Pages

April 14, 2011

Satu Ratus Lima Belas Days

Dear Farreal...

Wahhh... hebat kan kita nih? Dah 115 hari dah xde khabar berita nih... wahhh..wahh wahh. Hebat-hebat... Kalau awak tanya apa perasaan ayah sekarg, mmg la satu soalan yg agak menyakitkan hati ayah... Of coz la ayah rindukan awak. Klu tak rindu, xde la sampai terbawak² dalam mimpi.. Sampai Nde pun naik pening tdo sebelah... kejap-kejap terjerit nama awak..

Mananya tak terjerit.. Dalam mimpi ayah tuh, ayah nmpak awak dah tinggi, besar... Rindunya kat awak toksah nak kata la kan.. Awak nmpak ayah dok kat seberang jalan, awak panggil, "Ayahhhhh!!" Terus awak berlari datang kat ayah. Time tuh plak keta tgah banyak... Maunya ayah x menjerit tengah² malam kalau dah mcm tuh? Aduhhhh... boleh sasau la ayah kalau berlarutan mcm nih..

Dear Farreal,

Seperti hari-hari lain, ayah kerap message ngan mama awk.. Still xde jawapan. Ayah harap sangat minggu nih ayah dapat jumpa awak. Harapan ayah memang mengunung ganang... Harap mama awak bertimbang rasa kali ni. Kalau boleh, ayah nak amik awak dalam seminggu. Nak bawak awak balik jumpa Syafriel Lagipun minggu depan ayah buat kenduri aqiqah untuk awak ngan Syafriel. Kalau ikut scara logik & atas sifat perikemanusiaan, mama pasti boleh bagi awak balik ke Kulim seminggu nih sempena kenduri Aqiqah awak ngan Syafriel.. Kita doakan ramai-ramai ye?

Semua orang kat sini rindukan awak. Bilik air dalam bilik awak pun ayah dah kasi cuci. Lagi 2 bulan genap la kan umur awak 4 tahun. Mesti tak pakai pampers lagi kan anak ayah nih...?Maka bila bilik air tu dah bersih, senang la awak nk membesiaq tengah² malam... ahaiii...=p

Dear Farreal,

Ayah harap awak tak lupakan ayah.
Ayah rindukan awak sangat-sangat.
Ayah rindu nak dengar awak nyanyi..
Ayah rindukan soalan-soalan awak yang banyakkkkk sangat- sangat tu...
I really-really miss our moment together..

p/s: Take care anak ayah... Be nice.. Ayah & Nde <3 Syamsoul Farreal Dubeus...

2 komen anda:

EL MARIACHI said...

be strong sahabatku...

Zero2Hero said...

im trying my friend..