Pages

November 16, 2011

Musim Sakit

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Wah..rasanya dah lama Ayah tak updated blog..agak bz sket lately ni memandang dapat MC selama dua minggu sebab demam denggi yg melanda diriku.. Atas sebab cuti slama dua minggu jgaklah,banyak kerja² duniawi terpaksa Ayah tangguh..bila start² kerja..hambeeekkk hang..menimbun² kerja yang menanti diriku ini.. Appointment sana sini nak kena attend..pi collect cheque..pi bagi invoice..huihhh..pendek kata memang tak terkejaq la nk settlekan kerja within 1 week..

Lepaih ja Ayah baik dari demam, Bubu yang ada kat KL plak demam panas..check punya check, dokter kata kencing manis Bubu naik..mungkin sebab makan tak berpantang..almost two week jgak Bubu tak larat nak bangun..time Raya Haji pun Bubu bangun sat ja bagi melayan tetamu,then beliau akan masuk bilik untuk berehat..

Eloq² je Bubu baik demam, Adik Naufal plak admitted kat KPJ Penang.. Tindakan pantas Ibu bawak adik Naufal p hospital haruslah dipuji,time kat emergency room tu, MA check body temperature adik Naufal dah mencecah 40.1.. Nasib baik la tak "fit" atau "tarik" atau "sawan".. Biasanya kalau bebudak yg dah start tarik ni,dia akan terus kena sampai la umoq 6 tahun,kalau after 6 yrs still kena jgak sawan ni,maka sawan tu akan terus berkekalan la sampai akhir hayat,secara am nya,senang kena sawan..walaupun demam sikit..

Maka, ibu bapa harus lebih alert dengan dan berhati² sekiranya anak² mereka demam.. Bebudak ni kalau demam pun,still active..tapi tak secergas biasa la..kalau orang dewasa plak,kalau demam, mmg terbaring je all the time.. Mcm last time Farreal demam panas yg sampai admitted tu pun,dia still bergalak mcm biasa,bila dah check body temperature baru kita tahu dia demam panaih..

Ramai jugak anak kawan² Ayah yang stay kat KL tu admitted, most of them kena Lung Infection, mungkin disebabkan air & water pollution yg teruk kat KL tu..kesian tgok bebudak kecik admitted ni,bercucuk sana sini,amik darah,masuk air..dah macam bahan ujikaji dah..abeh tu,nak buat camana,terpaksa la dokter cucuk sana sini,nak bagi sihat cepat...

Pesanan buat parent yang merokok,jangan lah merokok dekat anak²..jauhkan depa dari tempat orang² yg merokok..kecian kat bebudak ni..dah la dengan kadar pencemaran udara yg tinggi kat Malaysia ni,di tambah plak asap rokok dari mak bapak..haishhh..macamana la anak tu nak sihat?

0 komen anda: