Pages

September 14, 2011

Etika Bertalipon


Antara sedar tak sedar,kebanyakan kita tidak mempunyai etika yang betoi ketika ingin menghubungi orang lain, tak kisah la siapa pun yang kita nak talipon tuh, aweq kita ka, balak kita ka, mak kita ka,client kita ka, mahupun skandal geli-geli kita ka..*erkkk...

Most of us, kalau nak talipon tuh, slagi orang yang dihubungi tu tak angkat phone, slagi tu la dok call-call...sampai nak pecah speaker henpon chaplang aku...PERNAHKAH anda terpikiaq kalau call tak berangkat tu, aku tengah mandi ka, semayang ka, bersenggama ka,tengah meeting ka, tengah on call ngan orang lain ka..pendek kata, i'm not be able to answer your call at that moment...*perghhh...speaking omputeh..gilaaa kentang...

Andai kata la tujuan nak menalipon aku nih atas sebab-sebab yang maha penting...apalah salahnya kalau panggilan yang ke dua tuh yang tak berangkat anda boleh tinggalkan "PESANAN SUARA" atau dalam bahasa mat salehnya, "VOICE MAIL".. Selaku manusia yang normal, aku pasti akan call balik...secaplang-chaplang henpon aku pun, pasti akan tertera number insan yang dok miscall aku tuh..melainkanlah henpon chaplang aku nih screen dia dah jahanam akibat aku baling kat anjiing yang slalu dok main kejar-kejar dengan aku dikala aku berjogging petang-petang...


Bersama-sama ini, aku sertakan sekali etika yang berhemah untuk kawan-kawan dan sanak saudara malah pembaca semua untuk kita sama-sama berganding bahu mempraktikkan cara yang amat mudah untuk membuat panggilan telepon..

  • Limitkan miscall anda sebanyak 3 (tiga) kali secara berturut-turut...dimana kali ke 3 tu, tinggalkan la pesanan suara..pesanan suara tuh plak, sila detailkan diri anda bagi memudahkan aku menghubungi anda balik andai kata anda membuat panggilan dari telepon public mahupun opis...contohnya "Salam Syam..tolong call I balik, Maya Karin dari MIG Production" nak lagi chantek, sila sertakan sekali no phone, tak payah la aku mengagau-gagau cari no phone anda kat yellow pages.. Elakkan bagi voice mail hat macam nih " Salam Syam..nanti call aku balik wei...?!" Haaaa...hat nih memang saja nak cari mampuih..kalau tiap kali aku dapat voice mail tu terpampang skali gambaq muka anda , takpa jugak..lain la kalau anda tu mak saya ka, ayah saya ka, bini saya ka, takpa la jugak, sebab suara-suara nh memang aku dah lali sangat,sebab selalu dok dodoikan aku sebelum aku tidoq...
  • Andai kata tips kat ataih nih masih tak jalan, sila rehatkan jari-jemari anda yang gebu-gebu tu untuk 15-30 minute, baru call balik...
  • Kalau masih tiada panggilan balik dari saya selepaih itu, sila SMS direct kat saya...tau la saya call balik lepaih tuh...
  • Dah kata malang pun tak berbau, lepaih dok buat & follow tips-tips dan etika menalipon nih, tetapi saya masih gagal dihubungi, ini mungkin bermaksud henpon aku dok ah kat mana-mana,tak pun tinggai kat umah...tinggai dalam keta takpun sudah kena rembat ngan mat gian...
  • Elakkan diri anda menalipon kawan-kawan anda pada jam-jam yang tak munasabah sekiranya tiada agenda yang penting untuk dibincangkan, seolah-olah besok tiada lagi bagimu..contoh perbualan yang dapat dilihat disini ialah "Salam Senah, sorry la kacau hang jam 3am nih...aku nak tanya, besok jadik ke kita pakai baju kaler maroon?" takpun anda call kawan anda jam 3am, pastu tanya soalan gampang " Wei Leha, hang dah tidoq ka?" dah hang call tgah-tengah malam...takkan tengah cat pagaq rumah kot?
  • Elakkan diri anda dari meroyan-royan tak tentu pasai seandainya orang yang anda ingin hubungi gagal dihubungi dengan cara memaki hamun di fesbuk atau meluahkan kebebaian a.k.a kekecewaan anda.. Dengan cara ini kekkurangan kecerdikan anda dapat dilihat oleh orang lain..selalu-selalu berpikiran positive sket...ingat sama, orang lain pun ada life lain jugak..lain la, memang kawan anda tuh dok gantng henpon dia kat lehiaq wlupun tgh semayang...makan...bersukan dan sebagainya..

Dari side pemanggil yang tak dapat dihubungi tuh, bila orang dah call dan nampak ada miscall tuh, rajin-rajinlah call balik kawan tuh, abeh caplang pun, bg la msg, tanya dia nak apa...aku pun selalu gak berdepan dgn manusia-manusia hat mcm nih, tak reti bagi feed back balik..lebih-lebih lagi kalau aku call tuh nak collect hutang...sebelum nak berhutang tuh, dia punya call..boleh cayaq speaker henpon aku nih dengan ayat-ayat dia..klu berdepan dengan orang macam nih,buang masa ja nak call-call...pi jumpa terus..tak bley lari mana dah... dah nama pun dok Malaysia...pusing-pusing, nampak muka dia jugak...

Lagi satu tips kepada pemanggil yang tak dapat dihubungi tuh, rajin-rajin la check henpon anda sebelum tdoq..check msg-msg yang tak reply & yang perlu direply..dalam kesibukan harian,kadang-kadang time-time sibok tuh, kita lupa orang dok hantaq message @ voice mail kat kita...maka, sebelum tdok tu biasa-biasakan diri check smuanya...baru la bley tdoq ngan lena...


p/s: Dah besaq sket nanti, Ayah bagi awak henpon satu eh Farreal...bley la kita men-men msg memalam..Ayah pun bley la call awak slalu...ngeeee....

1 komen anda:

EL MARIACHI said...

wahhh...info amat berguna ...saya Like entry ini...