Pages

October 20, 2011

Gaya Hidup Sihat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'...

Dear Farreal,
Nampaknya activity swimming tiap² malam terpaksa direhatkan buat sementara waktu memandangkan la ni asyik hujan ja pada sebelah petang.. Opsss.. lupa plak nak bgtau awak. La ni Ayah telah berkecimpung dalam bidang renang kat Kulim Golf setelah melihatkan sendiri lemak² manja perot Ayah ni di dalam gambaq².

Dear Farreal,
Kemunculan secara mendadak lemak² manja kat perot Ayah ini mungkin disebabkan jarangnya Ayah bersukan. Lebih² lagi setelah ditransfer ke Penang pada tahun 2008. Bukan takdaq sukan yg company Ayah buat tapi memandangkan kerja Ayah yang tak menentu membataskan penglibatan Ayah utk bermain bola di petang hari.. Lagipun Ayah jugak mensyaki makanan dan lauk pauk cafe kat opis ayah itu menjadi salah satu penyumbang terbesar dalam pembikinan lemak manja perot Ayah ini.. Ditambah pula dengan kehadiran Nde sebagai housewife sepenuh masa, memantapkan lagi alasan kukuh makanan sedap sentiasa ada kat rumah.

Dear Farreal,
Pada awal pembabitan Ayah dalm acara pemboroian ini, Ayah tak begitu kisah tentang berat badan Ayah. Tapi setelah Ayah menyedari Ayah mula slow buat gheja, lemah dan malaih di waktu² dinihari, Ayah rasa ketidakselesaan dengan perubahan bentuk dan berat badan Ayah.. Maka dengan itu, disamping sokongan Nde, Ayah telah mendaftarkan diri Ayah sebagai pengunjung tetap swimming pool Kulim Golf & Country Resort.

Badan & kudrat ni nak guna lama. Kalau tak dijaga dari sekarang, apa la gamaknya yang akan jadi lagi 5-10 tahun yang akan datang. Bila badan ni naik, maka ia biasanya diiringi dan dipackagekan dengan pelbagai variasi penyakit.. Sebelum dipackagekan dengan penyakit² yang kelakar, better lah rasanya Ayah bersenam.

Perubahan pada bahagian dada kelihatan jelas setelah Ayah pergi meng"swimming"kan diri selama hampir setiap hari dalam masa seminggu lebih.. Setiap kali swimming, Nde slaku jurulatih tak bertauliah menyasarkan target sebanyak 15 laps dan seperti biasa, 15 laps tu penuh dengan penyeksaan lebih² lagi pool yang ada kat Kulim Golf ni standard Olympic.. Kalau setakat pool kat plaza tu, senang² je la 30 laps.. ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ....

Dari apa yg Ayah perhatikan dalam acara bersenam ni, cara dan target hendaklah seiring bagi mandapatkan result yang dikehendaki. Seperti yang awak sedia maklum, setiap hari Ayah mensasarkan minimum 15 laps. Kalau setakat buat 5 laps, pastu stop.. Lambat la sket effect dia.. Jangan jadi mcm kawan Ayah. Tiap² hari datang swimming sekali tp stakat p berendam, pastu budget bley kuruih dan mantap mcm body BFF Ayah, Christiano Ronaldo. ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ .. Mampuihhh...

Dear Farreal,
Setelah sesi renang direhatkan buat sementara waktu, Ayah telah kembali berkecimpung ke Gym setelah lebih setahun meninggalkan arena ini.. Ayah xde la beriya nak ber"gym" ni.. Saja dok teman kawan Ayah yg beriya sangat nak kuruihkan badan.. Menurut kata beliau, kadar metabolisma beliau sgt rendah. Jenuh ikat perot tak makan nasi. Asyik makan roti je tetiap hari. Tapi badan still naik.. Lain plak kes Ayah. Metabolisma Ayah sangat tinggi sehinggakan Ayah terpaksa makan ubat bagi menstabilkan kadar metabolisma ini.. Cissss.. Rasanya awak pun memiliki metabolisma badan sama mcm Ayah. Kalau tak, masakan 2 bungkuih nasi lemak time breakfast tak memberi apa² kesan kat berat badan awak.. Dalam erti kata mudahnya..
"Makan banyak pun, badan tak naik²"
Metabolisma badan juga merupakan salah satu punca awat badan susah nak naik @ susah nak turun..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 komen anda: