Pages

November 24, 2011

Perniagaan Melayu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Tiga hari lepas,aku melilau² kat sekitar Bandar Perda untuk mencari saloon,memandangkan rambut dah panjang,dah kembang macam singa afrika.. Saja je aku cari kat area Perda memandangkan aku ada appointment kat situ,so lepas je settle kerja aku pun melilau la mencari saloon rambut. Baru la aku sedar majority peniaga kat Perda ni orang melayu,bandar yg besar,tapi percaya atau tidak,takdaq langsung saloon rambut!?

Orang melayu ni bagi aku ada satu je masalah,kalau nak berniaga tu suka ikut orang,tak reti nak pikiaq sendiri nak buat apa, bukti dia ada depan mata, kalau kat block kedai tu ada 10 bijik kedai 4 daripada kedai tu jual benda yang sama, kalau sorang bukak kedai juai tudung,hat sebelah pun bukak kedai juai tudung,kalau block tu dah ada kedai makan,nak bukak jugak kedai makan kat sebelah tu.. "Kedai Makan Mak Jemah" ,"Restoran Sedap Sokmo" , " "Warung Masakan Kampung Maya Karen".. Bila tengok², semua juai benda yang sama, service yang sama, dok pulak bersebelah²an.. Yang membezakan hanyalah kesedapan..

Bila dah bukak & provide benda yang sama, ofcoz ada kedai yang lebih maju dari kedai² yang lain..maka bila kedai yang ✗ maju,bankrup,mula lah nak salahkan orang..kena santau la,kena lindung la.. Yaaa..memang xdinafikan, ada jugak orang yang meniaga cara kotoq..tapi bagi aku, reason nak kena santau tu biaqlah reason yang last skali..pasti ada masalah teknikal lain slain dari kena santau ni..

Orang² melayu ni,apa yang aku nampak ialah tak pandai sangat nak mencari peluang perniagaan,suka sangat tiru orang lain,tak pandai nak pikiaq sendiri nak peluang perniagaan yang besaq,banyak lagi benda yang boleh dijual,tapi still jugak nak meniaga benda yang dah belambak² kat pasaran..contoh yang boleh dilihat disini ialah, kalau musim orang dok cosmetic, smua nak buat..kalau sorang buat perfume,semua nak tiru..ingat lagi tak last two year,masa musim orang dok gila nak menternak cacing? Haaa..smua pakat ramai² buat benda yang sama..cacing la, lintah lah,keli la..semua pakat tiru..xbley nak pikiaq sendiri nak meniaga apa,dah tentu² orang tu dah start,yang nak p folo dah kenapa?

Dan natijahnya, business tak sampai setahun dua, dah bungkuih.. Bila penawaran melebihi pemasaran, susah la hangpa nak "hidup" kalau benda dah terlalu banyak kat pasaran..memang la rezeki masing²..tapi kena pandai jugak mencari rezeki..jangan dok main terjahhh ja.. Kena la buat marketing strategy,marketing research sebelum nak meniaga,kalau nak business kita bertahan lama..kalau boleh tu biaq sampai jadi turun temurun,sampai ke anak cucu cicit piut..

Benda yang sama jugak kita dapat tengok kat fesbuk,correct me if I'm wrong..rasa nak tampaq² ja klu depa dok tag nama aku kat product² depa,nak tag pun agak² la,aku mana pakai tudung derrr..baju kurung pun aku xpakai..xpayah la dok tag..nak suruh belikan utk bini aku pun,tag la bini aku tu,yang nak tag aku tu apakejadahnya?

Banyak lagi business yang tak dimonopoli orang melayu,contohnya saloon rambut, yang aku tau,satu²nya beras keluaran bumiputra kat malaysia ni ialah beras cap langsat,hat lain semua bangsa lain yang punya..sama jugak la dengan kes beehoon.. Amat² susah nak jumpa product² ni kat pasaran especially keluaran bumiputra..tah ada ka tak beehoon keluaran bumiputra..xnampak pun kat pasaran?

Tak payah la kita nak meniru orang lain,cari identiti sediri..kalau nak lama dalam market..kalau asyik tiru ja,orang buat apa,kita pun nak buat,boleh tu boleh,tapi tak lama la business tu..susah sebenaqnya nak compete dengan business yg sejenis di market..lebih² lagi kalau competitor tuh dah lama dalam bidang tu.. Nak senang, kalau nak bukak business tu, survey dulu scara mendalam, benda apa kita nak niagakan..

Klu smua melayu boleh think outside the box, .انشـــــاء الله one day,kita boleh take over balik "market" kat Malaysia ni..aku lupa the right word dia apa..bahasa ringkas dia, orang Melayu boleh pegang Economy Malaysia kalau setiap seorang dapat monopoly setiap jenis perniagaan kat Malaysia dimana dimasa sekarang dimonopoly oleh bangsa lain..

Cewahhh..mesti hangpa kata aku nih jenis cakap je senang kan? Awat aku tak buat,dok cakap ja pandai? Haaa..ni la dia, bangsa melayu kita, bila kita tolong bg pandangan,kita plak yang kena balik..mangkaq..aku tegoq sebab aku sayang bangsa aku,nak tgok bangsa aku maju..tak dinafikan aku pun ada terdetik kat hati sanubari ni nak buat business sendiri,tapi modal ✗ berapa nak cekang lagi..tggu bila betoi² beruwang,baru la aku beranikan diri nk bukak business sdiri..nak bukak business apa?hahaha..rahsia,satgi hgpa tiru plak..mwaghaha..pikiaq sendiri la dol, buat research sdiri..buat marketing plan & reseach sdiri sebelum bukak apa jenis perniagaan sekalipun..aku bukan bising kalau hgpa nak juai tudung ka,bukak kedai makan ka,tapi aku jadi marah kalau hgpa xpandai pilih lokasi,dah terang² kat tempat tu dah ada kedai juai tudung,yang gatai nk bukak sesama jenis perniagaan buat apa??

Apa yg aku boleh cakap untuk buat business ni,modal kena betol² mantap untuk cover sgala expenses tahun petama dan kedua berniaga.. Hati kena kental,kalau makan gaji tu,jam 6pm dah xpayah pikiaq lagi pasai keja,tapi bila dah bukak business sdiri 24hr pikiaq pasai keja..

Sekian saja, ada masa lagi..aku taip lagi..nak amik buat pengajaran baguih la,xmo amik pun xpa, duit hangpa lagipun kalau nk buat business tu..aku cuma cakap berdasarkan pengamatan aku selama 7 tahun berkecimpung dan bergelumangan dengan usahawan melayu ni..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 komen anda:

EL MARIACHI said...

terimakasih kerana pandangan bernas dari Dato...selepas ini saya akan mengikuti kursus gunting rambut dan hairstyler...