Pages

January 26, 2011

Award


Aku dapat AWARD??!!! biaq betik??!!! Tapi itu lah kenyataannya.. Ape ucapan yang aku nak bagi ek? Sat aku pikiaq.. okay dah dapat. Saya nak ucapkanterima kasih dalam kuantiti beribu² lemon kepada incik El Mariachi kerana sudi memberikan penghormatan terbesar yang tidak terhingge ini. Sesungguhnye saya akan lebih kerap dan bersungguh dalam menghapdet & menambah tacapkan blog saya supaya saya dapat award lagi. Lepaih ni kalau dapat duit sekali, lagi baguih. Tiap² saat saya hapdet blog saya. Oleh yang demikian saya ingin berkongsi award ini kepada pengikut² fanatik saya kerana tanpa mereka tidak berkomenlah post² saya selama ini.

Ingin saya anugerahkan award ini kepada :-

El Mariachi kembali kerana beliau selalu memberi kata² semangat dan nasihat kepada saya juga blog beliau sangat mantooppp..

Kepada Mem Nadia Harnisa yang sudi menjengah blog saya sekali sekala memberi komen yang begitu memberansangkan.. Saya terharu.. *baling bunga*

Tidak dilupa Mem Ayu atau lebih dikenali sebagai Zero Vendetta, rajin menghapdet pasal kesihatan dan development anak beliau. Sama lah kiter menatang anak bagai minyak yang penuh.

Diikuti dengan : Miss Myaqi, Alynchoong & Hot Vanilla Chocolate (tetibe aku jadi lapaq).. Ghajin depa hapdet blog.. Baguih depa nih...

Nota dikakiku: Aku punye award, suka hati aku nak kata apa... kau ado??

January 25, 2011

Ba wow dal wow ha

Terdapat dua golongan manusia di muka bumi nih, ada yg betoi² innocent, ada plak yang betoi² dungu. I do believe "Some people are just na├»ve, while others are just stupid.."

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, aku tak tergamak nak menegur atau membidas tindakan manusia ni yang bagi aku tak betul. Aku jgak dibesarkan dengan cara "luahkan apa yang dirasa". Maka kalau aku rasa benda tu xbetul, aku rasa aku perlu bersuara, cara yang beradab dan terbaik untuk aku bersuara ialah mengunakan perumpamaan yang senang dan mudah difahami walapun tahap IQ orang yang dikritik tuh rendah dari manusia normal (mungkin sama level dengan monyet).

Aku jugak percaya dizaman persekolahan, kita semua ada belajar "Perumpamaan" dimana perumpamaan ini lebih sedap kita dengar dari kritikan yang straight to the point.

Akan tetapi bila berdepan dengan manusia² yang x bersekolah ni selalunya kritikan atau teguran melalui perumpamaan ni, message yang cuba disampaikan itu selalunya akan failed.

Contoh perumpamaan yang sering kita dengar ialah "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Seperti yang kita semua sedia maklum maksud perumpamaan ini dalam bahasa simple nya ialah "kalau hang takut, jgn gatai dok buat" akan tapi bagi pemahaman manusia² yang lembap serta rendah IQnya ialah:

"Kan susah nak buat umah tepi pantai? Awat tak beli ja apartment kat tengah bandaq? Umah kat Pantai Dalam mahai oooo, ada ja yang beli umah kat situ.."

atau

"Nak buat umah kayu ka umah batu?"

Adalah menjadi satu masalah yang besar buat aku untuk berkomunikasi dengan manusia² yang sebegini rupa. Aku juga sedia maklum bahawa mereka tidak pinta untuk lahir ke dunia dengan IQ sebegitu. Point yang aku cuba sampaikan tu langsung tak sampai. Kot la nak dapat sket, setoek pun xdaq. Haishhh...

Apa yang boleh aku lakukan sekarang ialah berdoa agar manusia yang sebegini diberi taufiq & hidayah. Ambil pendekatan sendiri dengan lebih banyak membaca untuk gain knowledge, makan makanan² yg berkhasiat, jangan diminum air yang ada semut dan berfikir dengan sehabis bijak (walapun hakikatnya bingai) bagi mengelak kebodohan, ke"dungu"an, ke"bingai"an (dan ayat² yang sama waktu dengannya) terserlah dengan jayanya melalui penulisan mahupun kata²..

Aku juga memiliki tahap kesabaran yang ada hadnya. Mana tahu, mungkin satu hari nanti aku akan lebih "Tegas, Tulus & Jujur" apabila berdepan dengan manusia yang sebegini. Maka tak mustahil lah bila satu hari nanti aku kan bersuara seperti ini:

"Hoi lahanat?! Hang pandai sungguh no belakon?! Depan orang hang baik?! Belakang² hang dok mengumpat, dok mengata?! Hang sedaq tak hang tuh bermuka-muka?! Hang pentingkan diri sendiri?! Akai ada ka?! Yang hang dok tabur fitnah tuh pasai pa?! Hang sedaq tak hang tu mcmana?! Apa yang hang dapat lepaih hang buat mcm nih?! Apa yang hang nak?! Sial punya betina?!"

Hishhhh... mintak simpang la aku keluaq kata² serupa tuh. Malu kat anak bini kalau aku dok marah lagu tu. Tak pasai² anak aku boleh terikut kalau macam tu la pe'el aku.."Action Speaks Louder Than Words" Kalau aku buat la mcm tuh, aku pun lebey kurang jgak la macam manusia yang IQnya rendah tuh...

Hurmmm... selagi boleh beradap, aku beradap la..

Akhir kata dari aku "Sapa yang makan cili, dia la yang rasa masak lemak cili api"

p/s: Jangan tanya kat aku, mana nak beli cili. Try cari kat kedai bawah umah hang la b***h?!

January 10, 2011

150 Juta


Untuk kali keseratus lima puluh juta

Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu


Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..



p/s: Thanx for everything... terima kasih sebab terima kami berdua.. terima kasih kerana banyak bersabar dengan saya selama ini..

Till death do us apart..

Pre-Haniemadu



Pre-Haniemaduuuuu...

Memulanya planning nak p Pantai Timur,tapi setelah diroger-roger member kat sana, dia kata musim x sesuai. Resort banyak tutup sbb musim tengkujuh. So aku pikiaq, wat gapo kalau p negeri orang tapi dok terperap ja dalam bilik.. Baik aku bawak bini ngan anak aku jenjalan kat Penang...

Penang pun tempat pelancongan gak pe...


Bini plak bg suggestion suh bawak Farreal p Aquaria kat KLCC. Maka destinasi pertama pre-haniemadu kami ialah kat Aquaria...

"Ohhhh my ggoddddd?!" reaksi pertama Farreal bila dapat tengok ikan Arapaima dengan dekat...siap menjerit lagi...huhuhuh..kelakar anak ayah ngan nde nie kan?ahaiii....


Destinasi kedua lepaih p Aquaria, kami balik umah kat Desa Aman. Aku beli khemah, senang nak berteduh kalau² hujan. Dah nama pun musim hujan... Planning nak p Lata Sedim, tak pun Lata Bukit Hijau. Tapi aku ngan bini abeh kemas umah kat Desa Aman pun dah agak lewat. Tue pun masih ada lagi barang² yang x abeh kemas. Terpaksa la berpicnic kat Ulu Paip saja. Lagipun sang isteri risau sebab musim hujan. Kat Sedim sama Lata Bukit Hijau, air dia deras. Memikirkan keselamatan kami sekeluarga, bawak je la p Ulu Paip. Sungai yang cetek. Tapi tempat peranginan yang boleh dikatakan aman & damai. Suke je bini aku ngan Farreal dapat main² air..


Setelah puas main air, kami tembak plak pi Penang. Toy Museum. Dewasa RM10, kanak-kanak RM6. Alhamdulilah, kalau bawak budak² mai sini memang heaven la bg dorg. Aku ngan bini pun happy tgok anak happy. Masa memula masuk entrance, patung Ultraman dah dok situ, dah melekat Farreal kat situ. Xnak teroka lagi patung² yang ada kat dalam-dalam tuh... haishh... Setelah dipujuk2, akhirnya dia ngalah jgak la...


Lepaih Toy Museum, singgah plak kat Pantai Miami. Mandiiii Lauuuutttt...
Hoiyeahhhhh...?! Heheheheh. Pantai Miami nih ataih sket dari Pantai Batu Feringgi. Orang xramai, tempat bersih, orang² tua cakap "Just Nice...."
Wahhhh.... dapat main pasir sama main air, mmg syiok la Farreaal kannnn? Sebelum tu plak Farreal dok tengok citer The Last Airbender. Maka kat pantai nih la dia mempraktikkan ilmu² yang dia duk tengok dari pilem mat saleh tuh. Tempat chantek... Orang xberapa nak ramai sebab aku p pun time hari kerja.. Nak bilas badan ngan air bersih pun ada tempat. Kedai makan pun dekat...


Lepaih abeh berpicnic², berjalan², bawak plak bini p shopping kat Queensbay Mall..
Bini pun happy la dapat bershopping..
Bila tengok dua² happy... SAYA PUN HAPPY...
Ngeeee...


p/s: We miss u Syamsoul Farreal Dubeus.. Take care 'son'shine...

January 09, 2011

Adham Shah Hilang


Salam semua blogger....kat sini saya nak mintak tolong skit sebarkan poster missing child nih. Harap-harap dengan menyebarkan gambarnya mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Hanya ini yang dapat kita buat...please!!! Kalau ade ape-ape info, contact this person in FB 'Norazuin Munaji' incase u have any news about this handsome boy...harap semua dapat membantu...insyallah.-ATP

My prayers for him n his family

-ABGTEROR-

Aku copy paste dari sini. Semoga dengan sebaran berita ni, Adhamboleh dijumpai semula Insyallah. Bersama-sama kita sebarkan.

Anak Ayah Hebat kan?


