Pages

January 09, 2011

Anak Ayah Hebat kan?


Aku masih tak faham kenapa susah sangat aku nak berkomunikasi dengan Farreal. Aku call tak pick up. Aku nak cakap dengan anak aku je pun. Susah sangat ke nak bagi aku bercakap, dengar suara dia? Mendatangkan kemudaratan ke ape?

Aku call tak angkat. Then aku msg bagitau yang aku nak cakap dengan anak. Bila call aku tak angkat, aku tak give up. The next day aku call lagi sebab aku faham dia mugkin sibuk. Banyak keje. Aku msg lagi mintak dia angkat call aku sebab aku nak cakap dengan Farreal.

Dikatanya pulak aku ganggu family dia...
Bila masa pulak aku kacau family dia. Farreal tu bukan anak aku ke? Aku call everyday sebab setiap kali aku call tak berangkat. Tu yang jadi setiap hari tu. Itu ke yang dikatakan mengganggu? Aku call pun bukan waktu kerja atau tengah2 malam.
Disuruhnya pulak aku jaga bini aku. Takut bini aku lari katenye..
Alhamdulillah aku dengan bini aku tak da masalah. Kami memang duk jauh. Bukan satu masalah besar pun. Kami bukan pasangan yang pertama kat dunia ni yang lepas kawen duk jauh. Concern rupanya.... Hoo yeaahhhh!!!

Tu lah dia, setiap kali bercakap pasal anak, end up mesti nak kaitkan dengan rumahtangga aku. Mu ni dah gapo? Kan aku bercakap pasal anak. Aku tak sentuh sikit pun pasal ko dengan laki ko ke ape ke.. Aku HANYA bercakap tentang ANAK. Tapi kenapa bila aku nak cakap dengan anak je, end up mesti ko nak cakap pasal aku dengan Azrul? Suruh aku buat anak lain dengan Azrul, jgn ganggu hidup ko sekeluarga... der, What The Fish??!!

Haisshhh.. walaupun hubungan sebagai suami isteri tu dah berakhir tapi ko tak buleh lupe yang hubungan sebagai ibu dan ayah kepada anak tu akan kekal sampai mati. Air yang dicincang tak akan putus. Tapi ko cuba nak putuskan jugak.. dah kenapa? Whaaaatttt The Fish?

Masa anak dengan aku, aku memang tak kisah ko nak call ke nak msg tanya pasal anak. No problem what so ever. Tapi ko yang memilih untuk diam tanpa khabar berita dengan alasan ko tak nak ganggu dia bila dia dengan aku.. Whaattt The Fish laggiii? Itu cara ko. Ko jgn expect aku macam tu. Aku kalau boleh tiap-tiap hari nak dengar suara dia. Dia tu darah daging aku. Giler ape aku boleh buat tak tahu dekat dia. Dari kecik aku duk dodoi bagi tido celah ketiak ni.. Sampai sekarang pun ketiak aku masih jadi tempat feveret dia menepek.

Aku agree yang kita memang tak sebulu kening. Tapi pasal anak ni, jangan la macam warden asrama sangat sampai nak cakap dengan anak pun kene sekat. Kalau warden asrama yang betul buat aku macam ni, for sure aku tarik sideburn warden tu sambil menjerit-jerit manjeww... "Ape keheiinye yeoopp?? Anak teman tuuu!!"

Farreal, anak ayah... Ayah nak dengar suara awak.
Dah seminggu tak da khabar berita.
Ayah cuma tau dari warden awak, awak sihat. Itu je.. Hurrmmm...
Awak jaga adik awak baik-baik tak?
Baguss.. macam tu la anak ayah dengan Nde.. Anak ayah hebat kan?
Ayah dgn Nde sayang awak. Kami kat sini semua pun sayang awak, rindu dekat awak.
Ayah rindu nak dengar lawak awak yang kelakar tu..
Pastu awak selalu tanya balik, "kelakarkan Ues?"
Ayah rindu nak dengar soalan awak yang penuh dengan 'Kalau' tu sampai ayah tak tahu nak jawab soklan awak yang sangat banyak tu..
'Kalau dia tak mati?' 'Kalau dia tak buat macam tu?' Kalau itu dan kalau ini...
Ayah rindu nak dengar awak kate "haluuusssss je."
Ayah punye rindu sampai ayah buat jugak susu untuk awak walaupun takda sape pun nak minum susu tu sebenarnya.. Buat hiasan pun jadik la.. Konon pretend awak ada kat rumah tapi awak tido umah bubu.

"Perceraian di antara ibu bapa janganlah dijadikan alasan untuk menghancurkan jiwa anak-anak. Alangkah baik sekiranya hubungan ibu bapa berakhir tetapi anak-anak tetap merasai kasih sayang yang sama kerana urusan hak jagaan dan nafkah mereka diputuskan dengan baik di antara ibu dan bapa mereka."

Nota kaki: Aku tetap akan call untuk bercakap dengan Farreal. Itu tanggungjawab aku pada dia. Dia masih ada ayah yang sayangkan dia sangat-sangat lebih daripada nyawa ayah dia sendiri. whether you like it or not, terpulang. "Ayah tetap nak cakap dengan Farreal." As simple as that.

p/s: Heart you so strong.




5 komen anda:

alynchoongjr said...

:'( sedaynyeeeee. nk ckp dgn anak sndiri pon tak boleh. ermmm cian fareal jgk. mesti rindu papa dia kan.

ni@mir said...

tacing =')

Zero2Hero said...

hurmmmm...
=(

amarnie_zizan said...

bsabarlah..insya allah kalu kita masih amik berat ttg anak itu smpai akhir hayat die akan igt kasih syg kita pd die..wpun byk halangan dan cubaan yg dtg..sy bersimpati sbb x tau plak kisah idup abg syam gini [sbenarnya mmg x pnah tahu pun huhu] tp allah itu maha adil..de la hikmahnya itu

Zero2Hero said...

yang menjadi mangsa dia,ANAK...
sebab ke'ego'an dan kebodohan,orang lain yg merana...
hurmmm...