Pages

June 19, 2012

Kulim Hi Tech Park

Wahh, walaupun boleh dikatakan lebih 20 tahun aku jadi warga daerah Kulim ni, tak pernah sekali pun aku tau kat Kulim Hitech ada taman untuk family beriadah, tempat dia agak nice..cantek..

Andai kata aku tak follow kengkawan pi photoshoot kat Kulim Hi Tech Park ni, sampai ke sudah la aku tak tau adanya tempat ni.. Andai kata anak anak aku dok buat ketak ketaq kepala nak mandi swimming pool, boleh masuk sat kat Kulim Golf and Country Resourt..mandi la hangpa sampai puas... Ues memang pantang jumpa ayaq, Ian pun dah menunjukkan ciri ciri suka swimming.. Aiyoooo... ;-)

Petang petang boleh jogging kat taman ni.. Tapi disebabkan kawasan ni boleh dikatakan sunyi,amatlah tidak digalakkan untuk pergi beriadah sensorang diri dan meninggalkan barang barang yang berharga di dalam kereta (dlm bonnet kereta better), baru baru ni kawan aku yang tengah dok syok photoshoot talent dikejutkan dengan kejadian pecah kereta, nasib baik la beliau pakai lens jarak jauh, lelaju dia tangkap gambaq kejadian, suspek dan no plate kereta..tak sampai 3 jam suspek berjaya diberkas.. Tahniah diucapkan kepada Polis Kulim Hi Tech kerana ketangkasan mereka..

Pesanan aku, jenayah ada di mana mana.. Pepandai la jaga diri dan keluarga.. Bila dah selalu sangat keluaq berita pasai jenayah yang berlaku kat Kulim ni, membuatkan aku nak ja beli pistol, agak agak aku dan family diancam bahaya, tembakkkk kan je kepala penjenayah tu.. Kita susah payah cari duit nak bahagiakan keluarga, depa berbahagia plak nak merompak kita..

Hishhh.. Mintak simpang 44 malaikat, mintak dijauhi benda benda yang mcm tu..

posted from Bloggeroid

2 komen anda:

yana halim said...

masa masih jadi warga Intel, saya suka excercise kat sini. ok jugaklah. cuma sunyi sikit. jgn pergi sorang2..

musang berjanggut said...

Syam...lawa gambaq2 photoshoot hang...Bila nak peturun ilmu kat aku?!