Pages

January 10, 2011

Pre-Haniemadu



Pre-Haniemaduuuuu...

Memulanya planning nak p Pantai Timur,tapi setelah diroger-roger member kat sana, dia kata musim x sesuai. Resort banyak tutup sbb musim tengkujuh. So aku pikiaq, wat gapo kalau p negeri orang tapi dok terperap ja dalam bilik.. Baik aku bawak bini ngan anak aku jenjalan kat Penang...

Penang pun tempat pelancongan gak pe...


Bini plak bg suggestion suh bawak Farreal p Aquaria kat KLCC. Maka destinasi pertama pre-haniemadu kami ialah kat Aquaria...

"Ohhhh my ggoddddd?!" reaksi pertama Farreal bila dapat tengok ikan Arapaima dengan dekat...siap menjerit lagi...huhuhuh..kelakar anak ayah ngan nde nie kan?ahaiii....


Destinasi kedua lepaih p Aquaria, kami balik umah kat Desa Aman. Aku beli khemah, senang nak berteduh kalau² hujan. Dah nama pun musim hujan... Planning nak p Lata Sedim, tak pun Lata Bukit Hijau. Tapi aku ngan bini abeh kemas umah kat Desa Aman pun dah agak lewat. Tue pun masih ada lagi barang² yang x abeh kemas. Terpaksa la berpicnic kat Ulu Paip saja. Lagipun sang isteri risau sebab musim hujan. Kat Sedim sama Lata Bukit Hijau, air dia deras. Memikirkan keselamatan kami sekeluarga, bawak je la p Ulu Paip. Sungai yang cetek. Tapi tempat peranginan yang boleh dikatakan aman & damai. Suke je bini aku ngan Farreal dapat main² air..


Setelah puas main air, kami tembak plak pi Penang. Toy Museum. Dewasa RM10, kanak-kanak RM6. Alhamdulilah, kalau bawak budak² mai sini memang heaven la bg dorg. Aku ngan bini pun happy tgok anak happy. Masa memula masuk entrance, patung Ultraman dah dok situ, dah melekat Farreal kat situ. Xnak teroka lagi patung² yang ada kat dalam-dalam tuh... haishh... Setelah dipujuk2, akhirnya dia ngalah jgak la...


Lepaih Toy Museum, singgah plak kat Pantai Miami. Mandiiii Lauuuutttt...
Hoiyeahhhhh...?! Heheheheh. Pantai Miami nih ataih sket dari Pantai Batu Feringgi. Orang xramai, tempat bersih, orang² tua cakap "Just Nice...."
Wahhhh.... dapat main pasir sama main air, mmg syiok la Farreaal kannnn? Sebelum tu plak Farreal dok tengok citer The Last Airbender. Maka kat pantai nih la dia mempraktikkan ilmu² yang dia duk tengok dari pilem mat saleh tuh. Tempat chantek... Orang xberapa nak ramai sebab aku p pun time hari kerja.. Nak bilas badan ngan air bersih pun ada tempat. Kedai makan pun dekat...


Lepaih abeh berpicnic², berjalan², bawak plak bini p shopping kat Queensbay Mall..
Bini pun happy la dapat bershopping..
Bila tengok dua² happy... SAYA PUN HAPPY...
Ngeeee...


p/s: We miss u Syamsoul Farreal Dubeus.. Take care 'son'shine...

0 komen anda: