Pages

March 20, 2012

Mertua Vs Menantu Hantu

Baru baru ni aku ada dengar ceramah,aku tetarik dengan satu jawapan yang ustaz tu jawap..memang menarik,ringkas dan padat.. Soalan dikemukan agak rumit..bagi sesiapa yang dah hadapi terutama para suami,tobat pening kepala..ia umpama diluah mati anak, ditelan mati bapak..



Soalan tu berbentuk mcm ni.. "Ustaz, saya dah mendaftar untuk mengerjakan haji dengan isteri,setelah mendaftar,emak saya turut menyuarakan hasrat hati untuk ikut serta memandangkan saya muhrim dengan ibu saya,yang menjadi masalahnya sekarang ialah, isteri memberi kata putus, kalau ibu saya turut serta pergi ke haji,beliau ingin mengundur diri,pilih antara dua,ibu atau isteri,sudah tentu terperangkap dengan situasi ni ustaz, apa yang harus saya lakukan? Memandangkan hubungan isteri ngan ibu saya tak berapa nak rapat.."

Jawapan ustaz.. "Tak wajib bawak isteri..kerana dua sebab.. Yang pertama, hubungan suami isteri hanya berpegang pada Akad, sedangkan hubungan Ibu dan anak pada darah daging.. Yang kedua, semasa suami akda nikah, tidak ada pun syarat mewajibkan suami membawa isteri mengejakan haji walaupun beliau mampu..kalau suami nak pi sorang pun xpa,akan tetapi si isteri tidak boleh pergi mengejakan haji jika tidak dapat izin suami..."



Tidak dinafikan, ramai menantu ngan mertua tidak ngam..atas banyak faktor..salah satu faktor yang jelas ialah bila sang isteri terlupa kedudukan diri dan kedudukan suami..sebagai seorang isteri, mereka harus paham tangungjawap suami selaku anak lelaki kepada ibu bapa mereka..ramai yang tidak peka tenang perkara ini...jangan sesekali mempertikaikan dan mempersoalkan siapa suami yang kan pilih,isteri atau ibu bapanya kah?soalan cepu lempang tu beb...hanya mengundang bahana kalau tanya soalan mcm tu...



Ingat la sket,what goes around come around,kalau si isteri 'memaksa' suami secara sedar tak sedar untuk memilih antara dua..apa akan belaku jika anak lelaki hangpa plak yang pilih isteri beliau dari memilih anda?anak pompuan toksah dok cerita la, lepas2 akad nikah, tangjawap anak pompuan tu dah lari ke suami...



Meh aku nak bagi petua sket...untuk memastikan hangpa (isteri) disayangi sampai akhir hayat, tiada dua atau tiga..pepandai la jaga hati mertua anda...insyallah..kalau sang suami bwk bakal calon isteri baru kat ibu depa,kompom kompom kena reject..silap hari bulan kena "sekolah"kan lagi ngn ibu depa..untuk tambat hati suami,tambatlah hati ibu dan family depa dulu..sama la juga pesanan ni buat suami,dah kawen tu, pepandai la amik dan jaga hati mertua...nak suruh orang hormatkan family kita,kita pun kena tunjukkan teladan yang baik kannnn..?


posted from Bloggeroid

2 komen anda:

EL MARIACHI said...

yeahhhh..kasi punggah Dato'...kot ada para isteri yang melupakan diri dan tak sedarkan diri mereka tu...

Sir Syamsoulnezam Othman said...

kadang² depa terlupa..kena slalu ingatkan...