Pages

September 18, 2012

Fun Ride -Lata Bukit Hijau-


Sekali sekala nak bagi anak bini rasa keseronokan membonceng motor jalan jauh sket, selalu dok jenjalan kat area taman je, tapi bila dah ada kesempatan sempena cuti Hari Malaysia ni, aku mendecidekan diri bawak anak bini jalan jauh sket.. Tak jauh mana pun 45km dari rumah..


Tapi dah disebabkan ikut laluan kampung, perjalanan jadi lebih mencabar la,haha..bukan mencabar mana pun, mencabar dari segi nak elak kambing lembu dan ayam melintas..xbley nak speed all the time, abeh kuat pun boleh bawak dalam 70-80km/h, Bila memikirkan anak bini dan keselamatan depa kat belakang, bertambah tambah slow la aku bawak..lagipun dah nama bawak scrambler, more to fun ride dan bersantai..kalau nak laju, baik aku bwk je keta..haha..


Disebabkan ni planning last last minute, kami sampai ke lokasi kejadian dalam jam 6pm, pengunjung lain semua pakat blah dah sebab masa untuk bermandi manda kat Lata Bukit Hijau sampai jam 6pm sahaja..lepaih tu semua pengunjung disarankan pulang bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini belaku..yelah, mana ada orang mandi sungai memalam...ingat cerita "Jangan Pandang Belakang Congkak" ka pa?Lisa boleh la buat lagu tu, tu pun sebab ada payment, kalau xda, takdaq pasai dia nak berendam dlm sungai memalam..hehe


Dok relax relax dalam setengah jam lagu tu, kami pun blah..pusing dalam hutan seround, dan terus gerak balik..kalau sampai awai, boleh la jugak kasi Ian main main air, kalau Abang Farreal dia ada, lagiii la, silap hari bulan suruh aku bercamping kat dlm hutan tu, nak buek cmana, anak dua dua orang memang perenang negara, pantang jumpa ayaq, kompom nak ajak mandi..hehe


Sepanjang perjalanan, Ian ngelat, bantai tdoq..cmana dia boleh tdoq aku pun xpaham, bunyi ekjoz punya la hingaq, bley plak dia tdoq, tapi kalau kat rumah tu, bunyi aku kentut pun boleh terjaga..haha..mungkin sebab syiokkk kena angin kottt..anginnn bayuu, membawa diriku...*ttiba teringat lagu kumpulan KRU..



Next week kalau cuaca eloq, nak try bawak p waterfall Sedim plak..p awai sket, kasi Ian rendam rendam kaki dlm sungai..beliau pasti sangat seronok...mungkin jadi beronok ronokkkkk..
Hoyeahhhh..

posted from Bloggeroid

2 komen anda:

ZERO VENDETTA said...

phewiiit... rugged lh 3beranak ni *sy suka, sy suka* lg1 'mem' dh kurus lh. kim salam sama beliau :P

Cik Cip Puding said...

tu dia pujian.. Mekasih.. dato kata dia rasa muda remaja bila berjalan nek motor ni..