Pages

October 14, 2011

Misi Mencari Costume Ironman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Dear Farreal, Tarikh awak bersunat pun dah dekat. Awak plak request pelik².. Nak costume Ironman.. haishhh.. Kalau awak kata nak costume Spiderman ke, Ben 10 ke, Superman ke, senang la sket gheja ayah ni..

Nak dijadikan cerita, costume Ironman sangat² payah nak dicari. Memandangkan cerita Ironman 2 dah lama ditayangkan di cinema, maka xdaq la promotion² yang melibatkan watak-watak dalam cerita Ironman tu lagi.. Tak salah ayah, citer Ironman 2 pun keluaq kat wayang tahun 2009. Awak plak baru merasai kehebatan Ironman tu setelah melihat sendiri cerita tu kat umah kita baru² ni..

Sehari suntuk kita kat Midvalley hari ni semata² nak cari costume sama mask Ironman idaman awak tu.. Natijahnya, kaki awak dah melecet² sbb berjalan terlalu lama dan bahananya plak, ayah terpaksa mendukung awak yang gagah lagi perkasa tu sepanjang kita menservey costume idaman awak ni... hahahah... Padan dengan muka Ayah... =p

Pengajaran yang dapat kita lihat disini ialah bila dah ada anak, lebih² lagi kalau anak emas tu, jgn la gatai² tayang citer-citer adiwira yg dah lama xde promosi. Kelak akan memakan diri sebab every single minute anak2 akan merungut dan merengek² gedik suruh cari jgak costume yg amat rare di pasaran Malaysia ni.. Kalau dia nak topeng Transformers kan ke baguih.. Belambak-lambak je kat Toy 'r' Us tu...


Adehhhh... tolongggg... tolongggg... Mana mau cari costume Ironman niiihhh??
Harap², Ayah jumpa jgaklah costume sama topeng full face Ironman awak ni sebelum awak bersunat nanti...

.انشـــــاء الله ..

Doakan kejayaan Ayah..

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ...

P/s: I'll do anything for you..anything you ask me too...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 komen anda:

ZERO VENDETTA said...

so sweet si ayah ni lah... berkorban apa shja utk anak isteri & keluarga. baguih²! N part paling best, uyesh siap dpt dukung tu :)

Zero2Hero said...

heheheh...
kerja keras untuk anak² & isteri...
=)

sampai² umah..pinggang mcm nak patah....adehhhh...