Pages

October 12, 2011

Berbakti Pada Tanah


Dear Farreal,
Semenjak digelakkan oleh tuan punya kedai kat depan tu,Ayah teruih bernekad nak bercucuk tanam,ada ka patut dia gelakkan Ayah sebab Ayah nak beli daun Pandan sama daun Cenohom..? Demmmm..

Hahaha..mana la Ayah nak tau,kedai-kedai runcit kat kawasan umah kita ni jarang juai daun² kampung lagu tu..no wonder la kebanyakan dari jiran² kita ada tanam pokok pandan..

"Tokey,daun pandan ada ka tokey?"

"Hahaha,xda juai ma,lu kalau mau,lu pegi petik ja belakang rumah wa tu,free of charge.."

Memang la tak dinafikan,belambak-lambak pokok pandan sekitar umah kita ni,tapi takkan la Ayah nak simply pi petik je,haiyaaa...mesti ada orang tanam punya..HARAM kalau diambik..

Bertuahnya duduk kat kawasan perdalaman ni ialah,everytime musim buah²an,jiran-jiran kalau pi kebun depa pasti bawak balik sebemban buah-buahan kasi kat kita,macam last time musim durian,sebakul Uncle Nathan kasi durian,kalau musim rambutan,seplastik besaq Pakcik Man sebelah umah ni bagi..heheheh.. Murah rezeki kita nak,dok kat kawasan sub urban ni.. Dek sebab malu,xbagi apa²,kalau Ayah singgah pi Kebun Bubu tu,Ayah bawak le balik cempedak..kasi kat depa sama..kadang² sampai busuk cempedak-cempedak kat kebun Yayah tu,xde sapa pun yg nk p amik makan..tu la yang bestnya dok kampung ni..hasil-hasil kampung senang dapat,penah lastime masa musim rambutan,durian atau cempedak,semua buah-buah ni dijuai RM0.50 sekilo..? mana nak dapekkkk kat bandar tuuuu? Itu pun xlaku jugak disebabkan penawaran melebihi pemintaan..

Tapi tu la,bila dah dok kawasan sub urban ni,kedai-kedai runcit jarang nak juai daun-daun yang biasa dijual kat kawasan bandar tu..contohnya macam daun cenohom (kesom), daun pandan & daun kunyit..

Maka,berbekalkan tanah sekangkang kuceng blakang umah kita,Ayah mula menceburi bidang pertanian,dari dok main Farmville kat fesbuk tu,ayah try la tanam Pokok Cabai, Pokok Kunyit, Pokok Selasih, Pokok Cenohom, Pokok Pandan, Pokok Lengkuas, Pokok Kari & Pokok Serai..lepaih ni,xpayah la susah² nak mengagau mencari daum cenohom kalau nak buat laksa ke,asam pedas ke..

Penah last time,Ayah ngan Nde terpaksa mencari daun cenohom sampai ke Pekan Padang Serai tu semata-mata nak cukupkan rencah buat Asam Pedaih,tu pun takdaq!? Haishhh..kecewa sungguh..last² Ayah call Bubu suh bawakkan benih pokok² yang Ayah kata tadi tu la..tanam belakang umah..settle problem..

Nak dijadikan cerita,bukan senang la hai nak menanam pokok ni,lebih² lagi kalau kita transferkan pokok dari pasu pastu tanam kat tanah,kalau tak kena gaya, a week after that,pokok yang ditanam pon mampuih,siram tiap² hari pun xdaq guna..

Maka, setelah gagal dalam percubaan menjadi petani past few month ago,berbekalkan pengalaman dan sedikit research tentang cara penanaman pokok,project pertanian Ayah ni nampak macam berjaya,dah hampir sebulan Ayah tanam,namun tanda² pokok-pokok tu nak mampuih tidak kelihatan...mwaghahahha.. BRAVO!?

Bila dah tanam pokok² kat blakang rumah tu,membuatkan Ayah berpikiaq banyak kali nak simen blakang umah tu..rasa sayang plak..kang kalau simen,dah boleh bercucuk tanam lagi..klu tak simen,pun mcm xkena gak,ingat mcm nak tambah blakang umah tu,besaqkan dapoq sket.. Xde la semak sgt dapoq Nde awak ni,kat situ la dapoq, kat situ la nak washer machine,kat situ la rak pinggan mangkuk,peti ais, kuali..haishh... Dapoq dah la kecik..semua dok situ..semak..semak..


Maka,telah menjadi rutin harian Ayah,tiap kali sebelum & selepaih kerja,Ayah siram la la pokok kebanggaan Ayah ni,sambil menyanyi lagu "Suri ram ram, suri ram ram..suri rammmm yang manissss.." Bagi lebih menjiwai proses penanaman ni..
Nde dok gelak²kan Ayah je kata ni beriya sangat,macam kebun besaq..padahai mwaghahah..awak pun tau la kan blakang umah kita tu besaq mana sangat...at least takde la sangkakkkkk sangat...heheheh..


P/s: Bila awak balik sini,kita p tebaih kebun Yayah tu tau..cian Yayah dok menebas sensorang..lepaih menebaih,kita p terjun Sungai Ulu Paip tu..awak memang hantu air, Ayah tauuuuuuu...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 komen anda: