Pages

October 18, 2011

Hantu Togel


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Dear Farreal..
Wahhh.. Encem plak la hai Ayah tgok anak Ayah ni togel kepala.. Kiyut je kan? Hahaha.. muka plak fresh je all the time.. Maka sehari suntuk berjalan² pun tak nampak kusut.. Sejujur²nya, Ayah mula menyenangi fesyen rambut baru awak ni.. Good decision my son. Well done.. Am proud of u.. =)

Dear Farreal,
Syukur ke hadrat ilahi & thanx to your mama sebab give us spend more than 2 days bulan ni.. Terubat la sket rindu Ayah & Nde kat awak..

اَلْحَمْدُلِلّهِ..

Dear Farreal,

Awak sedar tak awak dah makin tinggi sekarang? Wahhh.. Time awak tengah tidoq tu, Ayah saja ja dok perati awak. Terdetik kat hati Ayah, 'dah besaq panjang dah anak Ayah ni'.. Baru je 4 tahun tapi dah tinggi lebih dari pinggang Ayah.. No wonder la ramai orang ingat awak ni dah sekolah rendah... Hakikatnya awak still baby Ayah.. Tak dinafikan la sedikit sebanyak, awak matang dari kawan² yg sebaya ngan awak.. Kalau awak bebual ngan Ayah @ Nde pun dah nmpak kematangan awak tu.. =)

Dear Farreal,

Di usia awak begini, there's a lot of things yang awak nak belajaq. Maka setiap patah perkataan atau dengan ayat lebih mudahnya, 90% perkataan yang keluaq dari mulut awak ni berbentuk pertanyaan.. Semua benda awak nak amik tahu... Salah satu soalan maut yang ditanya awak dimana sampai sekarang Ayah tak boleh lupa, sewaktu kita sama² lalu depan Sunway Lagoon dan ternampak billboard "House of Horror"

Farreal : "Ayah, kenapa orang tu boleh jadi hantu Ayah?"

Ayah: "Sebab orang tu kena rasuk dengan Zombie..sebab tu dia jadi hantu.."

Farreal: "Kalau Zombie rasuk orang, orang jadi Hantu, abes tu sapa yg rasuk Zombie?"

Ayah: "Erkkkk??!!!"

Ahhhh.. sudahhhh.. Apa Ayah nak jawap ni...?

Out of a sudden, awak keluarkan gula² suggus dari mulut awak, letak atas tangan then awak cakap..

"Otakkkk... otaaakkkk..."

Sah! hat ni mesti penangan ceghita 'Zombie Kampung Pisang'

Demmittttt... Sapa² je la yang dok ngajaq anak Ayah ni tgok ceghita hantu ni.. No wonder la penakut skarang...

Pengajaran yang Ayah nampak kat sini, time² lagu ni la every single questions yang popped up dari awak, Ayah akan menjawap dengan cara ilmiah dan berdasarkan fakta..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 komen anda: