang 3 minute,nahhh...hasilnya serta merta,muka anda akan bertukar kemerah²an seolah blushing tetiba seumpama kain skirt anda ditarik di depan khalayak ramai...sangat² suwiiittt...heheheheh..

Kolam hat ketiga plak kolam yang saya gelarkan sebagai Kolam Pailang Ikan Masen, ini kerana, kolam nih yang paling banyak wap,tapi kita selaku manusia normal, masih mampu lagi berendam dalam tempoh yang lama dlm kolam nih, ada jugak pengunjung yang dok buat gagah especially jantan² muda di depan gadis² dengan melakukan terjunan tiruk didalam kolam yang ke tiga nih,sememangnya tindakan yg kurang bijak ataupun lebih mudah dipanggil bebal kerana, kolam ayaq hangat nih kita lebey mementingkan kaedah bersantai,kalau nak buat terjuanan yang sedemikian rupa,silalah ke Lata Sedim, kat situ mmg sesuai sangat..effect dari melakukan terjunan tiruk nih biasanya xdapat dirasa serta merta,tapi hang tengok la time balik nanti..hahahah..baru hg tau sentapan otak akibat terjahan sertamerta dari sejuk ke panas..nasib badan la derrr...

Kolam ke-4 plak yang saya panggil kolam Riang Ria sememangnya paling best skali,kolam kanak²..ayaq dia suam² kuku,xdalam paras keting aku ja..


Ada jugak sebenaqnya kolam yang ke lima,khas untuk wanita²,gadis² untuk berendam,kolam nih tertutup bagi wanita² yang xmahu aurat mereka dilihat oleh laki² yang bukan muhrim..ermmm...tapi xpenah plak aku tgok wanita² mandi kat situ...xtau la sebb ayaq dia panaih sangat ka,ataupun sebb x syiok mandi sorg²..ngeee...wallahualam...

Malam tuh,Farrel xberapa nak stim mandi kolam ayaq hangat nih,sbb xcukup tdoq katanya,siang² dah bgtau nak mandi kolam ayaq hangat,beliau excited sangat sampai sinag pun xmo tdoq,maka hasil & impaknya boleh dikesan dimalam hari...mandom ja...hehehehhh..

0 komen anda: