Pages

November 08, 2011

Eid Adha d.u.a.k.o.s.o.n.g.s.a.t.u.s.a.t.u

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'...

Yeayyy..raya haji tahun ni, Farreal celebrate together² dengan Ayah & Nde..

اَلْحَمْدُلِلّهِ ..

Raya Haji tahun ni jugak Acu Yana & Mak Ude turut serta memeriahkan majlis.. cuma Pak Long & Pak Lang je yang ✗ dapat join the party,mungkin ada sebab² yang tak dapat di elakkan. Pak Long katanya memang nak beraya dengan kita kat Desa Aman ni,tapi beliau terpaksa cancel last² minute atas sebab² yang tak dapat dielakkan, kalau Pak Long ada,awak seronok la sket sebab dapat main sama² dengan Zikry..

Sambutan Raya Haji tahun ni sedikit hambar memandangkan Bubu yang tak berapa sihat,baru baik demam.. Ditambah pulak dengan hujan sepanjang hari, maka end up nya kita dok lepak saja kat rumah bubu,planning Ayah nak p semayang raya pun tergadai,bley plak Ayah terlajak tdoq lepaih balik amik Acu Yana & Mak Ude jam 6 pagi..mula² ingat nak "letak" kepala sat ja,sedaq² dah pukui 9.45 a.m. Cuaca sejuk akibat hujan di pagi hari + hasutan syaitonirojimmmmm menyedapkan lagi acara tdoq Ayah pagi tu.. Jahanammmm....

Walaupun raya haji tahun ni sedikit hambar,tapi acara tradisi kita untuk bergambaq scara berjemaah tetap tidak dilupakan,lebih² lagi time awak beraya di Kulim ni..tak dapat Ayah bayangkan raya haji tahun ni tanpa awak disisi,lagi la tak bermakna raya tahun ni..

Lepaih bangun² tdoq,dengaq pulak takbir raya,baru lah feel raya tu ada..kalau tak dengaq takbir raya,dengan hujan yang turun dari awai pagi,lagi la tak daq perasaan beraya tu..

Seeloq²nya,kalau time² mcm ni,lepaih ja semayang subuh,kita pakat ramai² masak, bersiap² nak p masjid dan bersalam²an,haaaa...hat tu la seeloq² nya..tobat feel beraya ni mai mencanak²..bila usia dah meningkat ni,feel beraya tu dah makin kurang..zaman sekarang pun dah lain,kalau dulu tak kira raya haji ka,aidilfitri ka,anak² jiran akan mai untuk mengepaw Bubu & Yayah..tapi sekrang tak lagi,budak² lebih suka lepak umah main game,tengok tv bla..bla..bla..tak semangat langsung..

Ini mungkin kerana parent lebih prefer anak² dok umah memandangkan kes penculikan kanak² kat negara ni makin berleluasa dam kritikan.. Dari hati tak senang bagi anak² keluaq beraya,baik bagi depa main game dlm umah..

Nak cerita pasai beraya ni,kalau zaman Ayah dulu kecik², Ayah & Ayah Ngah dah start collect duit raya awai² pagi,kadang² tu sebelum semayang raya lagi..lepaih ja sesi bersalam²an ngan Bubu & Yayah,berdesup kami hilang,p beraya umah jiran tetangga..sampai taman² sebelah pun kami p beraya..ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ..punya la semangat...

P/s: Bila awak dah besaq sket,kalau time raya haji,Ayah bawak awak p tengok orang korbankan lembu eh?tak tau la awak berani tengok ke tak..hehehe..

0 komen anda: