Pages

December 14, 2011

Journey to Krabi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ..akhirnya impian aku nak bawak anak bini kluaq pi bercuti dan berjalan² kat oversea akhirnya tercapai..

Tak dinafikan,bercuti² kat luaq negara ni lebih menjimatkan lebih² lagi kalau bercuti kat Thailand & Indonesia..

Sebelum bawak masuk kereta ke Thailand, kami berenti sat beli insurance Thailand dekat Pekan Chanlon. Utk kereta sedan RM21 dan kereta MPV RM24.. Isi minyak full RM70..

Perjalanan tertangguh dekat sejam kat immigration Thailand sebab kena turun kereta, check passport sorang².. Setelah settle everything, dalam jam 2ptg baru kami bertolak. Singah makan kat Trang + buang ayaq + makan kat pekan Krabi, jam 8malam jgak kami sampai resort..

Kami stay kat Ao Nang Cliff View Resort. Aku amik hat ada kipas ja. xbley amik yang aircond memandangkan Farreal allergic dengan aircond + kami dok dlm bilik hanya utk tdoq dan mandi saja. All the time p merayap kluaq.. Kos utk sebilik ni 4hari 3mlm + breakfast = RM250 *termasuk 18% tax. Kawasan resort sgt memuaskan sebab ada wi-fi, swimming pool, spa & sauna + massage dan yang lebih penting, makanan dia semuanya halal sebab tukang masak + pekerja dia muslim (siap bertudung lagi) dan dapat free island hoping utk dua org..*Barracuda Travel & Tour

Keesokkan harinya, kami pi Hong Island. Bodek punya bodek, bargain punya bargain, sorang kena bayaq dlm 820 bath. Kanak² free of charge. Sesapa yang tak p island hoping, memang sia² je la dia bercuti kat Krabi ni.. Dia punya ayaq laut, SubhanAllah.. Jernih dan bersih dia mcm ayaq mineral water dlm botoi ayaq tu..

Depa start pickup kat hotel jam 830am waktu Thailand. Kalau waktu Malaysia jam 930am.. Jam 3pm, depa hantaq balik.. Sampai² ja hotel, p plak cari motor sewa. Senang sket nak gerak p jenjalan keliling Krabi ni.. Bwk keta susah sket la nak parking. Org kedah kata "ghenyah".. Kos utk sewa motor ni 350 bath utk dua hari. Isi minyak 50 bath. Kalau isi penuh 120 bath. Tak payah la gatai nak isi penuh, Krabi ni besaq mana la sgt.. Isi setengah ja cukup..

Petang tu ronda² naik motor kat pekan Krabi, tangkap gambaq kat stadium muay thai.. Kos utk menyaksikan Muay Thai ni 800 bath.. chaiittt.. hat ni mahai. Kat area umah aku ticket dia RM5 ja skali masuk.. So aku ✗ teruja sangat la tengok muay thai tu.. Betoi² cekik darah.. Mat saleh pekak ja yg sanggup bayaq semahai tu smata² nak tgok.. Depa pun bukan lawan betoi².. More to entertained penonton smata².. Tapi kalau nak tgok hat real, yang pecah² muka, yang koyak² hidung, mai la umah aku.. Sebulan skali ada pertandingan kat dewan skolah area umah aku ni.. Tu pun kalau hgpa gamak la nak tgok hidung patah.. muka koyak.. darah bersembuq..

Hari ke tiga plak, kami pi naik gajah.. Seperti biasa, adegan bargain mem"bargain" dijalankan. Dapat la sorang 640 bath sorg. Buleh naik gajah sejam. Hat nih pun mahai aku rasa tapi disebabkan xpenah naik gajah, dah alang² sampai tu, layankan aja. Farreal mmg la xcited tak hengat donia.. 1st time bagi kami naik gajah. Yang Nde dia plak, time gajah masuk sungai tu, mulut terkumat kamit baca doa. Tah² doa tido pun dia bantai baca skali gamaknya.. heheheh.. tp mmg gerun beb time gajah tu turun curam sungai.. Dah la tinggi. Kepala otak aku dok terbayang bebukan.. goyangggggg...

Sepanjang kami kat sana. Time lunch dan dinner, kami makan kat Adam Bungalow. Lokasi kedai makan ni bertentangan dengan masjid dan 7E.. Kami makan hidang.. Mcm² order.. Ayaq plak mcm² jenih.. Sedap pun sedap + siap ada free wi-fi lagi.. Kos makan utk 8 dewasa 5 kanak² bersamaan 1400 bath ke 1700 bath... not bad jugak harga dia..

Hari yang ke 4, Puan Isteriku yg gedik² manja nih nak p cuci rambut beliau memandangkan lepaih mandi laut last time, rambut beliau yang halus dan mulus bertukaq jadi berus dawai. Kos utk cuci rambut ialah 250 bath. Dia keringkan guna hair dryer siap dengan Iron lagi rambut beliau yg panjang tu. Sepatutnya harga cuci rambut tu 200 bath ja tapi sebab rambut panjang, extra charge dikenakan.. Sementara menanti beliau mencuci rambut, Farreal & Ayah pun merondakan dirinya, pergi bershopping.. Seriously, harga barang² amat mahai.. Baju t-shirt I ♡ Krabi, dia bukak harga 250 bath. Tawaq punya tawaq dpt la 150 bath. Pastu aku memang malaih nak tawaq lagi.. Bayaq dan blah.. Menyampah aku nak menawaq² ni.. Lagipun apa yang ada kat Krabi, senang² aku jumpa kat Batu Feringgi. So, aku ngan isteri, xda la bershopping apa pun,takat beli fridge magnet + baju I ♡ Krabi sebagai tanda ingatan (harammmm sampai sekarang aku ✗ pakai² lagi.. Dok eloq ja dlm plastic tu) dlam jam 2pm, kami pun bertolak ke Hatyai..

Kami sampai Hatyai jam 8pm. Disebabkan takda dalam planning, menggagau jugak la cari hotel nak stay. Kebanyakan dah fully book sebab weekend, hari sabtu mlm minggu.. Time tu dah kecewa sgt dah. Kepala hotak dah ingat nk balik terus Malaysia tapi tetiba plak time tunggu sebijik lagi kereta, terpandang Grand Hotel. Aku & Aznor try tanya. Nasib la baik ada lagi bilik.. Harga utk semalam 1390 bath.. Malam tu pi makan kat Restoran Hameed. Lepaih makan memasing dah tak larat, teruih masuk rehat dlm bilik hotel,memasing panggil amoi tukang massage 300 bath utk Thai Massage / dua jam @ 500 bath oil massage / dua jam.. lepaih tu memasing terbongkang keletihan..

Besoknya, breakfast kat Restoran Salma, makan nasik lemak, roti canai, ayaq kelapa utk 5 orang dlm 350 bath.. Dalam jam 2pm, kami bertolak balik dari Hatyai ke Danok bersamaan 53km. That means dlm setengah jam dah sampai Danok. Time kat Danok ni la bershopping sakan. Harga barang murah la jgak klu nk compare dengan Malaysia..Jjam 7pm bertolak balik Desa Aman, tapi stuck kat Immigration Danok nak masuk Bukit Kayu Hitam almost 2 hour.. Kereta banyak.. Jalan jem tak hingat..

Secara keseluruhannya, kalau niat nak p bercuti² kat Krabi ni, mmg puas hati. Terus hilang rasa letih lepaih tengok keindahan alam.. Tapi kalau niat nak bershopping kat Krabi ni.. hurmmm.. Better think twice.. Harga lebih kurang kat Malaysia.. Next time kalau nak buat road trip ke oversea lagi, kena standby Walkie Talkie. Kat sana susah nak communicate bila berkonvoi..coverage takdaq..

P/s: Ayah & Nde xkan lupakan kenangan kita tiga beranak meredah banjir dan hujan time malam ketiga.. Farreal punya la excited dapat main hujan meredah air dengan motor.. Dah mcm naik speedboat.. Sepanjang jalan Farreal menjerit "Uuuuuu...wahhhhh..besttttt".. Suka la tu dpt main hujan, nasib baik la awak tak demam.. اَلْحَمْدُلِلّهِ.. that one is "PRICELESS"

0 komen anda: