Pages

August 23, 2011

Road Bloody Road ?!


Dear Farreal,
Ingat lagi tak raya 4 tahun lepas?
Dalam raya ke 2 kalau tak salah ayah, kita accident kat Bidor. Time tu hujan lebat... Tayar keta plak botak... Ayah plak tak berduit time tuh nak tukar tayar baru... Tapi sebab nak balik Kulim punya pasai, kita redah gak bawak keta yang tayar dia dah botak tu. Natijahnya, ayah bantai divider tepi jalan kat highway Bidor. Ayah dah agak dah nak eksiden sebab keta dah melayang² atas air. Ayah control stereng pun dah tak jadik apa².. Ayah dah macam bwk boat.. melayang²... Llaju² ayah pegang awak... Punya la cuak ayah time tuh, kepala otak nih dok pikir keselamatan awak je.. Seb baik la ayah tak bawak laju, dlm 50-60km/h je. Memandangkan ayah nih mata tak berapa nak clear, hujan lebat men'slow'kan lagi cara pemanduan ayah..

Kesimpulan yang dapat kita lihat disini ialah kereta kita abeh rabak + hancur bonnet depan sama lampu depan sebab kita sudah kasi hentam sama divider tuh.. Berbekalkan lampu kanan, kita teruskan jugak perjalanan menuju ke Kulim, kampung terchenta Bubu & Yayah... sebab budget sampai punya pasai + nk jimat RM250, abeh melayang RM3k sebab nak kena tukaq everything..

Dear Farreal,
Lepaih ja kejadian tuh, ayah jadi fobia terok² bawak keta dalam hujan walaupun bawak keta baru ka, tayar baru ka, apa ka.. Insiden tu betoi² bagi kesan yang mendalam... Orang Kedah cakap, dok ketaq² pala tak abeh² lagi...



Dear Farreal,
Pengajaran yang Ayah dapat lepaih ja eksident tu ialah:
  • Jangan melengah²kan pasai nak service kereta nih, biaq duit melayang sket dari melayang nyawa @ benda² lain..
  • Jgn gatai dok skip monthly or quarterly checkup kereta..
  • Untuk memastikan penjimatan yang maksimum, jgn kedekut duit tukaq benda² kecik yang rosak sebab kadang² benda² kecik nih la yang menyebabkan berlakunya benda² besaq.. Penah kluaq dalam National Geography pasai sorg tukang cuci kapai terbang nih, dia lupa nak bukak balik lubang (lubang apa tah yg dok bawah kapai terbang tu) lepaih dia cuci kapai terbang tu. Musibah dia, bila kapai terbang tuh dok kat udara,berlaku gangguan kat penerbangan tuh dan akhirnya, terhempas..sebab small little thing, berpuluh nyawa terkorban..
  • Sebelum memulakan perjalanan jauh, make sure kenderaan yang kita naik @ bawak tuh berada pada tahap terbaekkkk.. bak kata Dafi AF "Baeeekkk punyooo..."
  • Jangan dok gatai² dok buat teruja tak tentu pasai nak cepat sampai ke destinasi yang dituju, bak kata Yayah "tak payah dok kalut².. "cepat pun 5 minute, lambat pun 5 minute"
  • Bila memandu tuh, pikiaq² orang lain sama. Yakni orang yang di dlm kenderaan yang kita bawak dan orang yang di luaq sana.. Be more alert, jgn dok pikiaq pasai diri sendiri saja.. Bukan kita sorang yang ada kenderaan kat dunia nih.. Pikiaq sama keselamatan orang lain.. Satgi bila shit happen, berak kluaq darah pun dah tak guna..
Dear Farreal,
Memang betoi kata pepatah, "malang itu tak berbau" & "ajal maut di tangan tuhan". Kalau benda nak jadi,jadi jugak.. Tapi awak jugak kena ingat, segala tindak tanduk kita penentu masa depan.. Kalau kita dok baring tengah² higway, pastu berpegang pada pepatah "ajal maut di tangan tuhan" hat tuh memang la menempah maut namanya... Orang tua² bagi pepatah tuh suruh kita berpikiaq, bukan suruh kita nih luruih bendoi...

Dear Farreal,
Seperi yang awak sedia maklum, every two week ayah & nde akan drive ulang-alik subang ===> kulim ===> subang ===> kulim, sebab nak jumpa awak selama 2 hari. Macam dekat plak kan?Mcm dari shah alam pi petaling jaya dah... hurmmm... Doakan perjalanan kami nih selamat pergi dan pulang tau... Walaupun ayah kadang² terskip jgak nak pi melawat awak memandangkan wallet ayah nih tak selalunya "cerah", tapi ayah tetap ingat & rindukan anak ayah...

p/s: Kekadang, terpikiaq jgak ayah nak beli superbike hat 1500cc,. Sep sket. Tak payah bayaq toll, minyak pun tak berapa nak laju... tapi nak buat lagumana, Nde awk tak sampai kaki nak bawak motor gedabak tuh... khekhekhekhe...

3 komen anda:

EL MARIACHI said...

eksiden kat Bidor...kampung abang bro tu Dato...

Zero2Hero said...

Huhu..tiap kali lalu kat situ...tobat saya ketaq...

10 said...

ya la... kena beringat & berhati2 selalu...