Pages

January 15, 2012

Hidup Bagaikan Pentas Opera

Jangan nak sembang dengan aku,kata hang penah hidup susah..First sekali aku nak tanya,apa defisinasi "Hidup Susah" yang digembar gemburkan itu? Tak boleh bershopping every week?tak bley tengok wayang tiap² hari? Xbley nak makan kat kedai makan hat mahai² macam Chilli's ,TGI dan seangkatan dengannya every week? Dan tak dapat beli handbag idaman,baju idaman,perfume idaman? Itu yang dikatakan "Hidup Susah"? BULLSH*T...

Kalau hang pernah isi minyak motor dengan mengorek duit tabung sebab nak p gheja, pagi alas perut dengan makan sekeping roti canai kosong dengan ayaq suam sampai abeh waktu gheja, terpaksa amik EL berhari² sebab dah tak da duit sgt dah nak buat modai p gheja...Haaaa...hat tu baru kena dengan definasi "Hidup Susah"..

Budak² zaman la ni,banyak aku tengok dah melampau..skali skala tengok depa dok updated status muka buku "Eeeeiii..geramnyaaa..asyik suruh akuuu jeww,sapu sampah aku,kemas bilik aku,semua aku,ingat aku ni bibik kew???" Seriously,aku rasa nak ja tampaq mulut klu dah kata lagu tu.. Ni la bahana kalau kat rumah ada bibik, 100% depend kat bibik,klu suruh sikit dah melatah..klu boleh tu,sehari suntuk nak mengangkang tak payah buat gheja apa²..budak² bila tak pernah hidup susah..takkan hargai benda yang disediakan..petik jari dapat..bila tak dapat,tarik muka tempoyak,hat mak pak ⓐ.k.ⓐ macai,barua ni tak tergamak tengok anak bersedih,penuhi kehendak anak..
Benarlah kata pepatah,melentur buluh biar dari rebungnya..besar pengertian pepatah ni..

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. ..

Bersyukur aku ke hadrat ilahi sebab aku takda orang gaji,sekurang²nya aku belajaq dari kecik,macamana nak basuh baju,macamana nak kemas rumah,macamana nak cat umah, macamana nak bercucuk tanam...Adik aku yang laki tu pun tau memasak..dari kecik lagi seawal umoq aku 6 tahun aku dah dikerahkan buat keja² rumah..sapu halaman rumah,kopek kelapa, malah aku pun pernah bancuh simen, ikat batu dinding (masa Ayah aku tambah bahagian dapur rumah)..semua tu pengalaman hidup..andai kata aku kena "campak" kat mana², .انشـــــاء الله ..aku boleh hidup berbekalkan apa yg parent aku ajaq,yaaa..walaupun benda kecik,tapi besar pengajarannya..

Budak² sekarang,akibat dari kesenangan yg diberi sampai naik mua.. Sampai tak boleh kerja sikit..lebih² lagi mana kawan² aku yang mana mak bapak dia ada bibik,lipat baju tak reti,kemas umah tak reti,pendek kata tak reti nak buat langsung..tak reti ataupun pemalas,tu aku tak pasti..

Andai kata kawan aku tu laki,kawin sok bini boleh buat,smua keja bini la yg boleh buat,tu pun kalau bini dia dr spesis rajin,tapi sampai bila bini bley bertahan kalau laki pengotoq + pemalaih,balik² gheja,dok terkangkang depan tv..smpai tak reti buat apa langsung..silap ari bulan,bini bley lari..sekali sekala tu,tolong la bini sama,tak jatuh pun martabat seorang lelaki kalau tolong bini buat² kerja rumah..atleast suami tahu apa kekurangan keperluan rumah tu..apa yang patut ditambah,apa yang patut dikurangkan..

Abeh tu,klu dapat perempuan hat baloq liat plak mcmana? Tau nak melaram ja,penampilan diri,tip top.. mcm Lady Gaga sekali pandang,tapi bab² kebersihan rumah,jahanammm... Kalau dapat laki kaya raya,takpa jugak,bley amik bibik 10 orang terus,tapi kalau dapat laki yang biasa² plak camana?Laki balik umah,tgok bini,fuyooo..terus berahi,tapi bila tgok rumah,bilik tidoq,bilik ayaq..potong stim terusss..maka, tiada lagi la istilah "Rumahku Syurgaku" tapi terus bertukaq kepada "Danokku Syurgaku"..nak balik rumah pun naik menyampah,mcm kandang babi.. Jangan sampai suami buat rumah tu semata² tempat tidoq dan mandi ja,waktu² lain,suami kat luaq,busy berkerja katanya.. Kalau dah sampai ke tahap tu,bersedialah si isteri ni untuk memegang title baru, klu title "Mary Jane" pasti akan dapat title "Madu"..
Tak susah rasanya nak "ikat" suami ni, asalkan Isteri tahu "Jaga adap,jaga air muka suami,jaga penampilan,jaga kebersihan rumah dan jaga perut suami"..semuanya bermula di rumah..

.انشـــــاء الله..

Bahagia hingga ke akhir hayat..

2 komen anda:

EL MARIACHI said...

tu diaaa...punggahhhh...terbaik ni Dato...saya kenal Dato first time saya dah tahu Dato jenis mula dari bawah baru naik ke ataih ...tapi Dato , matnesia ni kalau dah senang mulalah lupa daratan dan hilang ingatan...

Nadia Harnisa said...

saya sukaaaa.....
Saya nih rajin okehhhh