Pages

April 09, 2012

Toek Yang Kedua

Menghitung hari..detik demi detik... Cewah..macam Kriss Dayanti kan?haha.. Keterujaan nak mnyambut kelahiran another Syamsoul Jr. amatlah mendebarkan aku.. Farreal pun asyik tanya adik dia dah dilahirkan ke belum..hehe..sabaq sat, ayah ngan Nde pon teruja sama ni.. Cuma Nde je cam takut sket...hari hari dok tgok kat google ngan youtube pengalaman2 orang yang bersalin, buat persiapan diri katanya..

Nampak gayanya adik Farral ni mcm lasak orangnya,mana tak lasak..time ngandung boleh bawak motor, boleh g bercuti cuti kat Krabi, Pangkor,mandi sungai, naik speed boat, mandi air terjun..kalau la perot tak kecik, confirm orang kata tak ngandung lagi.. Yang merisaukan ayah bila berat badan Nde naik sket je, sepanjang pregnant pun naik 3-5kg je..tapi bila check kat dokter, alhamdullilah, baby sihat, active dan besar sket..bila part dengar baby besar tu Nde jadi cuak sket..sian gak Ayah tgok Nde,abeh kuat pun Ayah bley bagi sokongan moral je la..yang nak merasa sakit meneran tu, Nde awak...harap harap segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar..Amin.. Insyallah, Ayah akan berada disamping Nde time nak bersalin nanti..

Persiapan adik Farreal plak, aku dah sediakan baju, shampoo dan segala minyak dan keperluan baby yang lain, harap harap takde yang terlepas pandang..rasanya semua cukup kot..cuma adik Farreal ni fully breast feed..maka, tak perlula aku beli susu, botol susu dan seangkatan dengannya..lagipun susu ibu terbaik dari susu lembu mahupun susu lembu tu gred a..

Bila dah masa fasa terakhir ni, Nde cepat letih...kesian gak tgok dia still lagi buat kerja kerja rumah, mcm masak, basuh baju ngan pinggan...klu aku ada kat umah tu, aku cuba meminimizekan kerja kerja rumah yang dia buat..nak suruh Nde relax sepanjang hari pun x bagus jgak, menurut kata orang, klu nak senang bersalin, kena jugak bersenam, maka aku pun xde la mengalakkan dan tak juga melarang Nde nak masak, basuh pinggan, basuh baju..basuh baju pun bukan guna tangan, guna machine le der...takde de aku ni kejam tergamak tengok bini menyental baju kotor dalam bilik air tu der..

Bab selera makan, syukur Alhamdullilah..bila dah masuk fasa ni, selera beliau amat memberangsangkan..kulit pun dah takde alahan dan tak sensitive lagi..klu tak, sebelum ni, Nde terpaksa mandi dengan sabun baby sebab nilai p.h dia sesuai dengan kulit baby dan kulit sensitive..tapi yang menjadi tanda tanya, kulit Nde hanya mengenyam bila masuk time Maghrib sampai Suboh.. Part ni pelik sket..mcm geng Jacob Twilight gamaknya, bila malam ja berubah...

Respon baby dalam perut amat meghairahkan sekali..tiap kali aku panggil, mula la menonggek nonggek..rasanya toek mcm Abg Farreal dia jugak kot..masa yang paling active sekali bila malam, especially jam 11pm, menyenget nyenget Nde tahan sakit bila baby kat dalam dok buat brakedance a.k.a shuffle dlm tu..klu mcm ni la gayanya, dah kompom kompom la aku ngan Nde kena berjaga malam..hehe..baby slalunya akan terjaga setiap 30minute, mungkin sebab lapar ataupun sebab pampers dah penuh, amat jarang sekali baby terjaga tengah malam sebab nak tengok EPL..walaupun masa time ngandungkan beliau Ayah ngan Nde dia suka tgok bola..

P/s: Dup...dap...dup...dap.. We Miss You Syamsoul Farreal Dubeus,adik awak dah keluar nanti ayah try amik awak balik sini woraittt? Insyallah...


posted from Bloggeroid

0 komen anda: