Pages

March 28, 2012

Remaja Millenium

Baru baru ni aku dok bersembang ngan jiran umah..perbincangan tentang budak budak zaman sekarang dan perubahan ketara system didikan anak zaman millenium..sangat hangat topik ni bila menyentuh tentang kebiadapan remaja zaman sekarang..

Masih ingat lagi aku time zaman sekolah menengah, habis jahat pun hisap rokok, tak nafi jugak ada yang advance isap ganja, yang mana yang hisap ganja tu kira dah jahat tahap peringkat tertinggi la, yang mana yang sengkek tu, isap gam..tapi sekrang, budak budak form 1 pun dah ada yang jadi pusher a.k.a pengedar dadah jenis shabu!mak aikkk! Advance sungguh bebudak sekarang, dulu zaman aku, abeh kuat jadi penagih je, tapi zaman sekarang bebudak dah jadi tokan? Macam tak percayankan? Tapi tu la hakikat dia..budak dulu dulu, klu nak isap rokok, pakai baju sekolah, cover cover la jugak, isap rokok dlm hutan, dalam semak, dalam longkang, klu isap rokok secara open tu, rasa mcm bersalah sangat sangat, time tu, jiran jiran semua dianggap mcm mak bapak sendiri, klu depa nampak aku merokok, kompom kena penampaq, then bila depa report kat parent aku, lagi terok aku kena..



Bagi aku, masalah nih berpunca dari silap ibu bapa dan masyarakat.. Zaman sekarang, kalau hang marah anak jiran hang sebab depa buat salah, silap hari bulan, hang boleh bertumbuk ngan jiran hang tu sebab masuk campoq hal family depa, depa pun tak marah anak depa merokok, kita orang luaq plak yang sibok sibok nak marah.. "mind your own business" cewahhh, kata depa.. Tu baru tegoq sket, klu kita penampaq anak depa andai kata kita ternampak anak depa buat gheja x senonoh, isap dadah dan sebagainya ayat dah berubah jadi "See you in court, i will sue you!" ewahhh..nih terpengaruh drama la ni.. Bila dah banyak jadi kes kes mcm ni, masyarakat pun mula malaih nak masuk campoq dan tegoq bila ternampak anak anak jiran yang muda remaja buat gheja gheja lagha mcm ni, maka keluaq la ayat ayat "lantaq pi la kat dia,bukan anak aku pun, jangan dia kacau aku sudah.."



Selama 4 tahun aku dok merantau kat kay hell, haram nama jiran sebelah rumah aku tak kenal..bukan sebab aku ni belagak ka apa ka, tapi tiap kali aku cuba memulakan perbualan, jawapan yang aku terima amat mengecewakan..jawapan sepatah,walaupun soalan yg aku ajukan panjang lebaq mcm karangan budak form 3...sampai aku pun blur,xtau nak sembang pasai apa, bertitik noktah kat situlah, aku pun jadi mcm depa, klu bertembung, sekadang say hi, angkat tangan dan senyum saja..tak lebih tak kurang..mungkin atas sebab tu, ramai mayat yang mati kat umah,dah berulat baru depa sedaq, jiran depa dah lama mati..dan atas sebab itu jugaklah, mana mana kondo kat kl tu, sewa berbeza kalau kondo tu banyak student dan yang xdaq student, kondo yang banyak student, market value dia lebih murah compare dengan condo yg xdaq student, privacy amat dititikberatkan.. Berbeza sangat sangat bila dok kat kawasan kampung aku sekarang..nilai bermasyarakat kat sini sangat tinggi..aman damai..kenduri kendara xpayah amik catering, smuanya gotong royong, bersepakat membawa berkat...sangat meriah.. Alhamdullilah..



Remaja zaman sekarang dah advance, hisap rokok dengan pakai baju sekolah pun dah open, comolot depan public dah menjadi satu trend, minum arak plak takyah cakap la, siap boleh upload lagi kat fesbuk, wahhh..sungguh AMAREKA...

posted from Bloggeroid

March 27, 2012

Power of Du'a

Alhamdullilah, berkat doa, Insyallah Ibu boleh jumpa ngan Farreal apabila tadi Ibu inform flight dia ke Umrah delay sampai hari Ahad pagi, sepatutnya Ibu bertolak jam 5pm hari khamis ni bersamaan 29-03-2012, tapi telah ditunda pada hari Ahad jam 10am bersama 01-04-2012..Ibu nak sangat cucu kesayangan dia ni ada sama time nak hantaq dia p Umrah tu nanti..dia nak semua anak anak cucu cucu,ada sama... Alhamdullilah, impian ibu dimakbulkan...

Dah request dah Farreal nk amik awal hari Rabu malam, tapi warden tak bagi..memandangkan tempoh melawat aku hari Sabtu dan Ahad SAHAJA...adehhh...aku malaih nak komen lebih lebih...layan kan je...

P/s: Abang, Azrul, Farreal & Baby dlm perut doakan agar Bubu dapat menjalani ibadah umrah dengan baik dan tanpa masalah..akhirnya impian ibu setelah sekian lama untuk pergi ke Mekah akhirnya tercapai jua..We love You Bubu!?


posted from Bloggeroid

Benci Benci Menci...

Kita seharusnya tanya diri sendiri bila benda benda buruk dan yang tak berapa nak best terjadi kat diri kita sendiri..jangan asyik ank salahkan orang lain dan tunding musibah yang berlaku kat diri kita ni dengan cara tunding and put blame kat orang lain..



Cermin diri sendiri, tanya diri sendiri, kenapa aku putus tunang, kenapa aku diceraikan dan menceraikan, knapa aku tak banyak kawan, kenapa aku ramai orang tak suka..kalau ada kawan pun, takdaq yang kekal lama, semua pakat blah..kenapa aku hidup susah, kenapa rezeki aku sempit, kenapa staff aku benci aku,mesti ada something wrong dengan diri kita...tak guna put blame kat orang lain..



Pada aku, semua ni bermula pada attitude, boleh terima teguran dan berusaha 100% utk beubah setelah menerima teguran, tak kisah la teguran tu teguran secara baik ataupun sebaliknya..mesti bersebab orang tegur..lumrah manusia, selagi tak ditegur, semua benda yang dibuat rasa macam betul & baik je...



Aku pernah la mengenali manusia yg dok rasa diri dia asyik betul je, cara percakapa dia, makkk aiii...klu dia kata taik tu wangi,orang yang tak kenai ngan da pun boleh percaya kata taik tu wangi..punya la power cara dia bercakap tu, wlupun bnda yang dia cakap tu terang terang salah...tapi manusia yang sebegini slalunya xkekal lama, manusia lain pun ada jugak otak, bley pikiaq sendiri, mungkin shari dua, stahun dua org percaya cakap cakap dia, tapi..lama kelamaan?



Sejujur jujurnya, aku dah bosan tahap dewa dewi dengan manusia mcm ni, dengar boleh, percaya?sorry.. Manusia macam ni, layak kawan ngn anjing je..manusia nih hanya pentingkan diri sendiri..time susah, nak mintak tolong, manis je mulut tu, tp bila time kita nak mintak consideration depa, macm nak mintak sedekah..walaupun apa pun alasan yang kita bagi, depa tetap dengan pendirian depa...



Dah nasib badan aku terpaksa berdepan dengan manusia sebegini, aku pun xda solution mcmana nak ubah depa2 ni..makin dilayan, makin menjadi jadi tochang depa..maka, berdiam diri dan mengalah tu la solution yg tebaik aku rasa..berdiam bukan bermakna aku kalah...cuma taknak serabutkan lagi keadaan..aku pun xde la nak mintak balasan tuhan kat depa tu..cuma go with the flow..happy happy...

posted from Bloggeroid

March 20, 2012

Mertua Vs Menantu Hantu

Baru baru ni aku ada dengar ceramah,aku tetarik dengan satu jawapan yang ustaz tu jawap..memang menarik,ringkas dan padat.. Soalan dikemukan agak rumit..bagi sesiapa yang dah hadapi terutama para suami,tobat pening kepala..ia umpama diluah mati anak, ditelan mati bapak..



Soalan tu berbentuk mcm ni.. "Ustaz, saya dah mendaftar untuk mengerjakan haji dengan isteri,setelah mendaftar,emak saya turut menyuarakan hasrat hati untuk ikut serta memandangkan saya muhrim dengan ibu saya,yang menjadi masalahnya sekarang ialah, isteri memberi kata putus, kalau ibu saya turut serta pergi ke haji,beliau ingin mengundur diri,pilih antara dua,ibu atau isteri,sudah tentu terperangkap dengan situasi ni ustaz, apa yang harus saya lakukan? Memandangkan hubungan isteri ngan ibu saya tak berapa nak rapat.."

Jawapan ustaz.. "Tak wajib bawak isteri..kerana dua sebab.. Yang pertama, hubungan suami isteri hanya berpegang pada Akad, sedangkan hubungan Ibu dan anak pada darah daging.. Yang kedua, semasa suami akda nikah, tidak ada pun syarat mewajibkan suami membawa isteri mengejakan haji walaupun beliau mampu..kalau suami nak pi sorang pun xpa,akan tetapi si isteri tidak boleh pergi mengejakan haji jika tidak dapat izin suami..."



Tidak dinafikan, ramai menantu ngan mertua tidak ngam..atas banyak faktor..salah satu faktor yang jelas ialah bila sang isteri terlupa kedudukan diri dan kedudukan suami..sebagai seorang isteri, mereka harus paham tangungjawap suami selaku anak lelaki kepada ibu bapa mereka..ramai yang tidak peka tenang perkara ini...jangan sesekali mempertikaikan dan mempersoalkan siapa suami yang kan pilih,isteri atau ibu bapanya kah?soalan cepu lempang tu beb...hanya mengundang bahana kalau tanya soalan mcm tu...



Ingat la sket,what goes around come around,kalau si isteri 'memaksa' suami secara sedar tak sedar untuk memilih antara dua..apa akan belaku jika anak lelaki hangpa plak yang pilih isteri beliau dari memilih anda?anak pompuan toksah dok cerita la, lepas2 akad nikah, tangjawap anak pompuan tu dah lari ke suami...



Meh aku nak bagi petua sket...untuk memastikan hangpa (isteri) disayangi sampai akhir hayat, tiada dua atau tiga..pepandai la jaga hati mertua anda...insyallah..kalau sang suami bwk bakal calon isteri baru kat ibu depa,kompom kompom kena reject..silap hari bulan kena "sekolah"kan lagi ngn ibu depa..untuk tambat hati suami,tambatlah hati ibu dan family depa dulu..sama la juga pesanan ni buat suami,dah kawen tu, pepandai la amik dan jaga hati mertua...nak suruh orang hormatkan family kita,kita pun kena tunjukkan teladan yang baik kannnn..?


posted from Bloggeroid

March 15, 2012

Big Boy Toy -KTN 200-

Sesampai ja motor yang telah di"order" selama 3 bulan kat tangan aku, lelaju aku hantaq p kedai accesories untuk me"motard"kan scramber KTN 200 ini...





Walaupun hanya 200cc, memadailah bagi aku yang bejiwa sentimental ni...aku bukan minat sangat pun bawak lelaju..cukup sekadar bley pedraih 130km/h dengan skali pulas pun udah memadai..





Yang menjadi masalah dia sekarang apabila aku bukan sekadar me"motard"kan KTN ni, tapi me"super motard"kan beliau..maka RIM dewa 5.0 telah menjadi pilihan..masalah timbul apabila rim telalu besaq, arm pulak kecik..maka dengan itu bantuan "spacer" terpaksa digunakan untuk keluarkan sket sporket dari tempat asal.. Memula, aku letak washer, tetapi bila kita letak washer,bila motor dok bejalan, ia secara tak langsung akan menyebabkan skru spocket longgar demgan sendirinya..nasib baik la time aku bawak tu tak laju..bila dah rasa tayar belakang bunyi lain macam, laju laju aku benti tepi jalan, check apa punca bunyi tu..skali tengok tengok, skru ikat spocket nyaris nyaris nak tertanggal..kalau aku buat pekak ja dan teruskan perjalanan seolah olah xda apa yang aku dengar tu, kemungkinan besar aku akan ber"comolot" dengan jalan Chai Leng Park..





Bila dah taruk "spacer",masalah rantai sangkut dekat rim..dan skru sporket longgar dengan tiba tiba SELESAI...


Alhamdullilah..



posted from Bloggeroid

March 09, 2012

Demam Kus Kus

Kan dah demam..mana tak demam, kalau hari hari main hujan? Haha...mungkin sebab dah tua jugak sebenarnya..system imunisasi badan dah tak sekental dulu lagi..dah tak sepower zaman kanak kanak..

Harap harap demam biasa je la,jangan la denggi lagi..anak ayah balik Desa Aman ni...klu Ayah admitted lagi..abeh la tergadai segala program program cuti skolah...

Fever fever go away,come again another day...little children little children want to play...

posted from Bloggeroid

Back to basic

Kadang kadang sbagai seorang makhluk manusia yang lemah, kita acapkali terlupa asal usul dari mana kita datang..lebih lebih lagi bila dah menyandang jawatan besaq, ada kehidupan yang mewah, hidup senang..sampaikan, bila ego dah menguasai diri,segala pandangan, segala teguran dan segala cadangan dari orang lain dah tak mau dan tak boleh dengar lagi dah..dok pikiaq kita ja yang betoi..

posted from Bloggeroid

Rain rain go away..come again another day..



Telah menjadi lumrah makhluk yang bergelar manusia..ada saja yang tak kena,hujan berhari hari komplen, panas berminggu minggu complain..haishhh.. Sesekali tu bersyukur la sama....tak rugi pun kalau bersukur,orang putih kata,make the best out of the best..go with the flow..hikmah sebenarnya hujan ni bagi aku, tiap tiap malam, klu pelok bini tu mcm takmo lepaih lagi dah...klu boleh tu,nak berkongsi sekali baju yang bini pakai..haha..sejuk yang nyaman..



Klu naik motor time hujan plak, tak tau pasaipa, aku memang suka..siap menjerit jerit keriangan,mcm bebudak dapat main hujan,mcm tu la aku time bawak motor..sampai sampai umah, mandi...minum kopi panas sambil berbungkus selimut..dok depan tv..perghhh..
Layannnn...

posted from Bloggeroid

March 08, 2012

Seberapa Pantas



Menanti dengan penuh harapan..seorang lagi cahaya mata bakal keluar sedikit masa lagi..tiap kali bila ayah call Farreal,dia akan tanya soalan yang sama..adik Ues dah keluar ke Ayah? Hehe..blom lagi sayang...nanti dah keluar, kita jaga sama sama k?

Perasaan bercampur aduk time ni, selera makan Nde tak menentu...kejap ok, kejap hancus..selera makan ayah maintain cermerlang..pantang cakap lapar sket, tup tap..makanan terus dihidangkan...

Hurmm..yang menjadi kegusaran ayah sekarang ni, bila Nde dalam pantang...mcmana Ayah nak amik Farreal? Nak jumpa Farreal? Dah tentu tentu awak pun nak tengok adik awak..

Kita doakan yang terbaik ok?
Insyallah..hope everything gonna be woraiittt...

posted from Bloggeroid

Memulaukan Diri di Pangkoq

Dah lama dah aku nk updated pasai percutian aku kat Pulau Pangkor baru baru ni, tapi tak kesampaian, rasanya baru ari berkesempatan nak menghapdetkan blog tentang percutian dan pemulauan diri di Pangkor..



Rasanya xdaq apa yang menarik sangat kat Pangkor tu, yang pastinya makan, penginapan island hoping dll tu semamangnya mahai tahap gaban, tempat dia memang cantik, keindahan flora dan fauna dia,memang tip top..MALANGNYA kebersihan tempat tidak dititik beratkan..mungkin sebelum ni aku banyak bercuti kat tempat orang, maka secara tak langsung aku telah meng"compare"kan tempat orang dengan tempat sendiri...



Harga makanan memang mencekek darah, walaupun makan kat warung tepi jalan je pun..nak kata sedap tu,memang la tak sedap..dengan persekitaran yang kotor,tapi nak buat cmana,dah xdaq choice lain,nak tak nak, terpaksa la makan jgak kat warung yang serba serbi kotor tu..sampaikan bini aku kena food poisioning! Aku ngan Farreal tak kena sebab kami tak makan pun sambal makcik tu..



Sorry la kalau ada diantara pembaca terasa ngan penulisan aku kali ni,tapi tu la hakikatnya..dan utk maklumat kalian, kos utk aku pergi bercuti kat Pangkor selama 3 hari 2 malam (2 dewasa 1 kanak kanak) sama dengan aku pergi bercuti di Krabi dan Hatyai 5 hari 4 malam (4 dewasa 1 kanak kanak).. Macam tak percaya kan?so, u tell me now!patut tak aku bawak anak bini aku bercuti kat dalam negara lagi?


Bila time bab penginapan pun amat mengecewakan...majority harga chalet kat situ adalah antara 150-250 henget..mahal gak tu sebenarnya..klu bilik cantek, bersih, kemas dan selesa xpe..ni tak jgak..sesungguhnya aku amat kecewa bercuti kat Pangkor..no wonder la Pangkor ni x semaju dan sefemes Pulau Percutian yang lain.. Apa pun takdaq kat Pangkor ni..




posted from Bloggeroid

March 07, 2012

Big Boy Toy

Salam,
Rasanya dah berbulan bulan jugaklah aku tak menhapdet blog aku ni,alasan yang biasa aku guna "Busy maaa.."


Kali ni wa updated pasai motor yang baru wa angkat (kuatkan wa?) minggu lepaih.. KTN 200.
Sesampai je motor tu kat tangan aku, teus lelaju aku p workshop bagi menukar tayar mengikut spefikasi yang aku tetapkan sendiri tayar belakang jadi 5,0 (140/60/17) dan depan telah di"motard"kan menjadi 3.5 (120/70/17)..akibat gatai tak sabaq sangat, tayar belakang dah tersalah beli..size yang sepatutnya ialah 140/70/60! Padan muka wa...sebelum beli tak check bebetui..tapi tu small problem..kasi beli la tayar lain..problem solve..akibat dari beli rim dan tayar yang maha dewa punya besaq ni, pomen tu sampai demam 2 hari sebab terkezut monkey mcmana nak pasang tayar aku ni.. Wa punya ayat senang je.. "Ini Malaysia abg broooo...apa saja yang x boleh? MALAYSIA BOLEH maaaa!!"



Selain dari tayar,banyak gak benda yang aku tukaq..tunggu je la bila dah siap nanti..wa upload gambaq..hehe..
Akan ku pastikan akan membawak wabak scrambler a.k.a zaman azroi menular kembali kat opis aku..heheh..



Ramai gak yang tanya,awat tetiba aku ni gila motor..?dah lama sebenarnya aku ni gila motor,klu tak,takkan la aku merempit dari kulim sampai ke muadzam...feel dia lain abg brooo...kepuasan menunggang motor tu totally berbeda kalau bawak kereta..Bini aku la yang paling risau skali,almaklumlah..jalan nak p opis aku ni, agak gangster..lori keluaq masuk..tapi insyallah..harap harap takde la yang buruk belaku..

posted from Bloggeroid

Love is Cinta

Pada suatu malam,sepasang suami isteri sedang menonton televisyen..…Rancangan apa tak dapat pula dikenal pasti.Tiba-tiba si isteri mendapat idea untuk mengisi masa lapang mereka.

Si isteri : Abang,nak tak kita catatkan sikap atau kelakuan kita yang tidak kita senangi. Si suami : Untuk apa semua itu Si isteri : Selain untuk mengenali abang dengan lebih rapat, kita juga boleh tahu apa sikap ayang yang abang tidak sukai dan begitulah sebaliknya Si suami : Emmm…Baiklah Si isteri : Tapi untuk lebih kepuasan dalam catatan kita nanti, kita berpisah tempat tidur malam ni.Untuk malam ni saja. Setelah dipersetujui, malam itu mereka berpisah bilik tidur,si suami tidur di ruang tamu manakala si isteri pula di bilik tidur.Mereka masing-masing kelihatan kusyuk mencatatkan segala keburukan masing-masing

Keesokan paginya,semasa pasangan ini bersarapan pagi, si isteri telah mengeluarkan hasil catatan semalamanya. 3 helai kertas semuanya.Penuh ketiga-tiga muka surat tersebut.. Si suami terkejut melihat sebanyak itukah buruknya sikapnya selama ini terhadap isterinya.Tetapi si suami bersahaja walaupun dalam diam ada hati yang terluka..

Si isteri : Abang,sebelum ayang bacakan semua ini ayang minta maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan abang nanti. Si suami : Tidak mengapa sayangku..Bacalah. ..

Si isteri pun membaca satu persatu tentang sikap suami yang tidak disukainya.

Si isteri terus membaca dan membaca sehinggalah tamat catatan yang terakhirnya. Dengan berpuas hati si isteri tersenyum kepada suaminya.

Si isteri : Sekarang giliran abang pula.. Si isteri berdebar-debar menunggu, Si suami mengeluarkan kertas-kertasnya,

Si suami : Sayang, abang minta maaf banyak-banyak sebab tidak ada apa yang perlu abang catatkan di kertas ini..Sesungguhnya sayang tidak ada kurangnya bagi abang. Ketika saat abang menerima ijab dan qabul lagi, abang sudah sedia menerima sayang dengan sepenuh hati dan jiwa. Sayang merupakan anugerah yang dikurniakan ALLAH S.W.T. kepada abang. Abang minta maaf sekali lagi jika selama ini terlalu banyak sikap abang yang tidak sayang senangi. Abang cuba membahagiakan sayang,tapi jika abang tidak mampu, MAAFKAN ABANG…….

Si isteri tidak terkata apa-apa….Yang ada cuma penyesalan yang sarat penuh di dada.Si isteri menangis di dada suaminya..Memohon keampunan… ….

posted from Bloggeroid