Pages

April 24, 2012

Syamsoul's Legacy


Bismillahirahmanirahim...
Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi, anak kedua aku dah selamat dilahirkan, cuma aku ada sikit terkilan bila niat nak menyambut sendiri anak kedua ni tak kesampaian..mungkin dah tertulis sebegitu..

Jam 3am 16 haribulan April, Nde dah start sakit lite lite, mungkin ini yang dikatakan tanda tanda nak bersalin tak lama lagi.. Walaupun dalam kesakitan, Nde gagahkan jgak la diri pi weekly checkup kat belakang rumah ni.. Pagi tu, bila dah rasa tak sedap hati, aku pun bwk la Nde kemana saja aku pi..risau dia tinggai rumah sorang sorang..last last, bwk pi kerja skali ngan aku..

Bila dah start sakit sampai jam 11pm lebih, aku mula rasa tak sedap hati, satgi buatnya terbersalin kat rumah, lagi haru.. Sesampainya kami kat Hospital Kulim Hi Tech, Nde terus di "check in"kan dalam dewan bersalin, lepas depa check dalam 30minute, Nde di"transfer"kan ke ward 9 untuk pemantauan, tak sampai setengah jam ditransferkan ke dewan bersalin sekali lagi apabila dokter dah pastikan pembukaan 5cm, so aku calculate sendiri,kalau pukul 2pm dah 5cm, mungkin dlm jam 7am kot anak aku bersalin.. Aku pun isi la borang husband friendly, borang ni adalah kebenaran untuk aku bersama sama isteri sewaktu beliau ingin menge"push" nanti..

Bila dah tau Nde dok dalam dewan bersalin tu, aku pun standby la depan pintu dewan tu, memandangkan bila dah dok dalam tu, communication break down..setiap kali dok tanya nurse mcmana keadaan bini saya, depa akan jawap nanti bila nak bersalin, depa akan panggil...bila tiap kali tanya, hat tu la yang depa jawap..so, aku pun xtau, Nde dah bukak berapa cm..maka, disebabkan itu, segala aktiviti makan memakan, minum meminum, kencing mengencing dan tidur meniduri terpaksa dibekukan..all the time dok depan pintu, takut takut depa pangil aku tak dengar..

Bila dah sampai jam 9am, masih xda apa apa kabar berita, aku pon mendecidekan diri untuk p ke taolet sat, niat hati nak melepaskan hajat, tapi takut hajat tu lama sangat, so aku pi mengucilkan diri ja, basuh muka, dan segar segarkan diri..dan nak dijadikan cerita,lokasi dewan bersalin ialah di selatan, dan lokasi toilet yang paling dekat ialah di utara..jauh la aku nak menapak.. Dari jauh Ibu dah melambai lambai tangan kat aku, suruh aku cepat, nurse dah panggil nama aku tadi..aduhhh.. Wa dah terlepas the best part!

Bila masuk bilik bersalin, cari Nde, depa xbagi, depa suruh tgok anak dulu, then aku azankan la beliau, sebab terang terang dah nampak puney beliau, takkan wa nak qamatkan pkak kan?hehe..

Sangat terkilan bila tak dapat temankan bini, tak dapat sambut kelahiran anak wa.. Syukur alhamdullilah, depa berdua selamat..walaupun Syamsoul Farhad Dayyan kena jaundice.. Dan Abang Syamsoul Farreal Dubeus pun ada datang tengok adik beliau.. Tiap tiap malam tanya bila adik dia keluaq kan?haaa..sekarang dah keluaq..
"Comelkan adik Ues kan?"












posted from Bloggeroid

3 komen anda:

ZERO VENDETTA said...

comel2! diff version dari ues. mesti ang syam terkilan x sudah kan sebab tinggalkan pintu bilik bersalin tu. x pe, try next baby plk :)

anyway, congrats to three of u. kim salam k.azrol. jaga dia leklok

Nong Andy said...

ala.. siannya terlepas. takpelah asalkan 2-2 selamat.

baby sangat comel :)

Sir Syamsoulnezam Othman said...

Alhamdullilah...