Pages

April 16, 2011

Farreal, Ayah datang ni...

Baju awak yang ayah dah standby ingat kot dapat keluar dengan awak hari ni..

Akhirnya... walaupun tak sampai setengah jam aku spend masa dengan Farreal, namun ia sedikit sebanyak dapat meng’erase’ kerinduan aku selama hampir empat bulan tak bertemu dengan dia.


Aku nekad untuk ke rumah Fizzy selepas call dan msg yang berminggu-minggu tidak ber’balas’. Kalau boleh ditampal msg2 sama call2 aku kat dinding, aku rasa dah berlumut dah pun msg sama call aku tuh.. Mana aku dapat alamat dia? Tak perlu aku pergi upah PI ke ape ke.. Cukup sekadar dapat surat dari JPN pasai permohonan untuk dia menukaq nama Farreal di tolak. YESZAA..?! JPN cc surat itu kat aku. Alamat rumah dia ada terpampang dalam surat tu.


Few days earlier, aku suruh lawyer aku bagitau sama lawyer dia yang aku nak ambik Farreal. Lawyer dia cakap yang Fizzy tak benarkan aku ambik atas alasan Farreal tak sihat. HAiiisshhhh?!! Selama ni yang aku duk ambik Farreal; dia demam, batuk, kepala berkudis, gusi gigi bengkak dan bernanah, tak da pulak masalahnya...tetiba plak dia bagi alasan yang seBANGSAT tu..? Wut da fart?!


Cun2 pukul 7.45 tajam di pagi Sabtu, 16 April 2011 aku laju2 ke Subang Suria. Sampai kat bawah aprtment Fizzy pukul 8.30 pagi. Memang kelihatan kelibat kereta dia kat parking lot. Aku naik lif, sampai depan umah, aku ketuk-ketuk pintu umah dia dalam 3 – 4 minit. Tak ada jawapan. Aku ketuk lagi tanpa rasa putus asa. Kali ni lebih kuat. Akhirnya, pintu dibuka dan teka la sape yang keluar? FARREAL!!!!! Farreal dengan berbaju kelabu lengan pendek dan berseluar pendek biru gelap sambil menghisap susu yang penutupnya berwarna biru muda. Seperti mau pecah jantung aku dikala mata aku bertentang dengan mata Farreal.


Farreal kelihatan malu-malu. Terus aku capai tangan Farreal dan peluk dia yang nampak dah tinggi. Badan dia aku rasa dah susut dah sikit. Walaupun terpaksa peluk dia berhalangkan grill hitam, namun aku cuba jugak untuk cium dia bertalu-talu..


Aku suruh Fizzy bukak pintu grill sebab aku kate nak ambik dia. Ternyata riak wajah dia yang baru bangun tido, terkejut beruk pencen melihatkan aku dah terpacul depan pintu rumah dia. Sementara aku hilangkan rindu dengan Farreal, dia masuk dalam buat panggilan telefon. Aku cakap dengan Farreal suruh ambik kunci buka grill sebab aku nak bawak dia pegi makan. Dia excited dan bersuara pada Fizzy, “Mama, ambik kunci bukak pintu. Ayah datang!!” Fizzy senyap sama sentap. Hati aku berbunga-bunga matahari ingatkan dapat bawak Farreal keluar dan spend a night dengan my taiko tecik nih. Alih-alih dia keluar cakap tunggu sampai kes mahkamah selesai. Dia mention suami dia tak ada. Aku bukan nak masuk rumah dia. Lagipun aku datang nih nak amik anak aku, bukan nak amik laki dia.... Apa punya alasan la yang hang bagi kat aku nih Fizzy oi?


Aku dah cakap aku nak jumpa Farreal, nak amik dia. Dia tetap berkeras tak bagi. Bila aku tanya ape masalah dia, dia mention pulak benda-benda yang aku tulis pasal dia dalam blog ni. Aku cakap yang aku nak ambik anak aku. Yang aku tak jumpe dia dah lama... Namun dia tetap berdegil tak bagi. Dia try tarik Farreal masuk ke dalam rumah sambil aku masih memeluk Farreal dengan erat tapi Farreal tak nak ikut cakap dia. Farreal cakap nak ikut aku. Dia nak ikut ayah. Fizzy tengking Farreal, “Nak ikut mama ke, nak ikut ayah?!!” Slow je Farreal jawab tapi cukup aku, Azrul dgn Fizzy buleh dengar, “Nak Ayaahh..” Fizzy tanya buat kedua kalinya soalan yang sama. Farreal bagi jawapan yang sama. Dia tak puas hati dia cuba tarik tangan aku supaya aku lepaskan Farreal sambil dia ugut Farreal yang dia akan tutup pintu kalau Farreal tak masuk. Siap cakap kat Farreal, “Siapa bela abang sekarang?!!” Sambil suruh aku lepaskan Farreal. Dia masuk semula ke dalam rumah sambil mengugut nak telefon polis. Aku suruh dia telefon kalau itu yang dia nak. Farreal dah mula menangis nak kan aku tapi dia berkeras suruh Farreal masuk.. Farreal serba salah.. Air mata ni tak tertahan-tahan lagi dah.. Aku menangis depan Farreal melihat kan dia terkunci di dalam dan aku di luar. Hanya grill yang memisahkan kami. Ya Allah, sampai macam ni sekali pertemuan yang aku dapat dengan anak aku. Seolah-olah aku melawat dia kat penjara.. Hancur luluh hati ni.. Akhirnya Farreal lepaskan pelukan dan pegangan tangan aku. Dia akur dengan mama dia bilamana mama dia tarik masuk ke dalam rumah.


Aku ketuk lagi pintu bertalu-talu selepas dia tutup pintu. Aku kata aku nak jumpe anak tapi Fizzy kata dia akan telefon polis. Aku tak peduli dah. Aku bukan buat salah. Buat ape aku nak takut. Lagi bagus aku rasa kalau polis ada. Senang sikit nak berkomunikasi dengan orang yang ‘pandai’ sangat macam dia.


Aku ketuk lagi pintu rumah dia bertalu-talu. Kali ni lebih kuat lagi sebab aku terdengar yang Farreal menangis cakap ‘Nak ayahhhh.. Nak Ayahhhh...’ Aku ketuk lagi bila dengar suara Farreal merayu-rayu macam tu.. Hilang sabar aku dibuatnya. Pintu tu aku nampak kecik sangat. Tapi Azrul pujuk dan tenangkan aku supaya aku stop daripada terus mengetuk pintu rumah dia. Azrul kata Farreal boleh dengar dan takut-takut tindakan aku yang mengetuk-ngetuk pintu rumah tu memberi impak dan memori kekal pada Farreal kelak. Ye la selalunya dia nampak ayah dia nih daddy cool dan cakap lembut-lembut, tiba-tiba dengar suara ayah dia marah-marah. Merubah segala ingatan dia terhadap ayah dia yang happy go lucky dan cool ni..


Setelah menanti sambil ketuk-ketuk pintu , polis masih tak sampai. Aku pun ingat dah nak give up dah. Aku mengatur langkah untuk pulang dengan hampanya sambil terbayang-bayang wajah Farreal yang aku sempat peluk tadi. Baru je nak berlalu pergi aku nampak kelibat polis yang nak naik ke atas ke apartment Fizzy. Naisssss!!! Aku parking kereta balik, jumpa dan lapor diri kat Polis tu. Sorang nama Luwis sorang nama Tuthi. Tak sempat pulak aku nak tengok no batch dorang. Cerita lebih kurang side aku, tunjuk bukti perintah mahkamah, tunjuk IC, bagi no tepon dan aku pun mintak dia naik sekali supaya aku dapat tengok anak aku lagi..


Sampai depan pintu apartment dia, dia pun bercerita sebelah pihak dia kate aku nih nak pecah kan rumah dia. Macam biasa, cerita dia exaggerate jadi macam dia tu mangsa keadaan. Bila polis suruh dia tunjuk surat perintah mahkamah, dia kate boleh. Dari luar aku dengar anak aku bersembang dengan dia sambil dia duk mencari surat perintah mahkamah tu. Dia cakap kat Farreal, “Tengok, polis datang nak tangkap ayah..” Farreal tanya dia,”Kenapa?” dia jawab “Sebab ayah jahat..” Farreal tanya lagi pada dia, “kalau ayah tak jahat?” Butiran perbualan selepas tu agak samar. Bila dia keluar semula dia bagi alasan yang surat perintah mahkamah takda kat dia. Siap instruct polis suruh aku yang tunjuk surat tu. Polis cakap kat dia, aku dah tunjuk yang aku punya, dia nak tengok Fizzy punya.. (huh??!! Ape kejdah aku tulis ni. Lantak lah. Janji korang paham.)


Aku mintak polis tu pujuk dia supaya bagi aku tengok Farreal dan spend sedikit masa lagi dengan Farreal. Abang polis yang bernama Tuthi tu berjaya pujuk dia untuk bagi aku jumpa Farreal without a grill between us. Finally, dia setuju.


Setelah grill dibuka kuncinya, Farreal takut nak keluar. Dia setakat berdiri depan pintu pandang aku. Teragak-agak nak keluar atau tidak. Deep down inside dia tahu ayah dia macam mana orangnya tapi setelah di ‘brain wash’ oleh mama dia dalam 20 minit tadi tu, terus dia hesitate lebih kurang namun masih tersenyum malu memandang aku. Aku pujuk dia. Dia keluar sekejap salam, senyum, aku peluk dia, lepas tu dia masuk balik. Ye la mama dia pesan macam tu kan.. “Abang keluar jumpa ayah, jap lagi abang masuk balik.” Aku pujuk lagi.. tapi dia tetap teragak-agak. Azrul jenguk dan cuba pujuk dia keluar sekejap.. Dapat peluk dan gomoi dia betul-betul.. sembang dengan dia.. Ya Allah, dunia rasa bahagia, aman, takda perang, dan segala-galanya yang membahagia untuk 15 minit... Aku lah orang paling bersyukur.. Alhamdulillah.. Anak ayah dah ada dalam pelukan ayah despite of everything that is happening.


Lepas 15 minit bergomoi, peluk sakan, cium-cium, sembang sikit, Tanya perkembangan diri dia, (Walaupun Farreal baru 3 tahun lebih, lagi dua bulan 4 tahun, setiap jawapan dan kata-kata yang keluar dari mulut dia aku dengar sepatah demi sepatah) aku tahu aku perlu blah dari situ.


Masa Farreal dalam pelukan aku, aku tanya dia “Kenapa ues tak nak kat ayah tadi?” Farreal cakap, “Sebab ayah jahat. Polis nak datang tangkap ayah..” Aku terangkan pada Farreal, “Mana ada ayah jahat. Tengok mana ada polis tangkap ayah..” sambil aku juih mulut ke abang polis yang tengah hensem dan gagah berdiri sebelah kiri aku sambil memegang erat M16. Abang polis yang bernama Luwis tu sekadar pandang sambil tersenyum pada Farreal. Baru la Farreal loosen up sikit. Itu pun masih dalam kerisauan sebab kene racun dengan mama dia sebentar tadi. Takda perasaan malu dah pada abang-abang polis tu dalam diri aku.


Sebelum berpisah, kami bersalaman, peluk cium sebagai bekalan tah lagi berapa lama tak boleh jumpak lepas ni.. Aku suruh Farreal salam abang polis yang datang tu sekali.. Farreal menurut. Dia salam Tuthi & Luwis kemudian dia masuk semula ke dalam rumah. Aku, Azrul dan abang-abang polis tu turun bersama-sama. Hujan pulak lebat. Aku bersalaman dengan dorang dan ucapkan terima kasih sebab tanpa dorang aku mmg takkan dapat jumpa dan bergomoi sakan dengan anak aku.


Dear Farreal,


Bila awak dah besar nanti, awak boleh baca benda nih semua. Percayalah sayang... takde satu haripun ayah lupakan awak. Every single moment ayah ingatkan awak. Ayah rindukan awak... Ayah betul-betul kecewa dengan apa yang dah terjadi nih.. Ada jugak manusia yang seboleh-bolehnya mahu memisahkan kita... tapi deep down inside ayah tau, awak tetap ANAK AYAH.. Sejujur-jujurnya ayah rasa bangga bila masa awak berkeras ngan mama awak yang awak nak ikut ayah walau berkali-kali mama ugut nak kunci awak dok luar..Ya Allah, terharunya ayah sayang.... Awak tak fikir langsung kan pasal diri awak kena kunci kat luar? Asalkan awak dapat bersama ngan ayah kan? Bangga hati ayah nih nak...


Dear Farreal,


Kalau diikutkan, ayah pon boleh je guna kuasa veto ayah, suruh pilih antara ayah ke mama? Tapi ayah xnak buat benda bodoh tu semua. Bodoh jugaklah ayah kalau ayah buat benda yg sama.. Bagi tekanan kat anak ayah yang masih kecik. Awak perlukan ayah dan awak perlukan mama. Ini bukan pilihan. Ayah letakkan diri ayah in your shoe. Ayah taknak awak tertekan dengan masalah kami nih. Ni antara ayah ngan mama awak. Perasaan tak puas hati dan benci tu hanya ada dalam diri mama. Bukan dalam diri awak. Ayah taknak awak rasa beban seperti anak-anak kebanyakan orang lain yang ibu bapa dorg dah bercerai. Bukan ayah tak nak berbaik dengan mama. Tapi apa saja yang ayah buat, disalah ertikan. Mentang-mentanglah hak penjagaan sementara dapat kat mama awak, dia rasa awak tu milik dia sorang. MUNGKIN Mama ‘terlupa’ tanggungjawab dan amanat dia untuk tidak memutuskan hubungan ayah dengan awak walaupun kami dah takda ape-ape hubungan lagi. Namun, kami berdua tetap ayah dan mama awak. Itu je STATUS yang ayah dengan mama masih pegang. Yang awak layak terima.. Kasih seorang mak ayah yang sebenar dan juga masih hidup lagi nih.


Dear Farreal,


Selagi ayah masih hidup, ayah janji untuk meminimisekan kesan perpisahan antara ayah dengan mama terhadap awak. Itu janji ayah pada awak. Ayah akan buat yang terbaik untuk kepentingan awak. You are my PRIORITY. You deserve to be happy as you are without any interruption from what had happened. No forcing in choosing any sides. Ayah will do anything for you to make sure that you are going to live your life as a person you should be.



p/s: Ayah .. Nde... love you so much..

12 komen anda:

Rose@Shada said...

Serius sedeh beb dengar citer nie.. luluh hati nie... nak buat camna... sabr lar yer... tabah kan hati minta petunjuk dari Allah semoga lembutkan hati Fizzy... Amin...

Fizzy Farreal said...

Alhamdulillah dan terima kasih syam atas tulisan blog tersebut...karanglah lagi utk kepuasan diri anda sekeluarga.

ni@mir said...

='( ada juga manusia sekeras hati mcm ni.ya Allah,tunjukkn la petunjuk dekat fizzy ni kat atas ni

ni@mir said...

kenapa la ada jugak org macam ni.ya Allah buka la hati dia ni yaAllah..wish dia can be a muslimah who can think and act in an islamic way.insyAllah.amin

Ladyas said...

kesian kpd pembaca2 yg mudah tertipu dgn si penulis nie kn.... kesian sngt.. ape yg ditulis btul2 xsama dgn ape yg terjadi.. xpela.. allah swt tue maha adil dan maha mengetahui.. penipuan yg dilakukan oleh penulis akan menambah dosanya sndr... kpd pembaca sekalian, hak penjagaan sementara dapat kpd si fizzy nie... dan bkn si fizzy nie xberi si penulis nie melihat atau mengambil anknyer.. tetapi si penulis ini selalu melanggar peraturan makhamah. kpd si penulis, jdla lelaki yg matang... terima kenyataan dan tolong patuhi undang2 kalo inginkan hak melawat ke atas ank. kesian.. kesian.. malang kpd pembaca yg mempercayai kata2 si penulis dlm blognya.

sekian & t.ksh...

Meloreyta said...

Aku kasihan pada si kecil yang jiwanya tiada noda. May Allah bless you and your family, Syam. Allah lebih tahu.

Nadia Harnisa said...

Hanya ALLAH yang lebih mengetahui apa yang terjadi.. InsyaAllah dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Dia tahu segalaNya. Berdoa berdoa dan terus berdoa

Rasyidah said...

syam..kalau ko sayang kat ank ko tu ko beralah la syam...mintak maaf kat fz..die marah sbb agaknye ko slalu bwk ank ko keluar lame2..mcm aku ckp die pn ade prasaan rindu kat ank die..takmaula korang berdendam macam ni..aku kesian kat farrael die rindu kan ko sangat tuh..korang berdua berdamaila k..lembutkan hati masing2 tkmau buat benda yg die tk suke kalau itu saja yg bole die ubah fikiran tuk lpskan ank ko jumpe ko..demi ank ko korbankan la rase marah tu semua..haiisshh aku tkbole bayangkan perasaan si kecik tu la...ksiann sangat kat die..

Rasyidah said...

syam..kalau ko sayang kat ank ko tu ko beralah la syam...mintak maaf kat fz..die marah sbb agaknye ko slalu bwk ank ko keluar lame2..mcm aku ckp die pn ade prasaan rindu kat ank die..takmaula korang berdendam macam ni..aku kesian kat farrael die rindu kan ko sangat tuh..korang berdua berdamaila k..lembutkan hati masing2 tkmau buat benda yg die tk suke kalau itu saja yg bole die ubah fikiran tuk lpskan ank ko jumpe ko..demi ank ko korbankan la rase marah tu semua..haiisshh aku tkbole bayangkan perasaan si kecik tu la...ksiann sangat kat die..

Zero2Hero said...

:)
Nak beralah macamana lagi kak?apa maksud akak suruh saya beralah?saya marah sebab saya xdibenarkan berjumpa ngan anak saya je kak...saya marah sebab Fizzy tukar nama anak saya,saya marah sebab Fizzy xbagi anak saya bjumpa & bkomunikasi langsung dengan saya,saya marah dia dh racun fikiran anak saya..salahkah saya jika ada perasaan marah itu...jika salah,saya mohon maaf,mungkin saya xsedar akan kesilapan saya ini..ye la,klu org tak tegur,saya xtau..tapi saya mohon jugak la,jgn buat anak saya mcm ni..anak saya ada hati dan perasaan....

Cara Fizzy yang ingin menukar nama anak saya dan mula memanggil nama anak saya dengan nama yg lain memang membuatkan saya benar2 marah,dia dh mengelirukan anak saya..anak saya masih kecil,kenapa perlu kelirukan dia siapa dia yg sebenar,dia Syamsoul Farreal Dubeus,bukan Muhammad Rifqi..pada pandangan akak la kan,xpatut kah saya marah?salah saya kah?kalau salah,saya mohon maaf lagi skali..

Kak,cuba baca entry saya sebelum2 ni yg bertajuk cer citer..cer citer..saya kluar lama ngn anak saya bersebab..bukan saja2 suka..saya masih tahu batasan saya,saya cuma harapkan Fizzy ni bertimbangrasa la sket..Kulim ke Subang bukannya dekat,4-5 jam perjalanan & every two week saya turun kl untk spend only 1 (one) night with my son..agak2 akak la kan,cukupkah masa 2 hari tu buat kami untuk melepaskan rindu masing2?

Rasyidah said...

aku tk pros mane2 korang berdua ni msg2 ade silapnye..aku cume ckp punca die marah tu mgkin dr sebab ko amik ank ko lame2..punca amarah tu la yg buat die jd ghini...wahh bhs ape aku pakai nih hehe..aku surh ko beralah la mintak maaf..lupekan semuanye start all over again dh tkmau dendam2 kesianla kat anak tu..

fz pn kenala lembutkan hati...korang gado2 buruk2kan antara 1 sama lain ank tu nengok, die dengar..he will getting confuse..tu semua contoh tak baik tuk die..die terlalu kecik untuk paham ape yg berlaku antara korang wokay...

untuk farrael aunty will owez pray 4 ur happiness sayang...farrael bertuah coz farrael ade 2 mommy n 2 daddy..and four of them sangat2 sayangkan kamoo..nanti farrael dh besar jgn lupe pade mereka ini k.. regards frm aunty syida..

Zero2Hero said...

i get your point..tq kak...

Sama-sama doakan yang terbaik untuk Farreal..apa yang baik untuk dia,baiklah untuk saya...

Ameen...=)