Pages

February 17, 2011

Cer citer.. cer citer...

Haaa.. nak bercerita la aku ni pun.. adalah sorang hamba Allah tu, tah berapa kali la aku nak kene cakap benda yang sama tapi tak pernah khoottt nak faham. Agaknye dia ada la duk baca komen² pada salah satu status aku kat fb (refer kat bawah) yang telah menyentapkan dia.. Makanya, meh ler aku share ape yang dia tuju kat kami suami isteri neh. Terang lagi disuluh la dia duk tuju² kat aku dgn isteri keeennn.




Alhamdulillah... Syukur.. Mesti hadir perasaan puas dia tu... Aku syukur sebab dia mesti puas sangat dah tu..

Memang la dia duk DIAM sesaja sampai aku call nak sembang dengan anak aku pun direject²nye berkali².

Amboiihhh punya marah kat isteri aku tu sampai isteri aku cakap pasal anak pun dia nak'meroyan'. Isteri aku kesian dekat Farreal tu sebab nasib Farreal pun sama macam dia. Tambah dah jadi mak-tiri. Pelik betul aku haiiihhh dia buleh tak suke pulak isteri aku sayang anak mcm anak sendiri. Siap cakap isteri aku pulak penyebab perpisahan dia dengan aku. Haishhh... Aku tertanya² jugak siapa yang bawak kes ni ke mahkamah ye? Siapa yang meminta cerai ye? Siapa yang bawak kaum kerabat suh ceraikan dia ye? Isteri aku ke yang buat semua tu?

Benda yang dah lepas jugak yang dia nak bangkit²kan. Bukan dia dah kawin ada anak dan bahagia ke? Alhamdulillah... Itu yang aku dambakan. Syukur.. Menjadi persoalan betul kenapa pasal rumahtangga dulu jugak nak diungkit?Ayo..yo.yooo..lu mau bukak lu punya pekong di dada ka?mau saya terangkan secara detail kah?i dont think so la tanggachi...nanti sendiri yang tersipu malu kemaluan..*sambi tutup mata..

Masa aku tak kawen lagi, suh aku kawen cepat². Aku dah kawen, dah ada family pun tak puas hati lagi tu.. Nasihat suh isteri aku beranak cepat.. Ish ish ish.. itu kan kuasa Allah tu nak beri zuriat. Kita berusaha.. Aik?? perlu ke pulak aku nak update bagitau usaha² yang aku dengan isteri lakukan..? Tak munasabah betul.. What ever the fart it is pun, aku dapat anak dengan isteri aku sekalipun, Farreal tetap dibawah tanggungjawab aku keennnn... Aku still bapak dia keennn...

Uuuii kalu kutuk aku tu.. giler cam best je ek.. Tak kesah la. Ko ada pendapat ko kan.

Kenapa ye aku ambik anak sampai dua bulan hari tu? Tak susah pun aku nak recall sebab²nya.

1. Dulu masa ko kawen, sampai sebulan aku tak jumpa anak since ko kate nak bawak anak pi honeymoon sekali.. Bila aku tak setuju, ko kate nanti bila tibe masa aku kawen dengan Azrul ko akan bagi masa yang sama. Aku redha. Hari bahagia ko. Takkan anak takde pulak. Ade ke lepas daripada tu aku balas dendam ambik sampai sebulan macam ko buat? Still balik semula pada schedule biasa keennn? Ye la masa tu pun ayat², cara ko bercakap mmg baik tak ingat.. Pijak semut pun kire tak mati nih.. Bila tiba pulak time aku, ko nak bagi dua minggu je? Kan ko kata suh ambik dia 12Dec dan hantar semula 31Dec? Tak ke dua minggu je tu?Ish ish ish.. Sape laaa yang tak bertimbang rasa ni? 'Janji Manismu' bak kata lagu Aisyah yang femes amos tu.. Bila dah berjanji boleh senang² je lupe ek?

2. Aku ambik anak bawak balik aku senyap je ke? Aku tak bagitau ko ke? Aku tak cakap yang aku nak ambik dia sempena kenduri dengan masa ko dalam pantang? Aku bawak balik dia tanpa pengetahuan ko ke? Setiap kali aku bawak dia balik ke KEDAH (perjalanannye bukan 5-10 minit yee) aku mmg tak inform kah? Tiga kali yang aku ambik anak drag lelama tu sesaje je ke? (Kedah ngan KL ni dekat gamaknyee yeee...)
  • Ish ish ish.. Kan ke bawak jumpe ayah dan ibu yang dah berbulan lamanye tak jumpe cucu yang mereka duk jaga sejak dia lahir... If bawak jumpe hari ni, takkan esuk nak balik dah? Berapa jam je macam tu ayah dan ibu leh spend time dgn anak? Bertimbang rasa ke camtu?
  • Kan Abby kawen? Bukan dia ke yang duk tolong look after jugak anak tu sejak lahir?Abby tak cukup close dengan anak ke bila dia yang duk jadi babysitter??
  • Bukan aku akan kawin ke time nak ambik anak lama tu? Ko dalam pantang, sape nak tolong tengok makan pakai anak kalau bapak dia masih ada..?
Bagi tau aku, adakah aku 'menculik' anak sendiri namanye tu bila aku bagitau aku bawak dia pi mana dan ko sendiri sedia maklum anak itu berada dimana... keennnn?

3. Memang la aku boleh jumpa anak sebulan empat kali, tapi bukan hakim masa tu ada cakap, kalau aku nak spend masa dengan anak lebih daripada tu pun takpa ke? Bukan berdosa pun aku jumpe anak lebih dari dua hari.. Ikut budi bicara si ibu. Owh ye.. ko tak datang masa hearing tu... Mana ko tau hakim cakap macam mana. Aku je yang yang sanggup turun dari Kedah ni menghadirkan diri walhal ko duk bukan jauh pun.. keennnn..

4. Ko kan dalam pantang masa tu. Farreal sape yang jaga? Apalah salahnya ko adapt dulu dengan environment ko. Farreal bukan duduk dengan aku pun. Tiap² hari ko boleh jumpa dia.

So, sekarang ko dah balas dendam keeen? Ko langsung tak bagi aku ambik anak, even bersembang dengan anak. Setiap kali ko marah aku, ko ugut aku. Takkan bagi anak langsung kat aku lah.. paling senang ko buat, aku call nak cakap dengan anak, ko langsung tak bagi. Itu pun tak puas hati lagi tu. Sedangkan anak dengan ko tu still lagi ada perasaan tak puas hati.. Tang mana tu yang ko kate ko tak nafikan hak aku sebagai seorang ayah?

Ke sebab yang paling utama bagai dikata aku tak bagi nafkah tu? Setiap kali aku hantar anak, aku bagi tangan kosong ke? Baju aku tak bagi ke? Makanan dia aku tak bagi ke? Tu bukan nafkah dia ke? Ke ko nak duit?? Ko kate ko mampu? Kalau rasa tak mampu, bagi aku je jaga. Ni dah hampir dua bulan aku tak boleh jumpa dia, even cakap dengan dia, call aku pun ko tak pick up, aku nak bagi keperluan dia kat ko mcm mana? Sapa yang sombong sangat lepas tu lepaskan marah 'meroyan' tak tentu pasal sekarang ni agaknya?

Sudah² lah berhasad dengki... Benak hati tu nanti..
"Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat. Ia selalu sibuk memikir dan melihat milik orang lain sehingga seluruh hidupnya hanya untuk memikirkan bagaimana datangnya kenikmatan pada orang lain dan bagaimana menghilangkannya."
Buat si batu api (dah la tak kenai aku dengan isteri. Duk dengaq ceghita sebelah pihak. Tak pasai² dia pulak yang lebih sudu dari kuah) yang suka menghasut: Orang yang dengki itu mungkin akan mengumpat & menjadi batu api padahal ia menyangka ia telah berbuat baik, syaitan pula mengajukan alasan-alasan kepadanya untuk membenarkan perbuatan buruk tersebut supaya dia terus terjebak di dalam fitnah.

Meh sini nak habaq mai pasai hukum karma.. Gheti baca tak?

Hukum Karma Bukan Kepercayaan Islam

Hukum karma, tak ada satupun nash Al-Qur’an menyebut tentang hal ini, begitupun Hadits Shahih. Hukum ini tak dikenal dalam agama Islam, tapi merupakan kepercayaan agama lain yaitu Budha (karmaphala). Balasan atas perbuatan seseorang selama ia hidup di dunia, telah diatur sedemikian rupa menurut agama Islam. Terdapat proses dimana seseorang akan mendapat balasan atas perbuatan, baik maupun buruk, dilakukan oleh Sang Pengadil Tunggal (Maliki yaumiddien) di akhirat kelak, bukan di dunia. Jika terdapat dimana seseorang melakukan perbuatan baik atau buruk terhadap orang lain, dan kemudian ia memperoleh balasan yang sama seperti ia memperlakukan orang lain tersebut, maka itu hanya bersifat kebetulan.

nota di kaki: Angpa ada otak ada akai kalu, pandai² pikiaq.

Apa yang disentapkan:







6 komen anda:

Melor said...

ni first time komen kat blog ko kot?
apa2 pon semoga Allah memudahkan jalan di hadapan & hindari keluarga Farreal drpd hasad dengki & fitnah...Amin.

Nadia Harnisa said...

Sabar dan doa itu senjata yang paling kuat Syam.. InsyaAllah pasti ada jalanNya. Bersabar dan Berdoa lah...

Zero2Hero said...

=)

Pencinta Ilmu Haq said...

as salam syam, sy maz..sy harap awak & wife sabar & tabah dlm menghadapi dugaan & ujian..dulu sy x tau citer tp skrg saya doakan awak dpt hak penjagaan ues balik...pompuan keji mcm ni x lyk jaga ues...mmg dulu sy percaya jgk cakap@ dia & family tp bila saya dan terkena dituduh manderem abg dia & amalkan ilmu hitam baru sy sedar dia dan family dia mcm mana. pd hal diri sendiri lg teruk sbb byk saka & ilmu..itu fsl keturunan prmpuan dlm family dia ada ilmu penunduk suami..nauzubillah..sy pun x prnh sihirkan suami,moga keturunan saya x buat mcm tu..tu fsl dlm family dia sume laki ikut cakap bini je walau bini tu salah...abg dia jadi x siuman pun 2jam lepas nikah dgn saya, ape ke hal plk sy yg menderem ag dia,x cukup dgn maki hamun bini, pukul bini, tuduh bini ada skandal dgn lelaki lain,nk buat dna dkt anak saya nak buktikan anak dia ke x,nak tukar nama anak sy dkt jpn,duit belanja rumah, keje rumah hrm nak buat smpai sy t'paksa b'hutang keliling pinggang..tu yg kata abg dia baik??sy berhabis duit beribu2 ringgit nak ubat abg diabalasannya sy dituduh manderem,apa punya manusia la tu??pastu x mengaku plk abg dia amalkan ilmu sesat.fitnah plk ustaz yg mengubat saya tu sesat..klu sy yg hntr sihir knp org yg ubat tu x dpt pth kan balik sihir tu?patutnya saya dan anak jatuh sakit sbb balasan sihir..ty paling kelakar dia x percaya keturunan atas ada sejarah penyakit mental..dua2 blh pihak pulak tu..pastu ak fitnah family saya plk...pd hal family saya x prnh nak campur hal umah tangga mcm family dia..tuduh sy nusyuz tp abg dia lafazkan cerai..mmg patut la saya kuar umah sbb dah xde apa2 ikatan..masa arwah ayah saya meninggal sorg pun x nmpk batang hidung, nak jengok anak sy?haram...bagi nafkah pun x...aik?masa nak meminang sy dulu pandai plk dtg umah sy..sy dah x respect family mcm tu..ckp family dia x bercerai berai, ada pegangan agama konon..pigi rahhh...diri sendiri suka mengata dan fitnah org,tundukkan suami,perangai liar,kuat menipu,melaga2 kan org tu bukan dosa la??klu buat dpt pahala la??alhamdulillah kita dah kuar dari family tuh..lega..

Pencinta Ilmu Haq said...

as salam syam, saya maz semoga tabah hadapi ujian allah...dulu saya x tau kisah sebenar skrg saya tau dan saya berdoa awak akan dpt balik hak penjagaan ues..insyaallah,sy doakan perempuan keji mcm tu x lyk jaga ues..juga tlg pesan pd member2 uniten yg percaya kata sesat & manderem abang dia tu dgn ucapan "bwk2 la bertaubat sbb saya TIDAK AKAN memaafkan kamu semua diatas segala fitnah2 tu,jumpa saya dipdg mahsyar nanti..kamu sume tak prnh kenal sya, tak tau kisah sbnr jgn suka bwk fitnah.."

Sir Syamsoulnezam Othman said...

Allah itu Maha Adil..