Pages

November 02, 2011

Ironman vs Spiderman


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Dear Farreal,
Kekecewaan Ayah & Nde tak dapat cari costume sama mask Ironman bukan main²,puas kita melilau cari satu Kolompo,tapi rezeki tak menyebelahi kita lagi...Nasib baiklah ada mask Spiderman sebagai ganti..nak jugak awak pakai mask Spiderman ni walaupun time kecik² dulu awak cukup takut dengan topeng,tak kira la apa jenis topeng sekalipun,Ultraman ke,Spiderman ke, Transformers ke,awak memang takut..takut topeng tu melekat kat muka awak selama²nya katanya..ntah mana dapat idea tu,Ayah pun pelik..


Dear Farreal,
Lepaih Midvalley,kita terjah plak Times Square setelah diberitahu Uncle Faiz Munky kata kat TS tu ada kedai mainan,memang tak dinafikan kat situ ada kedai mainan yang selama ni kita cari..tapi malangnya,costume Ironman awak dah kehabisan,Ayah nak order pun katanya kilang yang buat costume Ironman tu dah tak supply lg barangan @ costume @ topeng Ironman ni memandangkan citer Ironman ni dah outdated..nak kena tunggu citer Ironman III keluaq kat wayang baru depa juai balik barangan @ mainan Ironman ni..

Dear Farreal,Walaubagaimanapun, pencarian Ayah kat costume & topeng Ironman ni tak berakhir kat sini saja,Ayah & Nde akan keep searching sampailah kita jumpa costume ni..maka, kalau kita jumpa costume Ironman tu nanti,tolong hargai dia sebaik mungkin..

Dear Farreal,
Meskipun costume Ironman kita tak jumpa,tetapi basikal kaler merah Ironman tetap Ayah hadiahkan sepertimana yang Ayah & Nde janjikan sebelum ni..

اَلْحَمْدُلِلّهِ..
Awak pun nampak exited dapat basikal baru ni..Memula Ayah & Nde planning nak hadiahkan PSP,tapi setelah meneliti baik buruknya PSP pada usia awak sekarang,betterlah Ayah & Nde hadiahkan awak basikal, sekurang²nya keluar la sket peloh awak tu..asyik main game je,pun tak eloq jugak....


Dear Farreal,
1st day awak dapat basikal awak dah buat parut,xde la teruk mana pun,just calar sket je sebab jatuh,biasa la tu,no pain no gain omputeh kata.. Dah kata pun hero,takat calar kat kaki tu xdenya duit hantaran awak tu jatuh,heheheh..part kelakar bila awak cari kain nak lap basikal awak sebab kena air hujan sket,hehehe..sayang sungguh la haiii kat harta benda dia..baguih la kalau macam tu..at least it shows awak appreciate hadiah yang orang bagi..


Dear Farreal,
Ayah & Nde ♡ Farreal..

0 komen anda: