Pages

March 28, 2012

Remaja Millenium

Baru baru ni aku dok bersembang ngan jiran umah..perbincangan tentang budak budak zaman sekarang dan perubahan ketara system didikan anak zaman millenium..sangat hangat topik ni bila menyentuh tentang kebiadapan remaja zaman sekarang..

Masih ingat lagi aku time zaman sekolah menengah, habis jahat pun hisap rokok, tak nafi jugak ada yang advance isap ganja, yang mana yang hisap ganja tu kira dah jahat tahap peringkat tertinggi la, yang mana yang sengkek tu, isap gam..tapi sekrang, budak budak form 1 pun dah ada yang jadi pusher a.k.a pengedar dadah jenis shabu!mak aikkk! Advance sungguh bebudak sekarang, dulu zaman aku, abeh kuat jadi penagih je, tapi zaman sekarang bebudak dah jadi tokan? Macam tak percayankan? Tapi tu la hakikat dia..budak dulu dulu, klu nak isap rokok, pakai baju sekolah, cover cover la jugak, isap rokok dlm hutan, dalam semak, dalam longkang, klu isap rokok secara open tu, rasa mcm bersalah sangat sangat, time tu, jiran jiran semua dianggap mcm mak bapak sendiri, klu depa nampak aku merokok, kompom kena penampaq, then bila depa report kat parent aku, lagi terok aku kena..



Bagi aku, masalah nih berpunca dari silap ibu bapa dan masyarakat.. Zaman sekarang, kalau hang marah anak jiran hang sebab depa buat salah, silap hari bulan, hang boleh bertumbuk ngan jiran hang tu sebab masuk campoq hal family depa, depa pun tak marah anak depa merokok, kita orang luaq plak yang sibok sibok nak marah.. "mind your own business" cewahhh, kata depa.. Tu baru tegoq sket, klu kita penampaq anak depa andai kata kita ternampak anak depa buat gheja x senonoh, isap dadah dan sebagainya ayat dah berubah jadi "See you in court, i will sue you!" ewahhh..nih terpengaruh drama la ni.. Bila dah banyak jadi kes kes mcm ni, masyarakat pun mula malaih nak masuk campoq dan tegoq bila ternampak anak anak jiran yang muda remaja buat gheja gheja lagha mcm ni, maka keluaq la ayat ayat "lantaq pi la kat dia,bukan anak aku pun, jangan dia kacau aku sudah.."



Selama 4 tahun aku dok merantau kat kay hell, haram nama jiran sebelah rumah aku tak kenal..bukan sebab aku ni belagak ka apa ka, tapi tiap kali aku cuba memulakan perbualan, jawapan yang aku terima amat mengecewakan..jawapan sepatah,walaupun soalan yg aku ajukan panjang lebaq mcm karangan budak form 3...sampai aku pun blur,xtau nak sembang pasai apa, bertitik noktah kat situlah, aku pun jadi mcm depa, klu bertembung, sekadang say hi, angkat tangan dan senyum saja..tak lebih tak kurang..mungkin atas sebab tu, ramai mayat yang mati kat umah,dah berulat baru depa sedaq, jiran depa dah lama mati..dan atas sebab itu jugaklah, mana mana kondo kat kl tu, sewa berbeza kalau kondo tu banyak student dan yang xdaq student, kondo yang banyak student, market value dia lebih murah compare dengan condo yg xdaq student, privacy amat dititikberatkan.. Berbeza sangat sangat bila dok kat kawasan kampung aku sekarang..nilai bermasyarakat kat sini sangat tinggi..aman damai..kenduri kendara xpayah amik catering, smuanya gotong royong, bersepakat membawa berkat...sangat meriah.. Alhamdullilah..



Remaja zaman sekarang dah advance, hisap rokok dengan pakai baju sekolah pun dah open, comolot depan public dah menjadi satu trend, minum arak plak takyah cakap la, siap boleh upload lagi kat fesbuk, wahhh..sungguh AMAREKA...

posted from Bloggeroid

1 komen anda:

EL MARIACHI said...

elok Dato tolong tengokkan remaja dan cari penyelesaiannya...