Pages

April 26, 2012

Dok Gila Mengedit

Lately semua gambaq yang aku tangkap, aku ngedit..haha..kalau x ngedit,memang tak sah..mesti nak kena edit jugak.. Nak nak klu dah ada application yang boleh di"install" dalam henpon, lepaih ja tangkap, terus bley edit..

Maka, tak payah la susah susah mcm budak budak yang baru nak belajaq mengedit macam aku.. Tekan ja butang, tup tap tup tap..gambaq jadi kacak dari biasa..hehe..


Ni gambaq Farreal pon dok seronok berbalut a.k.a berbekung mcm Farhad.. Alhamdullilah, dah boleh diharap dah Farreal ni..all the time dok tepi Farhad. Sama sama jaga ngan Nde.


Agak agak dah letih jaga Farhad, dia lari ataih sat, p men game dalam bilik dia..tapi tak la main lelama sangat, dalam setengah jam main, turun bawah balik, sambung jaga Farhad..


Bila dah ada baby kecik ni, nak tak nak terpaksa la pasang jugak aircond, nak dijadikan cerita rumah aku ni, betoi betoi bertentangan dengan matahari terbit,klu dok dalam bilik jam 9am, mcm dok dalam sauna,pasang kipas pun xberapa nak berkesan.


Abang Farreal suka tengok rambut Farhad terpacak pacak..macam rambut Ayah nagn Abg Farreal zaman muda muda dulu..sampau bila aku nk berimej botak ni pon aku taktau..dah makin selesa berbotak pon ada..


Debaran untuk mengejakan Umrah makin terasa..bak kata pepatah, sayangkan bini, tinggal tinggalkan..sayangkan anak, tangan tangankan..erkk..hat tangan tangankan tu, mcm tak setuju ja sket..klu guna rotan lebih berkesan kot..ngeee...

posted from Bloggeroid

April 25, 2012

Panggilan Kaabah

Alhamdullilah..akhirnya ada jugak rezeki aku untuk menunaikan umrah..dah lama dah berniat nk p menjejakkan kaki kat tanah suci..ada la rezeki lebih..dapat jugak aku ke sana..

Hati ni sebenarnya berdebaq debaq menghitung hari untuk menunaikan umrah..segala persiapan ada yang xbeli lagi dan ada yang xpacking lagi memandangkan Nde baru ja bersalin,agak pack la schedule aku this few week..




Bukan senang nak meninggalkan isteri yang baru bersalin dan anak anak tercinta di tanah air..jiwa kena kental..niat untuk beribadah..buang yang keruh..amik yang jernih..kalau dipikir pikir, zaman dulu banyak benda nakal aku buat..nakal bukan kepalang orang kata..jiwa tak tenang..tapi setelah mendekatkan diri dengan agama ni..sesibuk mana pun kita, berapa banyak pun masalah yang melanda, alhamdullilah..hati ni tenang je..




So, bila orang kata, nak p berjoli a.k.a berlibur untuk menenangkan hati..hurmmm..i dont think so,that the best way..seronok sat je..pastu serabut balik..tapi bila dah dekatkan diri dengan ilmu agama..ketenangan yang kita dapat tu ternyata berbeza, dan tahan lama..selagi kita memaintankan pendekatan kendiri kita dengan agama..




Dah la,aku malaih nak cakap lebih pebih..try le buat dan rasakan sendiri..sembang saja pun x guna..hehe..

posted from Bloggeroid

April 24, 2012

Syamsoul's Legacy


Bismillahirahmanirahim...
Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi, anak kedua aku dah selamat dilahirkan, cuma aku ada sikit terkilan bila niat nak menyambut sendiri anak kedua ni tak kesampaian..mungkin dah tertulis sebegitu..

Jam 3am 16 haribulan April, Nde dah start sakit lite lite, mungkin ini yang dikatakan tanda tanda nak bersalin tak lama lagi.. Walaupun dalam kesakitan, Nde gagahkan jgak la diri pi weekly checkup kat belakang rumah ni.. Pagi tu, bila dah rasa tak sedap hati, aku pun bwk la Nde kemana saja aku pi..risau dia tinggai rumah sorang sorang..last last, bwk pi kerja skali ngan aku..

Bila dah start sakit sampai jam 11pm lebih, aku mula rasa tak sedap hati, satgi buatnya terbersalin kat rumah, lagi haru.. Sesampainya kami kat Hospital Kulim Hi Tech, Nde terus di "check in"kan dalam dewan bersalin, lepas depa check dalam 30minute, Nde di"transfer"kan ke ward 9 untuk pemantauan, tak sampai setengah jam ditransferkan ke dewan bersalin sekali lagi apabila dokter dah pastikan pembukaan 5cm, so aku calculate sendiri,kalau pukul 2pm dah 5cm, mungkin dlm jam 7am kot anak aku bersalin.. Aku pun isi la borang husband friendly, borang ni adalah kebenaran untuk aku bersama sama isteri sewaktu beliau ingin menge"push" nanti..

Bila dah tau Nde dok dalam dewan bersalin tu, aku pun standby la depan pintu dewan tu, memandangkan bila dah dok dalam tu, communication break down..setiap kali dok tanya nurse mcmana keadaan bini saya, depa akan jawap nanti bila nak bersalin, depa akan panggil...bila tiap kali tanya, hat tu la yang depa jawap..so, aku pun xtau, Nde dah bukak berapa cm..maka, disebabkan itu, segala aktiviti makan memakan, minum meminum, kencing mengencing dan tidur meniduri terpaksa dibekukan..all the time dok depan pintu, takut takut depa pangil aku tak dengar..

Bila dah sampai jam 9am, masih xda apa apa kabar berita, aku pon mendecidekan diri untuk p ke taolet sat, niat hati nak melepaskan hajat, tapi takut hajat tu lama sangat, so aku pi mengucilkan diri ja, basuh muka, dan segar segarkan diri..dan nak dijadikan cerita,lokasi dewan bersalin ialah di selatan, dan lokasi toilet yang paling dekat ialah di utara..jauh la aku nak menapak.. Dari jauh Ibu dah melambai lambai tangan kat aku, suruh aku cepat, nurse dah panggil nama aku tadi..aduhhh.. Wa dah terlepas the best part!

Bila masuk bilik bersalin, cari Nde, depa xbagi, depa suruh tgok anak dulu, then aku azankan la beliau, sebab terang terang dah nampak puney beliau, takkan wa nak qamatkan pkak kan?hehe..

Sangat terkilan bila tak dapat temankan bini, tak dapat sambut kelahiran anak wa.. Syukur alhamdullilah, depa berdua selamat..walaupun Syamsoul Farhad Dayyan kena jaundice.. Dan Abang Syamsoul Farreal Dubeus pun ada datang tengok adik beliau.. Tiap tiap malam tanya bila adik dia keluaq kan?haaa..sekarang dah keluaq..
"Comelkan adik Ues kan?"












posted from Bloggeroid

April 14, 2012

Tanda Tanda Sebelum Kematian

100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.  

40 Hari Tanda Sebelum Kematian 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Nazak atau Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.  

*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Waktu Asar?Apa yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?

Kebaikan Solat Waktu Asar
Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila

Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa... "wal asri" (demi masa, waktu asar)-surah al-asr ayat 1

Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.Mungkin ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendir

iWallahuallam...

posted from Bloggeroid

April 10, 2012

Temuduga

Tadi ada la 2 orang minah ni, nak mai mintak kerja..kebetulan plak tempat aku memang nak mencari freelance.. Sorang ada degree dan sorang diploma..dua dua fresh graduate.. Dikesempatan ini aku nak bagi tips sket la kalau nk mai interview tu.. Position yang depa apply ialah Marketing Executive, so aku pun bagi la keterangan sket tentang job skop seorang Marketing..

® Dress up kena la jaga dik oi, kalau takat pakai sluaq jeans sama t shirt, sapa nak amik hangpa gheja. Muka tu boh la bedak sket..
® Bila tukang interview tu tanya, jawap ja la dengan penuh confident, walaupun hakikatnya jawapan tu xda la betoi sangat pon.
® Bila mai interview tu, kena la juai diri tu sket, ni ada ka nak keja sebab nak ikut kawan?apa da.. Time interview xda dah kawan kawan, smua tu dah jadi compertitor..kena la tunjukkan awak tu lagi baguih dari kawan hangpa tu..ni tak..
® Suara bila bercakap tu biaq la lantang..tukang interview sebenaqnya nak tengok cara awak tu berkomunikasi..
® Elakkan tanya soalan gampang seperti "kalau saya kerja nanti, bley tak saya p ngan kawan saya ni?saya segan la nk p sorang sorang..saya tak biasa.." Aiyooo..hang nak gheja ka hang nak berkawan?

Memang aku akui, minah minah ni memang "fresh graduate" & naive x hengat..kebanyakan dari depa ni especially perempuan, klu nk minyak gheja suka sangat malu malu..segan segan.. No wonder la kalau gheja kat company non malay yang mana semua staff dia bangsa asing, bangsa kita ni selalu kena pijak..bila dah kena buli tu senyap, kat belakang baru nak tunjuk bebai..xguna beb..lu try keja ngan cina tengok, apa yang depa tak puas hati, terus cakap direct on your face, even kalau dengan boss depa sendiri pun depa still argue kalau rasa tindakan depa tu betoi..ni semua utk pembangunan syarikat..boss xbley nak kata apa, klu benda yang dibertekakkan tu betui..tu bezakan bangsa kita dengan bangsa lain **psstt..psstt..aku x cakap semua, aku maksudkan sebahagian saja..atau kata kasar yang lain majority..

So sekrang ni, tepok dada..tanya hati..hangpa tergolong dalam golongan yang mana?

posted from Bloggeroid

Serupa tapi tak sama



Haha..sesetengah pompuan sekarang pantang laki buat, dia pun nak buat sama..atas alasan "Kalau laki bley buat, pompuan pun bley buat la!" ni mesti terpengaruh ngan Barat a.k.a agen yahudi, sampai xbley membezakan laki ngan perempuan, dok ingat lelaki ni sama taraf ngan perempuan.. Aduhhh... Cik adik manis..bawak bawak la ngucap... Dah jauh nyimpang dah cik akak oi.. Lelaki ngan perempuan..tak sama tarafnya..

Sebab tu la Imam tu lelaki..penah plak perempuan jadi imam kat masjid masjid? Klu tgok dari situ pun dah cukup utk membezakan taraf seorang perempuan..dimana letaknya kedudukan perempuan tu...bawak bawak la selami sket ilmu agama.. Dah jahil bebenor dah teman nampak deme ni..


posted from Bloggeroid

April 09, 2012

Penipuan Terang Terang Yahudi

Permakanan: YAHUDI MENIPU KITA..

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

>Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

> Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

>Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

>Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

>Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

>Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..

**fikirkan sedalam2...dan selamat beramaaallll...

posted from Bloggeroid

Toek Yang Kedua

Menghitung hari..detik demi detik... Cewah..macam Kriss Dayanti kan?haha.. Keterujaan nak mnyambut kelahiran another Syamsoul Jr. amatlah mendebarkan aku.. Farreal pun asyik tanya adik dia dah dilahirkan ke belum..hehe..sabaq sat, ayah ngan Nde pon teruja sama ni.. Cuma Nde je cam takut sket...hari hari dok tgok kat google ngan youtube pengalaman2 orang yang bersalin, buat persiapan diri katanya..

Nampak gayanya adik Farral ni mcm lasak orangnya,mana tak lasak..time ngandung boleh bawak motor, boleh g bercuti cuti kat Krabi, Pangkor,mandi sungai, naik speed boat, mandi air terjun..kalau la perot tak kecik, confirm orang kata tak ngandung lagi.. Yang merisaukan ayah bila berat badan Nde naik sket je, sepanjang pregnant pun naik 3-5kg je..tapi bila check kat dokter, alhamdullilah, baby sihat, active dan besar sket..bila part dengar baby besar tu Nde jadi cuak sket..sian gak Ayah tgok Nde,abeh kuat pun Ayah bley bagi sokongan moral je la..yang nak merasa sakit meneran tu, Nde awak...harap harap segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar..Amin.. Insyallah, Ayah akan berada disamping Nde time nak bersalin nanti..

Persiapan adik Farreal plak, aku dah sediakan baju, shampoo dan segala minyak dan keperluan baby yang lain, harap harap takde yang terlepas pandang..rasanya semua cukup kot..cuma adik Farreal ni fully breast feed..maka, tak perlula aku beli susu, botol susu dan seangkatan dengannya..lagipun susu ibu terbaik dari susu lembu mahupun susu lembu tu gred a..

Bila dah masa fasa terakhir ni, Nde cepat letih...kesian gak tgok dia still lagi buat kerja kerja rumah, mcm masak, basuh baju ngan pinggan...klu aku ada kat umah tu, aku cuba meminimizekan kerja kerja rumah yang dia buat..nak suruh Nde relax sepanjang hari pun x bagus jgak, menurut kata orang, klu nak senang bersalin, kena jugak bersenam, maka aku pun xde la mengalakkan dan tak juga melarang Nde nak masak, basuh pinggan, basuh baju..basuh baju pun bukan guna tangan, guna machine le der...takde de aku ni kejam tergamak tengok bini menyental baju kotor dalam bilik air tu der..

Bab selera makan, syukur Alhamdullilah..bila dah masuk fasa ni, selera beliau amat memberangsangkan..kulit pun dah takde alahan dan tak sensitive lagi..klu tak, sebelum ni, Nde terpaksa mandi dengan sabun baby sebab nilai p.h dia sesuai dengan kulit baby dan kulit sensitive..tapi yang menjadi tanda tanya, kulit Nde hanya mengenyam bila masuk time Maghrib sampai Suboh.. Part ni pelik sket..mcm geng Jacob Twilight gamaknya, bila malam ja berubah...

Respon baby dalam perut amat meghairahkan sekali..tiap kali aku panggil, mula la menonggek nonggek..rasanya toek mcm Abg Farreal dia jugak kot..masa yang paling active sekali bila malam, especially jam 11pm, menyenget nyenget Nde tahan sakit bila baby kat dalam dok buat brakedance a.k.a shuffle dlm tu..klu mcm ni la gayanya, dah kompom kompom la aku ngan Nde kena berjaga malam..hehe..baby slalunya akan terjaga setiap 30minute, mungkin sebab lapar ataupun sebab pampers dah penuh, amat jarang sekali baby terjaga tengah malam sebab nak tengok EPL..walaupun masa time ngandungkan beliau Ayah ngan Nde dia suka tgok bola..

P/s: Dup...dap...dup...dap.. We Miss You Syamsoul Farreal Dubeus,adik awak dah keluar nanti ayah try amik awak balik sini woraittt? Insyallah...


posted from Bloggeroid

April 08, 2012

Kawan Kawan Jangn Lawan

Memang dari kecik sampai sekarang, aku memang suka ajak kengkawan datang lepak rumah..sampai ibu ngan ayah aku pun oenal kawan kawan aku, dan kawan kawan panggil ibu ngan ayah pun "Ibu & Ayah"..selalunya tempat berkumpul sebelum g memana, memang rumah ibu ngn ayah..secara tak lansung parent aku bley pantau pergerakan kitorang..al maklumlah, jiwa tengah muda time tu, banyak je benda ngan keja "bodo" bley buat, tak pikiaq panjang..



Bila dah kawen, tradisi menjemput kengkawan datang lepak lepak kat umah, tetap diteruskan, tetapi takdela sekerap dulu,zaman bujang,zaman sekolah..boleh dikatakan tiap tiap malam memember datang lepak umah..kekadang tu bukan ada buat apa pun, klu zaman sekolah, dorg datang, buat study group..nama je "Study"..memang la study tapi study ada la dalam sejam dua, hat lain lain, menyembang..hehe..better la kan, dari tak study langsung..nak study sensorang lagi teruk, bukak buku tak sampai 10 minute, setan dah hasut suruh tdo..kekeke..



Bila dah berkahwen plak, nampaknya bini dah lali ngan peel aku, suka ajak memember datang lepak umah, dia pun suka je ada orang datang,atleast dia tau la aku ni buat apa, benda depan mata, aku plak jenis rimas nak lepak kedai makan lelama..ada satu perasaan tak syiok kalau lepak kedai makan lelama..rasa mcm gelisah, macam xde arah tujuan..huhu..tah la mcmana bley ada perasaan macam tu pun aku tak tau..klu yang datang tu kawan kawan se"college", bini aku pun kenal la sekali sebab dulu time belajar, ktorang satu college, cuma kos je lelain..dia amik kos akaun, aku amik kos metik..hahah..



Bila umoq dah makin meningkat ni, perubahan zaman..kengkawan pun dah ada komitmen masing masing, mana yang dah beranak bini, mana yang dah berkahwen, maka jaranglah dorg datang lepak umah..lagipun rumah aku ni agak jauh perdalaman, nak datang tu, rasa bercinta je, sebenarnya xjauh mana pun, tapi disebabkan jalan rumah aku ni highway, tu yang rasa jauh tu kot..



Biaq ramai kawan, jangan ramai musuh..



posted from Bloggeroid

April 06, 2012

Bercakap Biar Berotak

BUDAK MUDA BERCOUPLE suka menyebut soal 'HAK'..lelaki itu 'hak' dia sebab dah jadi "BOYFREN" dia..perempuan itu 'hak' dia sebab dah jadi "GIRLFREN" dia..bila ada yang kacau 'hak' tersebut, BERLAKULAH PERGADUHAN sesama mereka..

LELAKI BERGADUH sampai BERTUMBUK-TUMBUK..
PEREMPUAN BERGADUH sampai TARIK-TARIK RAMBUT..

DENGAR SINI ANAK MUDA, sebelum bising 'MEMPERTAHANKAN HAK' kamu, cuba PERIKSA... balik :
✿~ Perempuan itu HAK BAPA dia, kalau mahu dapat hak tersebut..SILA BERJUMPA dengan bapanya terlebih dulu..
✿~ Lelaki itu HAK IBU dia, sudah cukup tertunaikah TANGGUNGJAWAB dia sebagai ANAK LELAKI kepada ibunya sendiri?

Jika tidak, JANGAN SIBUK sangat bercerita pasal 'hak', jika hak yang sepatutnya TIDAK KAMU TUNAIKAN..HAK ALLAH pun masih belum TERJAGA, berani benar menyebut pasal hak..


posted from Bloggeroid

Ingat dan Lupa

Ingat KEBAIKAN orang kepada kita supaya kita MENCONTOHINYA.. Ingat KEJAHATAN kita kepada orang supaya kita berhenti MELAKUKANNYA.

Lupakan KEBAIKAN kita kepada orang supaya kita tidak RIYA' dan 'UJUB.. Lupakan KEJAHATAN orang kepada kita supaya kita tidak BERDENDAM..


posted from Bloggeroid

April 05, 2012

Makin Pelik Makin Dicari



Orang Malaysia ni lain dari yang lain..makin benda tu rare, makin dicari cari..sampai sanggup bayaq rm30k? Wow! Kalau aku, dah kompom kompom juai dah teloq tu..simpan lelama pun nanti jadi teloq tembelang..hehe..



Apa yang aku nampak kat sini bukan pasai teloq, tapi pasai keunikan, keunikan tu la yang membezakan kita dengan orang lain, yang membuatkan kita ni istimewa..tak perlu la nak merendah diri kalau kita ni hitam, pendek, tinggi gemok..asalkan kita sihat, syukur Alhamdullilah... Bersyukur dengan pemberianNya..



Kalau masa zaman sekolah tadika dan sekolah rendah, aku yang paling tinggi dan besaq dalam kelas, dan dah tentu tentu aku jadi perhatian cikgu..dan secara tak langsung, aku jadi malu, segan dan rendah diri..semua kngkawan time tu comel comel je, aku plak walaupun sebaya badan besar,bila dah badan besaq, cikgu cikgu melayan aku mcm aku ni dah besaq sangat..
Dah nasib badan derrr..



Tapi bila masuk ja sekolah mnegah, aku mula menghargai diri aku sendiri...badan besaq, sapa berani buli..haha..

posted from Bloggeroid

Dalam Mendidik Anak

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang Berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah * Saidul (penghulu) istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38) * Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah * Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128) * Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74) * Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua:
Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: * menakutkan anak-anak dengan sekolah * menakutkan dengan tempat gelap * menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga:
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak * Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak * Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat:
Menegur mereka secara negatif * Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah) * Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima:
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) * Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam:
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak * Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh:
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas * Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan:
Susunan rumahtangga yang tidak kemas * Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan:
Kurang menghidupkan sunnah di rumah * Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh:
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak * Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas:
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang * Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas:
Berrtengkar di depan anak-anak * Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas:
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah * Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas:
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton * Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas:
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak * Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. “Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



kdt-scaniaz By: Keindahan Ciptaan Allah Taala















posted from Bloggeroid