Aku masih tak faham kenapa susah sangat aku nak berkomunikasi dengan Farreal. Aku call tak pick up. Aku nak cakap dengan anak aku je pun. Susah sangat ke nak bagi aku bercakap, dengar suara dia? Mendatangkan kemudaratan ke ape?

Aku call tak angkat. Then aku msg bagitau yang aku nak cakap dengan anak. Bila call aku tak angkat, aku tak give up. The next day aku call lagi sebab aku faham dia mugkin sibuk. Banyak keje. Aku msg lagi mintak dia angkat call aku sebab aku nak cakap dengan Farreal.

Dikatanya pulak aku ganggu family dia...
Bila masa pulak aku kacau family dia. Farreal tu bukan anak aku ke? Aku call everyday sebab setiap kali aku call tak berangkat. Tu yang jadi setiap hari tu. Itu ke yang dikatakan mengganggu? Aku call pun bukan waktu kerja atau tengah2 malam.
Disuruhnya pulak aku jaga bini aku. Takut bini aku lari katenye..
Alhamdulillah aku dengan bini aku tak da masalah. Kami memang duk jauh. Bukan satu masalah besar pun. Kami bukan pasangan yang pertama kat dunia ni yang lepas kawen duk jauh. Concern rupanya.... Hoo yeaahhhh!!!

Tu lah dia, setiap kali bercakap pasal anak, end up mesti nak kaitkan dengan rumahtangga aku. Mu ni dah gapo? Kan aku bercakap pasal anak. Aku tak sentuh sikit pun pasal ko dengan laki ko ke ape ke.. Aku HANYA bercakap tentang ANAK. Tapi kenapa bila aku nak cakap dengan anak je, end up mesti ko nak cakap pasal aku dengan Azrul? Suruh aku buat anak lain dengan Azrul, jgn ganggu hidup ko sekeluarga... der, What The Fish??!!

Haisshhh.. walaupun hubungan sebagai suami isteri tu dah berakhir tapi ko tak buleh lupe yang hubungan sebagai ibu dan ayah kepada anak tu akan kekal sampai mati. Air yang dicincang tak akan putus. Tapi ko cuba nak putuskan jugak.. dah kenapa? Whaaaatttt The Fish?

Masa anak dengan aku, aku memang tak kisah ko nak call ke nak msg tanya pasal anak. No problem what so ever. Tapi ko yang memilih untuk diam tanpa khabar berita dengan alasan ko tak nak ganggu dia bila dia dengan aku.. Whaattt The Fish laggiii? Itu cara ko. Ko jgn expect aku macam tu. Aku kalau boleh tiap-tiap hari nak dengar suara dia. Dia tu darah daging aku. Giler ape aku boleh buat tak tahu dekat dia. Dari kecik aku duk dodoi bagi tido celah ketiak ni.. Sampai sekarang pun ketiak aku masih jadi tempat feveret dia menepek.

Aku agree yang kita memang tak sebulu kening. Tapi pasal anak ni, jangan la macam warden asrama sangat sampai nak cakap dengan anak pun kene sekat. Kalau warden asrama yang betul buat aku macam ni, for sure aku tarik sideburn warden tu sambil menjerit-jerit manjeww... "Ape keheiinye yeoopp?? Anak teman tuuu!!"

Farreal, anak ayah... Ayah nak dengar suara awak.
Dah seminggu tak da khabar berita.
Ayah cuma tau dari warden awak, awak sihat. Itu je.. Hurrmmm...
Awak jaga adik awak baik-baik tak?
Baguss.. macam tu la anak ayah dengan Nde.. Anak ayah hebat kan?
Ayah dgn Nde sayang awak. Kami kat sini semua pun sayang awak, rindu dekat awak.
Ayah rindu nak dengar lawak awak yang kelakar tu..
Pastu awak selalu tanya balik, "kelakarkan Ues?"
Ayah rindu nak dengar soalan awak yang penuh dengan 'Kalau' tu sampai ayah tak tahu nak jawab soklan awak yang sangat banyak tu..
'Kalau dia tak mati?' 'Kalau dia tak buat macam tu?' Kalau itu dan kalau ini...
Ayah rindu nak dengar awak kate "haluuusssss je."
Ayah punye rindu sampai ayah buat jugak susu untuk awak walaupun takda sape pun nak minum susu tu sebenarnya.. Buat hiasan pun jadik la.. Konon pretend awak ada kat rumah tapi awak tido umah bubu.

"Perceraian di antara ibu bapa janganlah dijadikan alasan untuk menghancurkan jiwa anak-anak. Alangkah baik sekiranya hubungan ibu bapa berakhir tetapi anak-anak tetap merasai kasih sayang yang sama kerana urusan hak jagaan dan nafkah mereka diputuskan dengan baik di antara ibu dan bapa mereka."

Nota kaki: Aku tetap akan call untuk bercakap dengan Farreal. Itu tanggungjawab aku pada dia. Dia masih ada ayah yang sayangkan dia sangat-sangat lebih daripada nyawa ayah dia sendiri. whether you like it or not, terpulang. "Ayah tetap nak cakap dengan Farreal." As simple as that.

p/s: Heart you so strong.