Pages

November 02, 2011

Oh Kome,Deghiyan Dah Berbunge..



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Dear Farreal,
Baru la Ayah nampak ngan bijik mata Ayah ni yang awak memang hantu deghiyan,nasib baik la deghiyan sekarang ni dah takde musim..

Dear Farreal,
Walaupun deghiyan sekarang ni nak berbuah tak kira musim,tapi deghiyan Balik Pulau masih mengekalkan ciri² tradisional beliau,hanya berbuah pada musim deghiyan..kalau lah sekarang ni musim deghiyan,nescaya Ayah & Nde akan bawak awak p makan deghiyan Balik Pulau.. Deghiyan Balik Pulau ni special sket,menurut kata Yayah,makan seulas pun dah kenyang tak hengat. Biji dia kecik,isinya lemak berkrim. Cara penjagaan dia pun lain dari deghiyan² yang sedia ada kat muka bumi Malaysia ni,sampaikan kalau deghiyan yang jatuh kena tanah dah dianggap reject,smua deghiyan yang luruh,kena jatuh atas jaring yang disediakan bawah pokok deghiyan tu..Punya la hebat kannnnn..? Tak pasti la plak jenis Deghiyan Balik Pulau tu jenis D24 ka apa ka..yang pastinya, Deghiyan Balik Pulau ni memang legend..

Dear Farreal,
Mengikut apa yang Ayah tahu,sekilo deghiyan Balik Pulau ni boleh mencecah RM70 or more! Perghhhh..tapi jangan terkejut la,ada yang sanggup beli..yang sanggup datang dari luar Penang pun ada..malah ada yang mai dari Johor,Sabah & Sarawak!? Gilaaaa kentangggggg *iklan Mr. Potato.

Dear Farreal,
Tapi takpe la,walaupun sekarang ni bukan musim Deghiyan Balik Pulau,Deghiyan Kulim pun jadi la,lemak manis jugak kan,kalau tak,takkan la habis sebijik awak sorang je,Nde jamah seulas,Yayah seulas,hat lain awak settlekan..hebakkk.. Tu pun sebab dah pesan jgn makan bebanyak,takut tak boleh tidoq + demam..klau tak pesan,kompom² dah jadik ceghita lain..malam ni pun awak payah nak tidoq,nak tdoq bogel la,nak buka baju la,nak bukak seluaq la..haishhh..satgi eloq² awak tak batuk,bley batuk sebab tdoq tak berbaju... Haishhh..satgi ceghita dah jadik makin dramatik...

Dear Farreal,
Mesti awak tertanya²,kenapa lepaih makan deghiyan,Ayah suruh awak minum air dari kulit deghiyan tu kan? Haaaa...begini ceghita dia,mengikut petua orang dulu² a.k.a Old Timer,untuk mengurangkan panas badan lepaih makan deghiyan,kita kena la minum dari kulit deghiyan tu. Sejauh mana kebenaran tu dari segi saintifik,Ayah kurang pasti la plak..xsempat lagi Ayah research kebenaran di sebalik teori tu.. Ayah folo je,asaikan depa ✗ bagi petua hat merepek kerepek udah la..kalau depa kata kena goreng buat cokodok kulit deghiyan tu ka,kena ratah kulit deghiyan tu cicah ngan sambal belacan

ka,hat tu dah kompom² la Ayah ✗ folo kan...hehehhe..


Dear Farreal,
Disebabkan awak suka sangat makan deghiyan, Ayah sanggup korbankan keharuman ambi pure kereta kita untuk digantikan dengan keharuman deghiyan..walaupun umah kita ke Kulim tu dekat,sat ja sampai,tapi keharuman deghiyan melekat habis²an dalam keta kita ni.. Haaa...kat sini pun ada petua dari old timer kita,untuk menghilangkan bau deghiyan,kita taruk la arang ataupun roti dalam keta untuk menyerap bau deghiyan tu..malam ni Ayah dah taruk dah sebuku roti dalam keta tu,sejauh mana keberkesanan dan kebenaran dia,kita akan dapat pastikan besok..hahaha..

Dear Farreal,
Ayah bukan tak suka deghiyan,tapi Ayah tak tahan dengan bau mulut sendiri lepaih makan deghiyan tu,bley pening terok²,bukan sebab belagak ke apa ke,sememangnya deghiyan tu raja buah,kesedapan dia memang tak dinafikan..takkan Ayah nak telan arang kasi ilang bau mulot plak..lebih² lagi kalau tersedawa..perghhhhh... Nak² kalau kawan² tersedawa dalam opis yang berekon ke,dalam keta yang tengah stuck tengah² jalan jem..perghhhh.. Hat ni bley mengundang pergaduhan..hahahah...

P/s: Deghiyan dah berbunge,moh kite minang anak dare..

0 komen anda: