Pages

May 28, 2012

School Holiday, Marina Cove

Perjalanan dari rumah adik di Taman Sentosa, Klang menuju ke Marina Cove, Lumut mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kalau diikutkan, less than that, tapi sebab kami bernti makan di Kuala Selangor, dan membeli belah kudap kudapan di Tesco Kuala Selangor..bedebak bedebuk..ha ha hu hu he he.. Tue yang amik masa sampai 6 jam, aku pun bwk ala ala slow rock, xda nak rushing mana pun..layan blues orang kata..

Sampai ja Lumut, terkompius sket..sebab ada dua Marina kat situ..satu lagi Marina ialah Marina Island Resort.. Maka, terpaksa patah balik ke belakang..p Marina Cove memandangkan hotel telah dibooking kat situ.. Keterujaan anak anak melihat water park dan swimming pool memang sukar dibendung lagi.. Farreal sesampai je terus ajak swimming, tapi Ayah dah penat bangat..sok pagi bley la terjun swimming pool..petang ni xbley le..

Malam tu kami makan secara berjemaah kat kedai ikan bakaq depan hotel..sebenaqnya ada dua kedai ikan bakaq kat hotel tu, satu kat belakang hotel, satu lagi belah depan hotel, hat belah depan tu, keluaq keluaq ja lobby, terus belok kanan..haaa.. Kedai Ikan Bakaq tu femes dan lebih sedap dari yang belakang tu(menurut kata penduduk tempatan la) pengunjung pun lebih ramai berbanding dengan kedai ikan bakaq sebelah belakang..tapi bagi aku, ermm..so so je la..mungkin aku penah kedai ikan bakaq yang lg sedap kot..wallahualam, tekak masing masing..selera pun lain lain..

Maka, pagi tu seperti yang dijanjikan, lepas je membreakfastkan diri, terus bawak Farreal & Aqeelah gi swimming, Farhad ngan Nde terpaksa ketap ketap bibiaq menahan gelodak nafsu untuk terjun swimming lagi, hehe.. Al maklumlah, masih dalam tempoh berpantang, Farhad baru je 39 hari..badan mcm 2 bulan..besar dan gagah mcm Ayah, khekhekhe..

Lepas ja mandi, laju laju naik atas packing barang apa yang patut sebab nak check out hotel. Pukui 1pm jgak la kami mengecheck out kan diri..then teus menuju ke Lumut Waterfront, buat tawaf dua tiga kali, shopping keropok dan satay ikan feveret Nde ngan Farreal..pastu blah..dah shopping, tunggu dok apa lagi..blah le...lagi lama tunggu, lagi tinggi nafsu membeli belah..nasib baik la Nde ni bukan kaki shopping kalau nak di"compare"kan dngan aku..

Dah abeh acara shopping, kami terus menuju ke tempat kenduri di Sitiawan..sampai pun lebih kurang jam 2 lebih, kalau ikut tradisi orang perak, jam 2 pm ni, memang dah di penghujung acara kenduri..berbeza dengan orang kedah, jam 2pm tu tengah dok rancak.. Maka, lepas makan lzju laju, kami pun bertolzk la dalam pukui 3 lebih.. Sampai di KPJ Penang jam 6pm.. Pi tengok adi, Naufal sat..tu pun xboleh nak lama sebab Farhad ada..hospital tempat orang sakit, risau jugak Toek Junior ni berjangkit..

Lepas tengok Naufal, terus singgah ke Jusco..beli barang dapoq, burung sama kepak ayam merinate..sebab planning ngan Farreal nak buat bbq..nak marinate sendiri memang dah kesuntukan masa..lagipun ayam, burung dan daging yang telah dimarinate kat Jusco Aeon nih not bad jugak rasa dia..pendek kata, secukup rasa lah.. Farral bdal je makan puyuh panggang..Nde plak tak berapa nak pandai makan..aku?tulang tulang pun wa bedal..haha..

Sampai rumah dalam jam 8pm.. Memasing dah kepenatan.. Walaupun Farhad tu asyik tidoq ja, dia pun letih gak tu..perjalanan memang memenatkan, x selesa sangat dok dalam kereta kalau nak dibandingkan tidoq kat rumah..harap harap anak ayah jangna le demam.. Sabtu ni Ayah nak buat aqiqah awak...

posted from Bloggeroid

1 komen anda:

Najed said...

10 tahun lepas, kena joint OBS Lumut betul2 sebelah Marina Cove ni. Time tu MC under construction lagi...pernah la hanyut smpai ke tambak dekat MC ni bila kayak terbalik :))