Pages

May 21, 2012

Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.

Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)." 
(Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).

Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari. 

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran
Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. 

Syarat Sah Aqiqah 

Syarat sah aqiqah ialah:
® Berniat aqiqah ketika menyembelih.
® Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
® Memenuhi syarat-syarat sembelihan.Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
® Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
® Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
® Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang

Biri-biri/1 tahun atau lebih

Kambing/2 tahun atau lebih

Lembu @ kerbau/ 2 tahun atau lebih

Unta/ 5 tahun atau lebih


Sunat-sunat Aqiqah ialah:
© Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
© Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
® Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
® Memberi nama yang baik kepada bayi
© Berdoa ketika hendak menyembelih
© Daging dimasak manis.
© Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
© Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri 

 
Hikmah Aqiqah
® Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
® Menggalakkan amalan sedekah.melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
© Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
© Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
© Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
© Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
© Membiasakan berkorban bagi orang tua 

posted from Bloggeroid

0 komen anda: