Pages

May 29, 2012

Dah Nak Abeh Tempoh Berpantang

Tup tap tup tap, my toek jr tetiba sakit mata, kesian plak tgok dia, mata xbley nak celik. Tapi lepas kerap bersihkan, dalam masa sehari setengah, taik mata dah tak banyak lagi dah..mata pun dok terbuntang je..dah nampak agaknya.. Pada usia 35 hari, Ian dah bagi respon dah kalau orang ajak dia menyembang..hehe..

Di awal pemulaan ni, Ian cepat sket nangis, mungkin sebab breast feed, cepat rasa lapaq, maka kalau lamabat sikit sumbat puting, konsert heavy metal akan dijakankan...sampai serak serak suara menangis, kalau Nde lambat..bukan sengaja lambat pun, kekadang tu, Nde dalam toilet..tgah makan..tgah salin baju...

Risau jgak kalau berlarutan macam ni, kesian kat Nde la kena handle sorang sorang kalau ngan Ayah pun Ian tak mau..bukan tak mau sebab apa, sebab Ayah takde susu..haha.. Kalau dah kenyang betul betul je, Ayah berjaya tidurkan Ian..klu stakat kenyang lite lite..hurmm..jangan harap la dapat tidoqkan toek jr ni..

Lagi beberapa hari Nde dah abeh pantang.. Cukup 44 hari.. At the same time, kenduri aqiqah Ian akan dijalankan.. Harap harap semuanya berjalan dengan lancar..
Amin..

posted from Bloggeroid

Semput a.k.a Asthma

Baru amik beliau sempena cuti sekolah.. Kondisi kesihatan tidak begitu memberangsangkan.. :-(

Dah tak sihat, makin manja..nak perhatian..kasian Abang Farreal.

Lepas dua kali p amik gas, alhamdullilah..dah ok sket..

Orang kata nak baik dari asthma ni eloq makan daging landak..

Mana mau cari daging landak kat Kulim ni...aiyoo..

posted from Bloggeroid

May 28, 2012

School Holiday, Marina Cove

Perjalanan dari rumah adik di Taman Sentosa, Klang menuju ke Marina Cove, Lumut mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kalau diikutkan, less than that, tapi sebab kami bernti makan di Kuala Selangor, dan membeli belah kudap kudapan di Tesco Kuala Selangor..bedebak bedebuk..ha ha hu hu he he.. Tue yang amik masa sampai 6 jam, aku pun bwk ala ala slow rock, xda nak rushing mana pun..layan blues orang kata..

Sampai ja Lumut, terkompius sket..sebab ada dua Marina kat situ..satu lagi Marina ialah Marina Island Resort.. Maka, terpaksa patah balik ke belakang..p Marina Cove memandangkan hotel telah dibooking kat situ.. Keterujaan anak anak melihat water park dan swimming pool memang sukar dibendung lagi.. Farreal sesampai je terus ajak swimming, tapi Ayah dah penat bangat..sok pagi bley la terjun swimming pool..petang ni xbley le..

Malam tu kami makan secara berjemaah kat kedai ikan bakaq depan hotel..sebenaqnya ada dua kedai ikan bakaq kat hotel tu, satu kat belakang hotel, satu lagi belah depan hotel, hat belah depan tu, keluaq keluaq ja lobby, terus belok kanan..haaa.. Kedai Ikan Bakaq tu femes dan lebih sedap dari yang belakang tu(menurut kata penduduk tempatan la) pengunjung pun lebih ramai berbanding dengan kedai ikan bakaq sebelah belakang..tapi bagi aku, ermm..so so je la..mungkin aku penah kedai ikan bakaq yang lg sedap kot..wallahualam, tekak masing masing..selera pun lain lain..

Maka, pagi tu seperti yang dijanjikan, lepas je membreakfastkan diri, terus bawak Farreal & Aqeelah gi swimming, Farhad ngan Nde terpaksa ketap ketap bibiaq menahan gelodak nafsu untuk terjun swimming lagi, hehe.. Al maklumlah, masih dalam tempoh berpantang, Farhad baru je 39 hari..badan mcm 2 bulan..besar dan gagah mcm Ayah, khekhekhe..

Lepas ja mandi, laju laju naik atas packing barang apa yang patut sebab nak check out hotel. Pukui 1pm jgak la kami mengecheck out kan diri..then teus menuju ke Lumut Waterfront, buat tawaf dua tiga kali, shopping keropok dan satay ikan feveret Nde ngan Farreal..pastu blah..dah shopping, tunggu dok apa lagi..blah le...lagi lama tunggu, lagi tinggi nafsu membeli belah..nasib baik la Nde ni bukan kaki shopping kalau nak di"compare"kan dngan aku..

Dah abeh acara shopping, kami terus menuju ke tempat kenduri di Sitiawan..sampai pun lebih kurang jam 2 lebih, kalau ikut tradisi orang perak, jam 2 pm ni, memang dah di penghujung acara kenduri..berbeza dengan orang kedah, jam 2pm tu tengah dok rancak.. Maka, lepas makan lzju laju, kami pun bertolzk la dalam pukui 3 lebih.. Sampai di KPJ Penang jam 6pm.. Pi tengok adi, Naufal sat..tu pun xboleh nak lama sebab Farhad ada..hospital tempat orang sakit, risau jugak Toek Junior ni berjangkit..

Lepas tengok Naufal, terus singgah ke Jusco..beli barang dapoq, burung sama kepak ayam merinate..sebab planning ngan Farreal nak buat bbq..nak marinate sendiri memang dah kesuntukan masa..lagipun ayam, burung dan daging yang telah dimarinate kat Jusco Aeon nih not bad jugak rasa dia..pendek kata, secukup rasa lah.. Farral bdal je makan puyuh panggang..Nde plak tak berapa nak pandai makan..aku?tulang tulang pun wa bedal..haha..

Sampai rumah dalam jam 8pm.. Memasing dah kepenatan.. Walaupun Farhad tu asyik tidoq ja, dia pun letih gak tu..perjalanan memang memenatkan, x selesa sangat dok dalam kereta kalau nak dibandingkan tidoq kat rumah..harap harap anak ayah jangna le demam.. Sabtu ni Ayah nak buat aqiqah awak...

posted from Bloggeroid

May 22, 2012

My KTN 200 Motard

Baru bikin decal kat Tom's Sticker Bukit Mertajam..agak mahai kalau nak dibandingkan dengan decal yang sedia ada kat pasaran, tp kepala ni degil,amik jugak decal kat Tom's Stiker, haha.. Bukan sebab apa, sticker kat situ berkualiti sket, kaler tahan lebih lama dan sticker pun tebal berbanding dengan decal sedia ada kat pasaran ni.. On top of that, kat sticker tu depz aliminate lagi, kasi sticker tu tak luntur kaler..

Bila dah masuk decal, mula la terpikiaq nak toekkan lagi a.k.a jack lagi bahagian belakang ni,mungkin tampak lebih memebrahikan bila bahagian belakang ditonggekkan lagi kan?tapi ada member kata dah buat, nampak huduh.. Mungkin nampak huduh kalau ekoq dibiarkan standard, aku plak dah tukaq ekoq, pakai klx250 punya, panjang sket..

Baguihnya bila dah pakai ekoq panjang ni, bila time hujan, ayaq x mercit kena belakang..hahah..klu hat standard punya, tome hujan abeh la bercorak baju belakang..sangai staiii..haha..kira aku nih tergolong dalam golongan selamat la..khekhekhe..

Harga mendecalkan satu body ni termasuk fender dan headlamp adalah dlm RM2++, harga decal mengikut kualiti sticker dan per kaki..lagi banyak balut, lagi makan modal..bukan aku xmo spray, yang menjadi masalah tiap kali spray kat plastik ni, cat slalu merekah..pastu akan nampak bertompok tompok taik unta..so, better aku balut ja sticker, rasa rasa dah bosan ngan design,tukaq la sticker baru..hehe..

Bila la dapat tukaq rim baru tak tau laaaa..haishhhh...kedai Racing Boy yang nak tolak rim 4.25 murah murah kat aku, dah bankrup ka pa, dok p dua tiga kali kedai tu, asyik tutup ja..jemmm...takdaq rezeki la nak pakai rim kecik dengan harga murah..

posted from Bloggeroid

May 21, 2012

Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.

Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)." 
(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).

Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari. 

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran
Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. 

Syarat Sah Aqiqah 

Syarat sah aqiqah ialah:
® Berniat aqiqah ketika menyembelih.
® Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
® Memenuhi syarat-syarat sembelihan.Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
® Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
® Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
® Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang

Biri-biri/1 tahun atau lebih

Kambing/2 tahun atau lebih

Lembu @ kerbau/ 2 tahun atau lebih

Unta/ 5 tahun atau lebih


Sunat-sunat Aqiqah ialah:
© Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
© Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
® Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
® Memberi nama yang baik kepada bayi
© Berdoa ketika hendak menyembelih
© Daging dimasak manis.
© Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
© Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri 

 
Hikmah Aqiqah
® Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
® Menggalakkan amalan sedekah.melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
© Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
© Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
© Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
© Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
© Membiasakan berkorban bagi orang tua 

posted from Bloggeroid

May 17, 2012

KTN 200 Problem

Adehhh.. Wa sangkakan KTN wa ni terkecuali dari masalah break belakang yang bocor, ghupanya sama jugak..tapi nasib baik problem wa ni lain sket dari member member KTN yang lain, kalau memember lain, disk brake jadi panas, tayar belakang xbley nak gerak.. KTN wa ni plak jadi sebaliknya..break tadak makan.. So, walaupun break tak funtion, maka boleh la aku bawak slow slow pi kilang SYM ni kat Alma, Bukit Mertajam..



Bila dah bukak tayar belakang, maka proses pemasangan dia amat mengembirakan para pomen, seramai 6 orang pomen yang kacak diperlukan untuk memasang balik tayar belakang aku ni..huhu.. Seriously, wa kena cari rim 4.25, kecik sket dari yang sedia pakai ni.. Klu still jugak nak pakai rim dewa 5.0 ni, untuk safety dan memudahkan gheja, wa kena cari arm baru yang ngam dengan KTN ni.. Tak tau la ada ke tak arm motor lain yang besaq yang ngam dengan KTN ni..mungkin KTM ada kot.. Nanti wa nak p servey kat kilang KTM Penang sat..harap harap ada.. Makan modaiiiiii...



Maka, dengan itu, disarankan kengkawan yang nak pakai rim dewa ni, jgn pakai 5.0.. Melainkan modai betoi betoi cekang.. Pakai 4.25 pun dah comey dah..
Haha..
Minat punya pasai, money dosent matter! Kuikuikui..
posted from Bloggeroid

May 12, 2012

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Alhamdullilah, hajat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci tercapai jua, tapi kali ni terpaksa pergi seorang diri dan mninggalkan anak anak dan isteri di tanah air..insyaAllah, kalau ada rezeki lebih, bley bawak semua sekali datang ke sini..





















Walaupun isteri tersayang masih di dalam pantang dan usia Ian masih 17 hari dan Abang Farreal sanggup ponteng tadika semata mata nak hantar ayah ke KLIA untuk menunaikan Umrah.. Tak lupa juga, Yayah, Bubu, Tok Papa, Tok De, Ayah Ngah, Aunty Baby, Aqeela, Aqeel, Aunty Sara Spear & Family dan tak lupa juga Aunty Uni dan Uncle Fairuz sanggup datang untuk menghantar saya..
Syukran..

This is the best place to go..hope this is not the first and the last..
Baraka'Allah!






posted from Bloggeroid