Pages

April 08, 2012

Kawan Kawan Jangn Lawan

Memang dari kecik sampai sekarang, aku memang suka ajak kengkawan datang lepak rumah..sampai ibu ngan ayah aku pun oenal kawan kawan aku, dan kawan kawan panggil ibu ngan ayah pun "Ibu & Ayah"..selalunya tempat berkumpul sebelum g memana, memang rumah ibu ngn ayah..secara tak lansung parent aku bley pantau pergerakan kitorang..al maklumlah, jiwa tengah muda time tu, banyak je benda ngan keja "bodo" bley buat, tak pikiaq panjang..



Bila dah kawen, tradisi menjemput kengkawan datang lepak lepak kat umah, tetap diteruskan, tetapi takdela sekerap dulu,zaman bujang,zaman sekolah..boleh dikatakan tiap tiap malam memember datang lepak umah..kekadang tu bukan ada buat apa pun, klu zaman sekolah, dorg datang, buat study group..nama je "Study"..memang la study tapi study ada la dalam sejam dua, hat lain lain, menyembang..hehe..better la kan, dari tak study langsung..nak study sensorang lagi teruk, bukak buku tak sampai 10 minute, setan dah hasut suruh tdo..kekeke..



Bila dah berkahwen plak, nampaknya bini dah lali ngan peel aku, suka ajak memember datang lepak umah, dia pun suka je ada orang datang,atleast dia tau la aku ni buat apa, benda depan mata, aku plak jenis rimas nak lepak kedai makan lelama..ada satu perasaan tak syiok kalau lepak kedai makan lelama..rasa mcm gelisah, macam xde arah tujuan..huhu..tah la mcmana bley ada perasaan macam tu pun aku tak tau..klu yang datang tu kawan kawan se"college", bini aku pun kenal la sekali sebab dulu time belajar, ktorang satu college, cuma kos je lelain..dia amik kos akaun, aku amik kos metik..hahah..



Bila umoq dah makin meningkat ni, perubahan zaman..kengkawan pun dah ada komitmen masing masing, mana yang dah beranak bini, mana yang dah berkahwen, maka jaranglah dorg datang lepak umah..lagipun rumah aku ni agak jauh perdalaman, nak datang tu, rasa bercinta je, sebenarnya xjauh mana pun, tapi disebabkan jalan rumah aku ni highway, tu yang rasa jauh tu kot..



Biaq ramai kawan, jangan ramai musuh..



posted from Bloggeroid

0 komen anda: